tiba2 lepas solat jumaat tadi, adik aku balik. dia kata, "uda, syafiq yg sebaya dengan kau tuu MENINGGAL sebab eksiden motor malam tadi ! ". aku macam konfius sikit. aku tanya "syafiq mana ?". adik aku cakap syafiq kawan aku yang aku baru tanya pasal dy semalam. ya Allah, aku tersentap ! aku baru tanya macam2 tentang dia semalam, harini aku dapat khabar kematiannya. sedihh sangat rasa :'(
aku terdiam tergamam. memang aku tak rapat dengan dia sampai sekarang. tapi, aku PERNAH rapat dgn dia. apa pun alasan, kerana dia SAHABAT aku !
seingat aku, masuk ni dah 4 orang kawan aku meninggal. 3 orang meninggal sebab eksiden. 2 eksiden motor. hanem, yusuf safwan, izzat amir, syafiq. semuanya kawan2 aku kat sekolah lama yg berlainan. aku dpt tau berita kematian diorang pun dari kawan2. teman sebaya dgn aku dah meninggal, camne pulak aku ? camne cara kematian aku nanti ? aku selalu tertanya2 soalan tuu setiap kali aku dengar tentang orang/ sahabatku meninggal ~sobsob ~
# semoga mereka ditempatkan ditempat orang2 yg beriman. selamat tinggal wahai sahabat-sahabatku. damailah kalian disana. maafkan aku kerana tak dpt hadir pd hari pengebumian kalian. aku hanya mampu mendoakan dari jauh. semoga Allah merahmati kalian :'( aku akan ingat kenangan persahabatan kita sampai bila2.