Thursday, November 21, 2013

DAMAILAH ENGKAU DISANA . AHMAD AMMAR

Satu nama yang sangat asing bagiku. aku tak pernah dengar pun pasal insan ini. mengapakah orang sering memperkatakan tentang dia. malam ini, hati ini tergerak untuk melihat video tentang ''AHMAD AMMAR DALAM INGATAN' . *sila tekan pada tajuk video tuu. 

Dan, video sepanjang 24 minit ni mampu membuatkan airmataku mengalir tanpa henti. ada banyak persoalan yang bermain di benak fikiran ini. Tetapi, persoalan yang terbesar adalah "BAGAIMANA PENGAKHIRAN HIDUP AKU NANTI? " .soalan tu bermain2 dalam kepalaku. Dia seusiaku. Tapi, cara dia merencanakan hidup dia.. masyaAllah ! HEBAT. dalam usia 20 tahun, banyak pengalaman dia. banyak pengetahuan agama dia. nak dibandingkan dengan aku? apa sumbangan terhadap agama yang aku dah lakukan? betapa mulianya pengakhiran hidup dia. Orang berebut2 nak usung jenazah dia dan macam2 lagi. Semestinya ibubapa dia akan redha dengan pemergian anaknya dalam keadaan yg sebegitu mulia. Yang sukar untuk dimiliki oleh anak muda lain. Tengok orang turki bersungguh-sungguh menguruskan jenazah dia jelas dah menunjukkan apa yang tak perlu kita huraikan.cukup dengan menilai melalui apa yang kita lihat. Sungguh ! aku betul2 terpana. anak muda dari MALAYSIA, seusiaku & dia dikatakan seorang mujahid. cukup hebat. sedangkan aku? bagaimana dengan hidupku? masih lalai & alpa dengan hal dunia. Ya Allah, sungguh. hati ini benar2 tersentuh. Membuatkan aku bertanya sendiri tentang perihal diri ini. apa yg aku dah lakukan sepanjang 20 tahun aku hidup? yang pasti, terlalu banyak kelalaian yang dah aku lakukan. Adakah pengakhiran hidup aku nanti, aku boleh membanggakan kedua orang tuaku & ahli keluargaku ? Allah Allah Allah. sayu rasa hati ni bila fikirkan balik tentang semua. imbas balik tentang semua. Semoga ini petunjuk yg Allah cuba sampaikan pada aku. terlalu lama aku duduk dalam zon selesa & alpa ini. mungkin tiba masanya untuk aku berubah. Dalam 1 hari ni, ada beberapa kejadian yang berlaku padaku yang kalau aku nilai kembali, mungkin ini petunjuk Hidayah dari Allah. Ahmad Ammar, semoga engkau damai disana . Al-Fatihah 





# dia dikebumikan di tanah perkuburan Eyub Sultan. Tanah perkuburan yang menempatkan lebih 60 orang para sahabat Nabi, awliya,panglima Uthmaniyyah dan orang ternama. Takdir Allah, dia meninggal pada awal Muharam 1435. Bulan yang banyak kejadian yang baik berlaku. Beruntungnya beliau. Semoga syurga tempatnya

untuk tahu lebih lanjut tentang beliau, sila laa ke blog ini OhArtis.com [ AHMAD AMMAR ]

TERIMA KASIH SUDI BACA :)