Wednesday, December 4, 2013

biarlah gambar berbicara

















TERIMA KASIH SUDI BACA :)

Forum AKU,CINTA & ALLAH



sekadar perkongsian bersama dari forum Aku, Cinta & Allah oleh Prof. Madya Dr. Basri :

Ustaz cakap :
  • kemampuan kita untuk menjawab soalan malaikat mungkar & nakir dalam kubur nanti adalah bergantung pada amalan kita semasa kita hidup didunia. Baik amalan kita, mudah laa cara utk kita jawab. begitu juga sebaliknya.
  •  
  • Di akhirat nanti, sekecil2 pahala pun kita anggap ianya sangat berguna untuk bantu kita 
  •  
  • Nak menjawab soalan malaikat nanti, perlukan ILMU. Ilmu Iman yang kita perolehi semasa kita hidup didunia
  •  
  • Kita kena bina masa depan kita di akhirat nanti semasa masih hidup di dunia lagi. melalui AMALAN. Amalan yg menentukan dimana./bagaimana kita nanti 
  •  
  • Sombong yang paling besar adalah sombong dgn Allah. Sebab apa? kerana kita GAGAL SUJUD pada Allah. maknanya SOLAT. Jangan lalaikan solat ya sahabat. SOLAT SANGAT PENTING utk kita 
  •  
  • Kita bina sifat kita melalui cara kita BERKAWAN. dengan siapa kita berkawan. kalau kita nak jadi lebih baik, carilah kawan2 yg baik. yg boleh mengajak kita ke jalan Allah. yg boleh nasihatkan kita. yg boleh tegur kita. Sebab pengaruh kawan ni sangat besar
  •  
  • Kedekut yg ada dalam diri kita itu sebenarnya mendatangkan malang untuk kita. Rajinkan laa BERSEDEKAH. sebab pahala sedekah itu sangat besar.
  •  
  • Sekali kita buat kebaikan, Allah akan balas dgn 10 kebaikan. Oleh itu, didiklah diri untuk sentiasa bersedekah. Biarpun sedekah kita itu kecil nilainya, tapi nilanya sangat besar pada mata Allah S.W.T
  •  
  • Kalau kita nak tengok Allah dimana, tengok dimana kita letak Allah dalam hati kita. Dimana kita dahulukan didunia ni. Contohnya, kalau kita sdg buat kerja. tetibe terdengar azan. apa tindakan kita? kalau kita teruskan buat kerja tu, maknanya kita lebih utamakan DUNIA daripada Allah. dan begitu sebaliknya 
  •  
  • Cinta sesama manusia takkan berputik bila belum tiba masanya. Kita kena tahu beza cinta itu apa. cinta kpd kawan sekelas, cinta kepada guru & dll
  •  
  • Dilahirkan dlm kalangan ibubapa/keluarga yg beriman adalah salah satu nikmat yg Alah berikan utk kita
  •  
  • Lawan sifat malas kalau ikut konsep Islam adalah MUJAHADAH 
  •  
  • Kadang2 kita melakukan dosa, tapi disebabkan dosa itu laa yg menjadikan kita lebih dekat dengan Allah. Contohnya kisah Nabi Adam 
  •  
  • Kadang2 juga dengan amal soleh yg kita lakukan itu yg boleh menyebabkan kita terpelanting jauh dari rahmat Allah S.W.T sebab perasaan yg ada dlm diri kita. Contohnya kisah Syaitan/Iblis yg diperintahkan oleh Allah utk sujud pada Nabi Adam. Tapi disebabkan sifat sombongnya dia ingkar & itu mengakibatkan iblis/syaitan Allah mengusirnya dari syurga
  •  
  • Kadang2 Allah gerakkan kita utk melakukan dosa kerana mungkin Allah nak jadikan itu adalah dosa yg terakhir yg kita lakukan sebab selepas itu kita akan bertaubat & beramal soleh.
  •  
  • Dalam HATI kita ni ada 2 PENASIHAT. 1 adalah SYAITAN, yg sentiasa membisikkan rasa was2 & jahat, suruh buat perkara2 yg dilarang Allah & 1 lagi adalah MALAIKAT, yg selalu akan membisikkan kita perkara yg baik, yg menyuruh kita melakukan kebaikan.
  •  
  • Siapa yg rasa was-was, maknanya dia masih punya iman. yang bagaimana? contohnya, seorang pencuri itu takkan mencuri kalau dia dalam keadaan yg was2 samada apa yg dia lakukan itu betul atau tidak,dll


