Sunday, May 6, 2012

harapanku


Ya Allah,
◆ kurniakanlah daku PENDAMPING DAN ZURIAT yang soleh..
◆ agar mampu terbina keluarga ACUAN AL-QURAN..
◆ yang mampu MEMBAHAGIAKAN AKU di akhirat kelak..
◆ yang mampu MENDOAKAN AKU ketika ketiadaanku kelak..
◆ yang mampu MENEMANI AKU di syurga kelak..
Amin Ya Rabb..

# melentur buluh biar laa dari rebungnya. semoga aku dapat membina keluarga impianku satu hari nanti. i'Allah <3 :)



TERIMA KASIH SUDI BACA :)

Saturday, May 5, 2012

AZAM seorang insan :)




assalamualaikumm ^.^ , malam nii taktau laa nape ase macam satu perasaan yang tak berapa nak tenang. mungkin sebab aku solat isyak lewat kott. sungguh ! tadi sebelum solat lagi laa ase macam serbe salah, buat ase tak kena. bila daa solat tuu.. ase kurang sikit perasaan tuu. sebab lagipun aku tau tak elok kita melewat-2 kan solat nii. tapi, tuu laa manusia kan ? dah tau lagi mau buat. huhu. kadang-2 aku terfikir gak. aku nii suka melewatkan solat. humphh , aku harus UBAH semua nii. aku kena solat AWAL WAKTU. mungkin dulu LALAI dalam solat. tapi, lepas nii dah tak boleh dahh. sebab hidayah Allah memang kita kena cari. tapi, bila Allah dah bagi kita rasa nak BERUBAH,kita harus BERUBAH segera.contohnya bila kita buat benda yang tak elok, lepas tuu kita rasa macam something. rasa bersalah, tak tenang sangat .. haa, maknanya tuu sebenarnya Allah dah dekat dengan hati kita. mudah-mudahan kita semua begitu.

YES ! aku bukan laa orang yang BAIK sangat. banyak sangat kesalahan demi kesalahan yang aku dah buat. kita semua nii bukan MAKSUM kan ? tapi, kita pun perlu berubah untuk jadi yang TERBAIK :) sungguh, aku taknak hayat aku dihabiskan dengan sia-2. dilakukan dengan amalan yang mampu buat aku disumbatkan ke dalam neraka jahanam. sape yang nak dimasukkan dalam neraka ? bila usia semakin dewasa, pemikiran kita jugak harus BERUBAH selari dengan usia. tapi, biarlah berubah tuu ke arah yang lebih baik. lebih dekat dengan ALLAH. aku benar-2 nak BERUBAH. takmau daa buat macam apa yang aku dah buat dulu. cukup laa setakat sume tuu. aku taknak jadi punca ibu bapa aku ke neraka. aku nak jadi anak yang boleh jadi aset ibu ayah aku ke syurga. cukup-2 laa dengan dosa yang aku dah lakukan. dahh terlalu BESAR dan BANYAK sangat. tiap kali pandang muka ibu masa tidur, aku ase nak menangis dan kadang-2 memang aku akan mengalirkan airmata sebab aku rasa bersalah sangat dengan ibu. cukup laa dengan kisah silam aku. 16/6/2012, hari sabtu bersamaan 26 rejab 1433H, genap laa usia aku 19 tahun.

tengok tuu muka ibu. dah terlalu banyak pengorbanan yang dia dah lakukan untuk aku dan keluarga. aku pun taktau samada aku mampu jadi sekuat dia. sungguh ! aku betul-2 berazam nak berubah dari segi segalanya sebab aku betul-2 nak jadi anak yang akan jadi aset untuk ibu ayah aku ke syurga nanti dan bukannya neraka !
kan bagus andainya satu hari nanti aku betul-2 akan pakai tudung labuh macam tuu. sungguh , ase macam tenang, selamat sangat-2 pakai tudung labuh. i'Allah, 1 hari nanti :)


bila menjelangnya 16 JUN 2012 bersamaan dengan 26 REJAB 1433H aku berazam untuk :-

