hehe. 2 post untuk pagi khamis ni. terasa rajin pulak nak bermonolog membebel seorang diri. nak tahu tak sebab apa aku rasa agak tertekan ? ini kerana bermulanya hari isnin depan, aku dah mula ada banyak kuiz yang agak menyakitkan kepala kecik aku ni. hehe. semua subjek ada kuiz. macroeconomics, finance, management of organization, lab test. final projek untuk koko khidmat masyarakat lagi. semua straight dari hari isnin sampai laa rabu. yang selebihnya ada program ceramah-2 tuu semua. minggu yang busy sangat. aku harap sangat dapat harunginya dengan jaya sekali. kihkih. ayat sangat tak boleh blah kan ? :D walaupun semester 3 ni aku ada 4 subjek jer tapi taktau nak cakap cane. rileks tuu memang laa. sampai jadi malas nak belajar. tapi, itu laa. nak complainpun taktau laa macam mana. kang kata aku tak bersyukur pulak. hehe. untuk kuiz,inshAllah aku boleh handle kot. 2 kuiz macro, 1 kuiz finance, 1 test manangement, 1 lab test untuk IT. sikit je tuu kan ? glupp !
dan yang aku agak eksited tapi cuak lebih sikit adalah untuk handle final projek koko. sebab aku kan pengarah program. kena buat yang TERBAIK untuk anak-anak buah aku. tak jadi nak buat dekat kelantan sebab banyak sangat masalah. so, ktorang buat kat AIR TERJUN SEKAYU, terengganu je. yang paling besar adalah masalah MASA. hoho. nak cari tarikh nak buat program tuu pun susah. sudahnya aku ambik keputusan untuk buat pada 21/9/2012 dan alhamdulilah semua kawan2 setuju, takde masalah dan lagi penting pusat koko senang je luluskan proposal yang aku hantar tuu. berurusan dengan tuan akila sangat mudah. alhamdulilah, Allah permudahkan segalanya :)
lupa pulak , rasanya minggu ni aku ada join game bola baling. lawan antara fakulti. bergabung dengan team yang masuk MASUM haritu. harap-2 menang. hehe. kalau budak2 MASUM tak menang, malu la weyhh ! :D lepas tuu hari ni ada jamuan raya unisza. makan free ! itu penting. hehe. nak simpan sikit duit. nanti lepas final exam boleh enjoy lebih sikit.kuikui. lepas tuu lagi, hari rabu ada program mentor mentee, makan free lagi dan hari selasa ada makan malam dengan atlet-2 MASUM unisza ( majlis kecemerlangan sukan) . haa, 3 hari boleh makan free. save bajet . hehe. tak sabar ni haa. minggu penuh rezeki, penuh tekanan. kira seimbang laa tuu kot. lepas habis je final projek yang merupakan tekanan terakhir aku untuk minggu depan, aku nak balik rumah along kejap. lepaskan tekanan dekat sana sempena study week. yihaaaaa ! :D boleh jumpa insyirah sayangggg :)
habis je study week, kena mengadap FINAL EXAM pulak dahh. harap2 aku dapat jawab dengan baik dan pointer aku dapat diperbaiki balik. semester lepas jatuh sebab aku banyak main pun ada, banyak sangat subjek yang pening pun iye jugak. hehe. tapi, big point dia adalah sebab diri aku sendiri. sebab MALAS ! hehe
# nak buat entry untuk 1 citizen yang aku join tuu tapi nanti laa. mengantuk plak. hehe. tengah hari nanti laa. entah bila laa aku nak mula study untuk segala kuiz minggu depan ni. malam ni laa nak mulaa :) inshaAllah