#sekadar itu saja yg mampu saya kutip & kongsikan pada kalian semua. semoga maklumat yg sedikit ini bermanfaat utk kita semua. Untuk muhasabah diri saya & kita semua . Wallahualam

TERIMA KASIH SUDI BACA :)

Thursday, November 21, 2013

DAMAILAH ENGKAU DISANA . AHMAD AMMAR

Satu nama yang sangat asing bagiku. aku tak pernah dengar pun pasal insan ini. mengapakah orang sering memperkatakan tentang dia. malam ini, hati ini tergerak untuk melihat video tentang ''AHMAD AMMAR DALAM INGATAN' . *sila tekan pada tajuk video tuu. 

Dan, video sepanjang 24 minit ni mampu membuatkan airmataku mengalir tanpa henti. ada banyak persoalan yang bermain di benak fikiran ini. Tetapi, persoalan yang terbesar adalah "BAGAIMANA PENGAKHIRAN HIDUP AKU NANTI? " .soalan tu bermain2 dalam kepalaku. Dia seusiaku. Tapi, cara dia merencanakan hidup dia.. masyaAllah ! HEBAT. dalam usia 20 tahun, banyak pengalaman dia. banyak pengetahuan agama dia. nak dibandingkan dengan aku? apa sumbangan terhadap agama yang aku dah lakukan? betapa mulianya pengakhiran hidup dia. Orang berebut2 nak usung jenazah dia dan macam2 lagi. Semestinya ibubapa dia akan redha dengan pemergian anaknya dalam keadaan yg sebegitu mulia. Yang sukar untuk dimiliki oleh anak muda lain. Tengok orang turki bersungguh-sungguh menguruskan jenazah dia jelas dah menunjukkan apa yang tak perlu kita huraikan.cukup dengan menilai melalui apa yang kita lihat. Sungguh ! aku betul2 terpana. anak muda dari MALAYSIA, seusiaku & dia dikatakan seorang mujahid. cukup hebat. sedangkan aku? bagaimana dengan hidupku? masih lalai & alpa dengan hal dunia. Ya Allah, sungguh. hati ini benar2 tersentuh. Membuatkan aku bertanya sendiri tentang perihal diri ini. apa yg aku dah lakukan sepanjang 20 tahun aku hidup? yang pasti, terlalu banyak kelalaian yang dah aku lakukan. Adakah pengakhiran hidup aku nanti, aku boleh membanggakan kedua orang tuaku & ahli keluargaku ? Allah Allah Allah. sayu rasa hati ni bila fikirkan balik tentang semua. imbas balik tentang semua. Semoga ini petunjuk yg Allah cuba sampaikan pada aku. terlalu lama aku duduk dalam zon selesa & alpa ini. mungkin tiba masanya untuk aku berubah. Dalam 1 hari ni, ada beberapa kejadian yang berlaku padaku yang kalau aku nilai kembali, mungkin ini petunjuk Hidayah dari Allah. Ahmad Ammar, semoga engkau damai disana . Al-Fatihah 





# dia dikebumikan di tanah perkuburan Eyub Sultan. Tanah perkuburan yang menempatkan lebih 60 orang para sahabat Nabi, awliya,panglima Uthmaniyyah dan orang ternama. Takdir Allah, dia meninggal pada awal Muharam 1435. Bulan yang banyak kejadian yang baik berlaku. Beruntungnya beliau. Semoga syurga tempatnya

untuk tahu lebih lanjut tentang beliau, sila laa ke blog ini OhArtis.com [ AHMAD AMMAR ]