✿~ SOLAT diawal waktu. insya-Allah :)
✿~ perbanyakkan baca AL-QURAN . insya-Allah :)
✿~ perbanyakkan lakukan perkara sunat seperti solat sunat dan puasa sunat serta amalan-2 sunat yang dituntut Rasulullah S.A.W
✿~ ubah cara PEMAKAIAN. takmau daa laa pakai tudung/ selendang atas dada , baju/seluar yang ketat-2. biarlah cara pemakaian yang muslimah. i'Allah , sedikit demi sedikit :)
✿~ taknak lakukan MAKSIAT dahh. cukup-2 laa apa yang aku pernah buat sebelum nii. takmau sentuh-2 tangan ke apa dahh
✿~ BELAJAR bersungguh-2 . takmau dahh ponteng-2 kuliah. ini paling PENTING ! cuba dapatkan DEKAN
✿~ dekatkan diri dengan ALLAH
✿~ BERUBAH yang sebetul-betulnya BERUBAH. bukannya sekejap jee
✿~ nak IKHLAS dalam setiap perkara. samaada belajar ataupun apa-2 yang dilakukan

kawan-2, bukan laa maksudnya tunggu sampai 16 JUN tuu baru nak buat semua nii. aku buat list macam nii pun bukan sebab aku nak menunjuk-nunjuk ke hape semua. tapi, sini kan tempat aku meluahkan apa yang aku nak luahkan. sumpah ! takde niat pape pun. hanya laa niat untuk memuhasabah diri aku sendiri :) aku pun nak jugak jadi ahli SYURGA dan bukannya NERAKA. aku buat list nii supaya ia dapat mengingatkan aku balik apa yang akan aku terlupa. kalau aku ingin bakal imam yang terbaik, aku jugak harus berusaha untuk jadi makmum yang terbaik jugak. kalau kita nak yang terbaik,kita harus berusaha untuk berubah jadi yang terbaik. jangan mengharap untuk dapatkan yang terbaik, tapi diri kita sendiri tak kemana. sebab aku fikir aku adalah seorang anak, kakak dan adik. dan i'Allah kalau dipanjangkan usia aku akan jadi seorang isteri , menantu dan ibu. sebab tuu dari sekarang aku harus BERUBAH. bukannya kena tunggu dan tunggu masa yang sesuai. cukup laa dengan apa yang aku dahh lakukan. what goes around, comes around. *betul tak word tuu? hee.

wahai bakal imamku, bimbing laa aku untuk menjadi isteri, ibu, anak, menantu, kakak dan adik yang solehah yang terbaik hingga syurga nanti. i'Allah :)
sebab aku percaya hidup kita nii ada karma. apa yang kita buat hari nii, akan jadi kat kita balik satu hari nanti. kalau hari nii kita buat jahat/tak baik kat belakang ibu ayah kita, tak mustahil 1 hari nanti anak-2 kita takpun cucu kita akan buat benda yang sama.semoga perubahan yang aku inginkan lakukan akan berjaya. doakan ea kawan-2. aku pun doakan agar kita semua akan terus cuba untuk berubah ke arah yang lebih baik. semoga kita dapat jumpa cahaya dalam diri kita. semoga hidup kita dirahmati Allah, dimurahkan rezeki, dilimpahkan nikmat, dipermudahkan segala urusan dan segala yang kita dilakukan diberkati Allah dan dianggap sebagai ibadah :) aku takmau jadi bahan neraka yang selalu ingatkan orang tentang nahi mungkar, tapi aku sendiri tetap melakukan perkara yang mungkar. i'Allah, berubah secara perlahan-2. semoga perubahan itu mendapat berkat dan dirahmati Allah. kehidupan kita nii bukan sekadar disini, tetapi kita ada kehidupan di akhirat. ingat tuu kawan-2.
sekadar perkongsian bersama :)




TERIMA KASIH SUDI BACA :)

Friday, May 4, 2012

selamat pengantin baru SCHA & AWAL :)




ehemm-2 , assalamualaikumm ^.^ . hari nii aku taktau nape aku excited bebenor lepas dapat tengok majlis pernikahan scha ngan awal nii kat astro ria tadi. setelah sekian lama aku tunggu depan tv semalam , betapa hampanya hati nii bila tak dapat tengok majlis pernikahan diorang sebab astro kata ada masalah teknikal ^^' apa-2 pun , aku nak ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU kepada mereka. hoho. aku pun konfius mengapa dan bagaimana aku boleh minat kat diorang nii . hihi. maybe sebab scha ngan awal nii aku ase cam aku ngan MAM . kehkeh. sebabnya scha nii kasar-2 ayu gitu *mcm aku laa.haha :D lepas tuu awal nii pulak jiwa lembut sama macam MAM. ngehehh ^^'. ehh , tapi memang aku suka laa tengok diorang nii. SEMPOI jee <3


Alhamdulillah. Akhirnya Awal Ashaari atau nama sebenar Ahmad Awaluddin Ashaari & Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya (Scha al-Yahya) selamat di’ijabkabulkan sekitar 9.20 malam di Putrajaya.

