Sunday, February 10, 2013

aku seorang PENDOSA !

aku lihat wajah ibu. lihat wajah ayah. lihat wajah satu per satu ahli keluargaku. betapa aku sayangkan mereka. sayang yang teramat. aku melihat diriku. apa yg aku dah lakukan selama aku hidup ? berapa banyak dosa & maksiat yang telah aku lakukan ? berapa banyak saham dosa yg telah aku sumbangkan untuk mereka ? saham dosa aku terlalu banyak aku kongsikan pada mereka. lebih2 lagi pada saudara lelaki aku. ayah,abang,adik. tanpa mereka tahu. aku juga manusia yg tak lepas dari melakukan dosa & maksiat. aku bukan manusia yg maksum. aku juga ada masanya tersungkur dengan nafsu sendiri. aku cuba bangkit sedikit demi sedikit walaupun kadang2 aku tetap tersungkur. ibaratnya seperti bayi yang baru nak berlatih berjalan. yaa ! itu laa aku.

aku ingin BERUBAH. sedikit demi sedikit. aku tak mahu terus hanyut begini. aku ingin menjadi wanita yg solehah. ibu yg mithali. isteri yg solehah. anak yg solehah. adik yg solehah. dan yg paling penting, HAMBA ALLAH yg solehah. SOLEHAH. banyak kali aku sebut perkataan itu. sebab aku terlalu ingin jadi begitu. TERLALU !

aku tak mahu jadi hipokrit. aku tak mahu berpura-pura baik depan orang,tetapi aku juga buat maksiat,dosa dibelakang. aku tak mahu RIAK, UJUB dgn apa yg aku lakukan. aku mahu jd seorang yg ISTIQAMAH. yaa, aku ingin BERUBAH !


nak tahu apa yg aku rasa bila aku pakai tudung ni ? aku terasa SELAMAT sgt. rasa TENANG sgt. aku terlalu ingin berpakaian begini. bertudung labuh. berbaju kurung. berstokin kaki & tangan. TERLALU. tapi, aku belum betul2 bersedia. aku kena ubah diri aku sepenuhnya. dari segi akhlak & peribadi. amalanku.yaa, perlu ubah semuanya. aku tak mahu sekadar memakai tudung labuh tapi amalanku,akhlakku seperti yg sepatutnya. aku tak mahu begitu

hatiku jadi tersentuh bila lihat sahabat2 yg pakai tudung labuh begini, tutup auratnya dgn sempurna. dan aku jadi tertanya2 bila melihat sahabat2 ku yg datangnya dari sekolah agama, elok bertudung labuh tapi kini berpakaian ketat sana sini. aku bukan ingin mengata. tapi aku insan yg sedang mencari hala tuju dlm hidup. aku banyak melihat orang2 sekelilingku sebagai contoh. sebab itu aku kena betul2 bersedia & sediakan diriku untuk bertudung labuh. sungguh ! perasaan luar biasa yg tak dapat digambarkan setiap kali aku cuba untuk memakai tudung labuh ini. 

aku tersangat berharap semoga 1 hari nanti, aku dapat sediakan diri aku untuk dijadikan contoh yg baik untuk keluargaku, anak-2 ku. aminnnnn :')
TERIMA KASIH SUDI BACA :)