TERIMA KASIH SUDI BACA :)

Tuesday, July 16, 2013

datuk CT balas balik tweet kiteww




# nampak tak gua punya eksited sampai update dekat blog datuk CT balas tweet gua ? muahahaaaa. SELAMAT BERPUASA KAWAN-KAWAN ! :D

TERIMA KASIH SUDI BACA :)

Wednesday, July 10, 2013

JOB TITLE : ASTRONAUT


THIS IS MY ASSIGNMENT FOR HUMAN RESOURCE MANAGEMENT SUBJECT. I NEED TO FIND THE JOB DESCRIPTION & JOB SPECIFICATION FOR  A JOB ANALYSIS. i just want to share with you guyss !
JOB TITTLE : ASTRONAUT

JOB DESCRIPTION :

Astronaut are highly trained scientists, engineers and other qualified professionals who are sent to space to explore the Earth’s atmosphere and beyond with the use of the space shuttle and other technological devices.

3 types of astronauts :

         i.            Mission specialist
       ii.            Payload specialist
     iii.            The pilot/commander

Earning

As full time employees of NASA, the salary of an astronaut depends on federal government classifications, personal academic achievement and personal experience. Astronauts generally average between $56,000 and $105,000 annually
1 US dollar  = RM 3.16
$56,000 = RM 176,960
$105,000 = RM 331,800

The details of job description & specification every types of astronaut.

COMMANDER/PILOT ASTRONAUT DUTIES ( job description)

Pilot astronaut serves as both space shuttle & International Space Station commander/pilot. During flight, the commander has onboard responsibility for the vehicle, crew, mission success  & safety of flight. The pilot assists the commander in controlling & operating the vehicle.

BASIC REQUIREMENT FOR AN ASTRONAUT COMMANDER /PILOT :-

Bachelor’s degree from accredited institution in engineering,biological science, or mathematic. An advanced degree is desirable. Quality of academic preparation is important. At least 1,000 hours pilot-in-command time in jet aircraft. Flight test experience is highly desirable. Ability to pass NASA space physical which is similar to a military /civilian flight physical & include following of standards:


  •  distant visual acuity
  •   blood pressure : 140/90 measured in sitting position
  •  Height between 62 & 75 inches

MISSION SPECIALIST ( job description)

Mission specialist astronauts work with the commander & the pilot & have overall responsibility for coordinates operation in the following area : system, crew activity planning, consumables usage & experiments/ payload operation.

BASIC REQUIREMENT : (job specification)
Bachelor’s degree from accredited institution in engineering, biological science, physical science or mathematics. Degree must be followed by at least 3 years of related, progressively responsible, professionals’ experience. An advance degree is desirable & may be substituted for part or all of the experience requirements
( master’s degree = 1 year of experience, doctoral degree= 3 years of experience). Quality of  academic preparation is important.

Ability to pass a NASA space physical, which is similar to a military/civilian flight physical & includes the following specific standards :


  • Distance visual acuity: 20/200 or better uncorrected
  •  Blood pressure: 140/90 measured in a sitting position
  •  Height between 58.5 & 76 inches

JOB EVALUATION

  •  Applicant will be evaluated by an astronaut rating panel based on the academic & work experience qualification requirements stated in this announcement. Eligible candidates will be placed in qualified & highly-qualified categories. Highly-qualified applicants will be evaluated by an astronaut selection board based on the academic & work experience qualification requirement & suitable inquiries. Best qualified applicants will be interviewed. The finalist will be referred to the appropriate official who will recommend selections.
source : NASA 

TERIMA KASIH SUDI BACA :)