Dengan sekali lafaz, Scha al-Yahya & Awal Ashaari selamat bergelar suami isteri dalam satu majlis ringkas. Pengantin perempuan menerima mas kahwin sebanyak RM2,050 manakala jumlah wang hantaran di’rahsiakan daripada pengetahuan umum. Scha al-Yahya menghantar 9 dulang hantaran berbalas 7 dulang ( copy from rotikaya.com )



tengok tuuu , sepadan kan diorang? ^.^ ntah laa. aku pun tak pernah ase minat tengok artis kahwin macam nii selain dari Siti Nurhaliza. hoho. maybe sebab cara diorang bercinta nii punn sempoi, takde gedik-2, takde sesi rampas merampas yang buat aku jadi minat nak tengok :)

# akhir kata, semoga perkahwinan yang dibina akan sentiasa dilimpahi rahmat dan bahagia selalu ^.^ <3 takmau laa cerai-2. awal nii nampak sangat sayang gila babeng kat scha nii. i'Allah, hubungan diorang akan kekal :)
* harap sangat aku pun dapat jodoh yang macam nii. yang sayang kita lebih dari kita sayang dia. aminnnn :)
( sumber dari rotikaya.com & beautiful nara.com & google )
TERIMA KASIH SUDI BACA :)

muhasabah bersama :)





✿~ Hari ini mungkin dia TIDAK BERTUDUNG, esok lusa mungkin dia adalah yang paling IKHLAS MENUTUP AURATNYA..
✿~ Hari ini mungkin dia seorang yang KAKI MENGUMPAT DAN MENCELA, esok lusa mungkin dia adalah yang PALING LEMBUT BICARANYA..
✿~ Hari ini mungkin dia seorang yang INGKAR kepada Allah SWT, esok lusa mungkin dia adalah yang PALING ISTIQAMAH melaksanakan QIYAMULLAIL kala kita semua sedang LENA..

p/s : Kita TIDAK PERNAH TAHU danTIDAK AKAN TAHU..tugas kita bukan me'NERAKA'kan orang..tetapi, MENGAJAK MANUSIA ke jalanNya dan SALING MENDOAKAN..maka, JANGAN HINA permulaan seseorang kerana kita TIDAK TAHU bagaimana PENGAKHIRANNYA..♥♥

:: MUHASABAH DIRI ::


TERIMA KASIH SUDI BACA :)

Thursday, May 3, 2012

TANAH MERAH > TANJUNG MALIM


assalamualaikum ^.^ <3 RINDUUU nak update blog nii. nak bebel sorang-2 . dah laa tinggal aku sorang jee kat rumah nii. BOSAN sgt-2. okeyhh, baru-2 nii MAM ada datang tanjung malim, perak . dia dari tanah merah, kelantan . sebab tuu laa tajuk post nii seperti diatas . dia gerak dari kelantan 26/4/2012 then sampai 27/4/2012. perjalanan yg sangat lama ^^'. sebelum dia sampai, aku dah g booking hotel. tapi, kena check-in pukul 2 ptg . lepas tuu, dia sampai dalam pukul 6pagi. kesiann dia kena tunggu lama. pagi-2 tuu aku kena hantar ibu & adik g sekolah. sekolah ibu kat slim river. so, amek masa dalam lebih kurang 30minit nak sampai. pastuu dalam pukul 8pagi baru aku g amek dia kat busten. mmg sgt-2 KELAM KABUT laa hari tuu. bape kali dok ulang alik . semata-2 nak bagi masa habis sampai 2 petang tuu. nampak sgt dia penat. lepas selesai hantar adik g sekolah agama, hantar laa MAM g hotel. rm60 semalam . gedebak gedebuk jam dah pukul 6petang. kena g amek ibu ! bawak laa MAM nii g sekolah ibu. dalam takut segan dia, dia punn ikut laa . haha.