Monday, June 3, 2013

angan2 kahwin mak jenin


will you marry me ? *kenyit mata sikit


nahh kau ! belum habis belajar lagi dah gatai cakap bab kawen. muahaha. ini sebabkan dok dengar lagu dari in-team yang bertajuk Kasihku Abadi *korang tekan je kat tajuk tuu. nanti dengar laa lagu dia. semua orang mesti ada impian masing2 kan ? tak payah tipu laa. mesti ada impian nak ciri-ciri bakal pasangan yang begitu begini. bagaimana hari bahagia itu berlangsung. apa temanya. itu laa ini laa. mostly yg dok pk semuanya perempuan. yang lelaki ada jugak tapi mereka takde laa open cam perempuan kan ? hehe. so do I. aku pun dulu laa jugak impian angan-angan mak jenin nak majlis yang bagaimana. lagi2 umur dah nak genap 20 tahun ni. lagi laa rasa gatal nak kahwin tuu melonjak. tapi, bila fikir balik buat masa ni aku maybe sesuai untuk bertunang kot. kalau nak kahwin tuu boleh je tapi takut tak yakin lagi. tunggu laa dulu masing2 dah habis degree then kerja kejap dalam  2 3 bulan, lepas tuu baru boleh kahwin. memang laa orang cakap boleh je kahwin masa belajar ni. tapi aku macam takut nanti bakal menyusahkan kedua orang tua kami. masa belajar mana ada kewangan yg kukuh lagi melainkan bantuan PAMA (papa mama) & PTPTN. nak taknak kalau kahwin masa belajar kena ditanggung oleh ibu ayah jugak. kalau diorang sendiri yang suruh kahwin dan mereka yg sanggup tanggung sementara kami belum habis belajar ni takpe laa. *harap sangat jadi begitu. hahaa kadang2 tuu memang datang angin harapan macam tuu. mane laa tau tetiba habis diploma, mak ayah kami suruh kahwin takpun tunang ke, masa degree tahun akhir tuu kahwin memang superbbb laa ! haha. ada jugak baca entry blogger2 yang parents dah memang plan untuk kahwinkan diorang masa diorang belajar, dah nak habis belajar. itu sangat AWESOMEEEEE ok ! haha. bukan apa. bercinta lama2 pun tak elok jugak kan ? muehehe. 

ibu pernah ada cakap pasal perkahwinan aku dengan si dia banyak kali. ibu kata ibu tak kesah pun kalau ditakdirkan tetiba aku nak kahwin awal pun. yang penting suruh si dia masuk pinang. kalau si dia tak datang mintak lagi camne nak kawen? ibu bukan pihak lelaki. haa, kauuu. nampak tak dapat green light dekat situ ? haha. macam2 lagi laa ibu cakap. kadang2 aku fikir beruntung dapat ibu seperti ibu aku.  haa youtube pasang lagu kasih kekasih by in-team ni pulak. *tekan dekat tajuk lagu tuu kalau nk dengar. lagi laa buat denyutan jantung ni semakin laju. pheww ! poyo ! haha

jadi panjang lebar pulak entry aku kali nni. banyak sebenarnya nak cakap tapi kang nampak cam buat esei SPM pulak dah. haha. saje nak share dekat korang impian aku sikit dekat sini. hee 


teringin nak pakai jubah macam ni je masa walimah nanti. taknak pakai ketat2

maybe ni untuk tunang takpun nikah ke. hee

sama jugak. untuk tunang/nikah
itu saja impian hari perkahwinan aku. aku taknak buat besar2. cukup secara sederhana. taknak pakai ketat-2, mekap terlalu tebal. kalau boleh aku nak buat 1 majlis je. majlis walimah/ nikah je. kira sekali dengan majlis resepsi. tak banyak belanja. tak banyak pembaziran berlaku. kalau boleh jugak aku taknak aku pelamin bersanding. sebab rasa semacam membazir je. duduk sekejap je dekat pelamin dengan nilai beribu. kan senang buat masa nikah tuu je. lagipun dengar kata mak si dia tak suka sanding2 ni. haa, elok sangat laa tu. haha

nak promote sikit. aku suka dengan hasil tangan kakak ni. nama dia erlina rahmat . korang tekan je nama tuu nanti keluar laa FB dia. aku harap sangat 1 hari nanti aku akan dapat sentuhan dia. dari segi pelamin dan tata rias muka. ini pun termasuk dalam angan2 perkahwinan aku. hehe. sekian, terima kasih ;)

TERIMA KASIH SUDI BACA :)

i'm not a kpopers or anti k-pop


sepatutnya petang ni aku nak tengok cerita dongeng indonesia dekat TV3. tapi taktau laa tetiba pulak rasa semacam malas pulak. lagipun aku memang jenis tak suka sangat tengok tv. aku pun taktau kenape. maybe ni efek aku duduk asrama kot.  bagus jugak kalau korang duduk asrama. cam aku. haha. harini rasa BOSAN sangat. aku mati akal taktau nak buat apa. nak kerja part-time, ramai yang tak kasi. so, apa yang mampu aku lakukan adalah duduk di rumah, jadi ratu dan tunggu dipinang oleh si putera idaman hati. *muntah hijoooouu ! haha  benda yang aku kurang percaya yang aku sedang lakukan sekarang ini adalah update blog sambil dengar lagu KOREA. hengkorang percaya tak ? percaya tak ? i'm not a kpopers. saje je dengar2. bagi aku bab2 korea ni tak boleh sikit. bukan aku anti-kpop. tak laa. aku layan jugak k-pop. cumanya aku tak nak terlalu layan sangat. nanti aku jadi kpopers susah ohh. haha. sebab tuu aku cam taknak biasakan diri aku tengok cerita korea sangat, tengok artis2 korea ke apa2 yang berkaitan dengan KOREA ! sebab aku tau nanti kompem aku akan jadi gila jugak macam awek2 kpopers yang lain. sebab memang diakui awek2 cowok2 korea memang ternyata hensem2 dan cantik2 cun2. haha

cumanya artis2 perempuan korea ni kadang2 aku rasa agak curious jugak bab keaslian kecantikan diorang sebab well kita semua tahu korea memang terkenal dengan pembedahan plastik untuk kecantikan semua. lepas tuu tengok pulak dekat blog2 pasal ketidak tulenan kecantikan mereka. tapi yang aku jeles sikit bab body diorang memang tiptop laa. body idaman setiap wanita. pehh ! takpe laa. asalkan badan aku sihat tanpa penyakit pun dah satu anugerah terindah. yee dok ? (^^,) kuasa mekap boleh merubah segalanya.hengkorang tak caye ? mehh sini tengok sini 

budak ni dah jadi femes amos dah lepas dia buat camni. memang ini hakikatnya yang berlaku
di korea



now see, kuasa solekan memang tak dapat disangkal lagi kan ? kalau aku pun muka aku boleh berubah cam tuu. nak tengok ? kejap aku godek2 laptop aku cari pic aku mekap2 ehh. haha

hengkorang tengok laa. kan dah lain muka aku. ini semua hasil tangan juru mekap tak bertauliah tapi berbakat dari cik waina. bekas housemate aku dekat unisza. haha
tak kisah laa. setiap orang sukakan kecantikan. itu memang tak dapat disangkal lagi. aku pun sama. asal naik jerawat sikit dah gelabah. muka berminyak sikit gelabah. itu adalah NORMAL. jangan cakap perempuan je sukakan kecantikan. lelaki pun sama. sebab itu wujudnya lelaki metroseksual sekarang ni. metroseksual tuu tak sama dengan homoseksual ehh. jangan tertukar. lain sangat maknanya tuu haa. haha. kalau nak cari pasangan hidup pun, jangan pandang KECANTIKAN itu sebagai faktor utama untuk korang pilih dia. lihat pada AGAMANYA dahulu. bak slogan ustazah pilihan " terdidik wanita, terdidik generasi " . betapa pentingnya untuk kita lihat agama dia. kalau dapat pasangan yg cantik/hensem itu kiranya BONUS untuk korang. yang penting jgn mudah TERPEDAYA dengan KECANTIKAN seseorang ^-^ . KECANTIKAN LUARAN tidak menjamin KECANTIKAN DALAMAN jugak . org yg betul2 CANTIK adalah bila dia cantik pada RUPA dan juga AKHLAKnya ^-^ ~✿ 

tengokk, aku dah lari dari topik. tapi takpe laa. tazkirah di petang hari. hehee


TERIMA KASIH SUDI BACA :)

Tuesday, May 28, 2013

A trip to SARAWAK !

hello guys ! how are u today ? as i promised, i want to make a post about my trip to kuching,sarawak. this is my first time visiting sarawak. so, i feel a bit excited you know ? woahh ! kikiki *okayy, thats OVER ! many story i want to share here. And for this post, i purposely to write in english because based on overview blog statistic *cewahh ! hehe mostly my blog visitors are not came from Malaysia. why ? because based on the comment on my post, mostly their are commenting in english. just little comment in malay. hehe. this is my popular post compare and contrast essay . this post had a viewer almost 5k. and comments almost 100. it really surprising me ! haha. and the readers sometimes they asking me about how i created this awesome blog, plagiarism, etc. haha. i'm so sorry. i can't answered all the comments because it is too much. i tired to reply one by one. hehe. sorry sorry. btw, thanks for reading and visiting my blog. Because of i shared my portfolio, my viewer increase to almost 30k. hahaa. this is really CRAZY ! haha. i just want to share my work to other student because i think  i working hard to make the best for my assignment/portfolio so it is better if I share my work here :) but, i'm so sorry if the language i used is too simple, too many mistakes in grammar. well, i am not a TESL's students. so that, i just do as i can. hehe. 

opsss ! we are far from the main topic. hehe. back to my topic, my trip is just 3D 2N. hehe. i stayed at my aunt's house. i don't have much story to write here because sarawak is not like other places. its a little bored places. but, it was nice too if you want a peaceful :) this, i want to share the moment i captured while i was there :)

a view from the sky :)

muzium sarawak :)



the symbolic of kuching is cat :)

this is my nephew. the sarawak-born :)

attending the wedding. different style & culture. unique ! :)

the Arabian theme :)

at the factory of layer cake sarawak :)

for those who asking me how i can make a good essay, i want to answer that i just make a research, use Google translate, refer to my lecturer madam MAIRAS.i am not good in english much. thats why i just used a simple word. besides that i want the other person understand what i want to convey here. that the most important :) and i am not working with anybody or other blog. i just make this blog for my diary :) thanks for reading :)

# one of the comment i like most is " your writing style is witty. keep it up ! " HAHA. witty ? okayy (^^,)


TERIMA KASIH SUDI BACA :)

Monday, May 27, 2013

USTAZ AZHAR IDRUS nikah lagi !

niat sebenar update blog ni sebenarnya nak bebel pasal trip g sarawak haritu. tapi, memikirkan nanti panjang lebar nak dibebelkan so tak jadi laa. sebab tadi masa banyak dibuangkan ke arah youtube tengok tutorial shawl dengan mekap sume. bajet aku ni rajin laa nak buat sume tuu. tengok je. hehe. lepas tuu aku dapat laa cari balik page orang yg jual naturactor by cantiqiha tuu. esok aku nak bank-in. nak try laa produk tuu. memang aku jenis manusia yang tak mekap. tapi nak nampak muka tuu kemas sikit. tak berminyak. tuu yang nak try. nanti aku buat testimoni ehh (^^,)

okayy, balik pasal UAI. aku dapat tau UAI nikah pun dari FB. TAHNIAH USTAZ ! (^^,) bagi aku takde masaloh kalau ustaz ni nak nikah lagi. sebab dia mampu. isteri2 dia yang lain pun ok je. so, yang lain2 tuu tak payah bising2 laa kutuk2 ustaz ni. HAK dia. biar laa dia. sebab tadi aku ade tengok dekat youtube pasal ni pastuu kat bawah tuu ada laa orang kutuk2 ustaz ni. kata gatal laa, gila seks laa. alahaii, tak payah laa kita ni tambah lagi dosa yg dah banyak. pastuu aku agak tak setuju komen2 kat bwh tuu bising2 kata ustaz ni amek keuntungan dari ceramah2 dia laa apa laa. ehh, pekena dgn diorg ni ? adat laa. memang laa ustaz tuu berdakwah. dan itu adalah sebahagian dr mata pencarian dia. kitaorg yg budak IPT ni pun kalau nak panggil ustaz-2 datang U kalau ada karnival ke apa2 pun kena bayar jugak. itu laa orang MELAYU. perangai tak berubah. asyik DENGKI je dengan orang. camne nak maju ? kadang2 aku orang melayu sendiri malu dengan perangai buruk kaum aku ni-.-'

cantik bini muda UAI ni. untung badan. kikiki. tapi sama laa cam yg lain. bab purdah jarang tuu aku kurang berkenan jugak. takpee, nanti ustaz bimbing dia ehh :) TAHNIAH ustaz ^^,



kini, tiba masanya untuk aku tidur. dah nak pukul 5 pagi dah. badan masih segar lagi bahana bangun tidur 3 kali sepanjang hari. pagi tadi pukul 10 pagi baru sampai rumah. badan dah betul2 kehabisan tenaga. kena cas balik. lama tuhh. flight tiba dekat KLIA dlm pukul 12.30 pagi. kena menapak kat KLIA tuu sampai pukul 6.30 pg pastuu amek bas g puduraya pastuu amek bas lagi balik tg malim. sumpah penat gila ! 

TERIMA KASIH SUDI BACA :)

Thursday, May 23, 2013

testimoni AURAWHITE 900,000mg

lai lai lai anak2, disini aku mau bagi testimoni sikit pas pakai aurawhite dengan produk nano white. nampak tak sume nak white ? bajet konon nak jadi seperti snow white. hahaa *muntah hijauu ! :D tak laa. sebab aku guna aurawhite tuu sebab aku pernah tanya kawan yang jual tuu elok tak untuk resdung benda ni ? sebab aku kalau boleh selain untuk kulit, aku nak cari jugak untuk resdung aku ni. resdung takleh dibuat main2. boleh jadi parah tau kalau kita buat bodoh sajaa. nano white ni pulak aku guna sebab aku dah bosan dengan sabun buku cam sabun beras ke sabun itu ini laa. sebab aku rasa cam kebersihan dia tuu tak terjamin. kulit badan aku ni sensitif sikit. takleh air tak bersih sikit, nanti mula laa naik merah2 bagai -.-' kalau muka pulak takleh abaikan jaga kalau tak mula laa naik jerawat -.-' pasal syampu himalaya tuu sebab aku nak repair rambut aku ni. pas keluar je dari ERT rambut aku makin kuat gugur. guna syampu ni pas mandi tuu buat rambut aku rasa cam dawai laa. keras sikit. bau dia pulak macam aku guna minyak rambut lelaki.so agak FAIL kat situu -.-' 

sama je gambar dia sebenarnya. mihmihmihmih. sajeee jee :D

aku baru guna aurawhite ni. so tak cukup sebulan penggunaan lagi tapi hasil dia agak awesome jugak laa sebab aku tak bape nak consume sangat amek benda ni. kejap amek kejap tak amek. sebab busy laa katakan. haha. lepas tuu air pun aku ni jenis tak banyak minum air sangat so tuu yg kesan dia tak bape nampak sgt pada luaran laa. kalau luaran dia yg aku perasan haritu jerawat aku yg baru nak naik sebab keje kat ekspo tuu tiga2 jadi kecut & makin hilang.kulit setakat ni rasa cam best sikit laa. lepas tuu yang aku rasa kesan ketara & best sangat adalah masalah penghadaman aku cam dah ok sikit. setiap hari lepas makan je mesti asyik rasa nak ke tandas. kadang2 kalau aku tak amek aurawhite ni sebab ada hal kat luar rumah pun perut still akan menjalankan tugas dia dgn baik. kalau dulu susah sikit nk dapat camni tapi sekarang hari2 mesti ke tandas untuk menyempurnakan hasrat yang murni tuu. haha. rasanya setakat ini laa yang aku baru rasa. aku pun baru makan 2 minggu rasanya. lepas ni rasanya aku nak amek benda ni je jadi supplement tambahan aku. hehe. so, itu sajaaa :)

Ada nampak macam gadis2 yang kerja dekat syarikat komunikasi tak ? "helo encik, boleh saya bantu? " ahaha. ini pic sebelum guna aurawhite tuu. kulit nampak licin & cerah tuu maybe faktor kamera.mohon jangan terpedaya ! aku pun nak kulit camtuu. haha

TERIMA KASIH SUDI BACA :)

PENGALAMAN itu BERHARGA

ohmannnn ! rindunya mau bebel2 kat sini. lama dah tak bebel kat sini. well2, kononnya busy kerja. mihmihmih. sempena cuti semester aku yag sangat lama dan membosankan ini aku pun buat keputusan untuk BEKERJA. dan, aku dapat laa kerja jadi promoter dekat ekspo. lebih kurang 3 minggu jugak dekat seri iskandar. thats was veryy awesomeeeeee experience you knoww ?! kalau  ceritakan kat sini memang cite dia tak cukup laa sekali baca. terlalu banyak perkara yg berlaku kat sana. dapat kawan2 yg boleh masuk satu kepala, bos yg ok laa jugak. senang cerita semuanya ok laa. memang ada benda2 yg tak elok jd tapi biarlah. itu mereka punya masalah. bagi aku, aku ok je. walaupun ada terkilan sikit dgn beberapa perkara. maybe aku kot yang terlebih sensitif or mungkin aku yg tak kuat untuk menegur mereka untuk tidak melakukan perkara yang aku paling benci sekali tengok kawan2 aku buat depan mata aku. tapi nak buat camne. aku hanya mampu menegur. jalankan tanggungjawab aku. diorang nak dengar or tak itu masalah mereka. tapi, rasa itu masih berkudis lagi dalam hati ni. biarlah perkara yang lepas :'(

mereka rumet aku sepanjang disana (^^,) *muka aku dah nampak tembam -.-'





terasa macam mana pun dengan mereka, aku tetap mampu bertahan kerana bersama mereka aku masih bisa bertahan disana. gelak ketawa bersama setiap malam. biarlah ada orang tak suka dengan cara kami asalkan kami BAHAGIA bersama. kuikuikui. ini adalah antara aktiviti yang aku lakukan untuk habiskan cuti semester aku.  pengalaman bekerja dekat ekspo tuu terlalu berharga. banyak benda yang aku belajar disana. walaupun rasa tak berapa berbaloi dibayar sehari RM35. bekerja seperti orang gila tapi gajinya ciput saja. dah laa tetiba takde mood pulak nak berceloteh pasal ni. cukup sekadar aku dah bagitau disini tentang itu. hehee. tatataaa kengkawan ! nah nak share sikit gambar kat sana. hehe

ni masa g jejalan dekat AEON ipoh sebelum balik. mau release tensen katenyee

nampak tak muka aku semacam bajet suci tuu ? hahaha


mereka sume pakat nak pakai baju putih. aku takdok. malas laa. dok minat ko putih. hehe



# setakat ini mampu aku kongsikan disini. segala gambar diambil masa takde customer. kalau bos baca ni saya dah bagitau awal2 tu. bosan2. bukan curi tulang. dah takde keje nak buat. hehe

TERIMA KASIH SUDI BACA :)