ibu pun masa tuu tengah busy sebab pendrive dia HILANG . banyak benda penting dlm tuu. then, bila ibu turun g kereta. tgk-2 ada cik amin mazlan. ibu pun senyumm :) aku suka tengok ibu senyum kat orang2 yang aku sayang. ibu borak-2 gelak-2 ngan dia jap. pastuu ibu masuk kereta. dan MAM yg drive kereta ibu. ibu jadi BOS kt belakang tuu. k, masa tuu aku ase cam MAM ni da jadi laki aku plak. haha . * k GATAL ! ibu pun rancak bersembang ngan MAM even ni baru 1st time jumpa setelah beberapa kali aku bercerita dgn ibu pasal MAM nii. aku mmg suka cerita kat ibu dengan sape aku kawan sebab aku nak ibu tau. lepas tuu, ibu ajak g makan rojak mamak kat TF value mart. ktorang pun pergi laa. sampai sana, terjumpa kawan ayah. isteri dia tanya " ohh, ini ke pengantin yang baru tuu ?" . HAHA .ktorang gelak-2 kat situ ^.^ tersilap orang laa pakcik. yg kawen tuu akak saya. bukan saya :D nanti ea. trimas kerana mendoakan. haha ^0^ lepas tuu, cerita pada hari itu berakhir disitu sebab aku nak bagi MAM rehat. kesian dia. penat tak hilang lagi, aku daa bawak merayap jauh-2 :D
esoknya ktorang g KL. saje nak bawak dia jalan-2 KL. *padahal sebab takde apa pun kat tg malim nii.haha. lupa plak yang haritu ada BERSIH 3.0 . seriously, KL sangat sesak ketika itu.hoho.mula-2 sampai tuu, kitorang g laa midvalley sebab aku nak g YUN NAM. lepas tuu g tengok wayang, pusing-2 bagi turun lagi terbakar lemak jap. dan balik. dalam tren daa ada cerita lain pulak. penuh dengan abang-2 berbaju kuning. haishh ! semangat sangat aihh. haha. tapi, best laa dengar dorang bercerita. ada sorang abang nii lawak. dah laa loghat kedah dia pekat. teringat aku kat QIRA :D sampai jee tanjung malim nak dekat pukul 9malam. ktorang g cari hadiah untuk ibu & mak. hehe. pastuu g makan dan aku hantar dia balik hotel. dia tak boleh balik rumah aku sebab ktorang belum ada apa-2 lagi :)malam tuu, 2orang adik aku nii tidur ngan MAM kat hotel. sekejap jee dia da boleh rapat plus kamceng gila dgn adik-2 & ibu :) ALHAMDULILAH <3

hari ahad tuu, ktorang pergi HOT SPRING SG KLAH.gerak lepas zohor sebab dia ngan adik-2 aku hanyut dalam bilik yang berekon. haishh ! haha. memang sangat-2 BEST ! 1st time aku tengok adik-2 aku suka & rapat dengan teman tersayang aku. yang sebelum-2 nii diorang kurang sikit ^^'. dan macam-2 laa jadi hari tuu. dengan jumpa pakcik lalok sebab overdos minum air ketum laa, nak excident kat selekoh tajam laa. haishh, kenangan-2 . haha :D cite pakcik lalok nii yang aku geram nii. ktorang dah tengah lapar yang teramat. pastuu dia boleh g merapu-2 macam-2. " saya buat keja nii bukan sehari dua bang " . alahaii, buat burger jee pun. aku pun boleh. hoho. dengar bebelan dan lalok pakcik tuu sampai 1 jam ! tapi burger tak siap-2 jugak. udahnya adik aku daa panas hati, dia pun buat sendiri burger uu dan makan ! haha. ada kee pakcik tuu kata ktorang nii waris dia laa, anak buah dia laa dekat polis bantuan tuu. malu beb bila polis tuu tanya " nii pakcik korang ke ?" .HAHA. nak balik tuu nyaris nak eksiden sebab MAM bawak kereta laju sangat kat selekoh tajam tuu. dia pun tak perasan selekoh tuu tajam sebab gelap sangat. nasib takde kereta kat situ. kalau tak , taktau laa nak cakap apa . huhu.dan hari itu berakhir dengan kenangan yang tak dapat aku lupakan :)

hari isnin , taktau nak bawak pi mana dahh. sebab isnin tuu adik-2 aku sekolah. so, aku nii driver kena hantar diorang g sekolah. itu laa 1st time MAM masuk umah aku. tuu punn sebab tunggu aku nak kemas umah, sidai baju, gosok baju adik. memang kelam kabut laa masa tuu. hoho. hari isnin tuu takde jadi pape pun . petang tuu aku bawak dia g proton city. lepak-2 tasik sambil tengok banjaran titiwangsa dengan adik-2 aku :)

hari selasa, dia dah nak balik daa. kan HARI BURUH masa tuu.tapi, ktorang pii tolong ibu kat pejabat dia. MAM punn tolong buat kerja ibu jugakk. ktorang buat sama-2. ktorang jaga batasan depan ibu. taknak laa nanti ibu kata apa pulak. lagi punn memang depan ibu & adik-2 aku layan dia macam kawan tapi lebih sikit. takde laa tergedik-2 aihh. aku pun geli. haha. masa tuu ibu pun banyak kali tersasul " makcik ehh ibu" . hahaa. lepas tuu, ktorang balik dalam pukul 7malam. dahh siap pi makan kat restoran. dan itu laa kali pertamanya MAM jumpa ayah :) MAM tumpang mandi & solat kat rumah aku. tapi, alhamdulilah. ayah pun layan dia dengan baik :)dan ibu ngan aku pun hantar laa dia pergi busten sebab bus pukul 8 malam. cerita berakhir disitu :)

# apa-2 pun , aku SUKA tengok dia dapat suaikan diri dengan famili aku. lagi-2 bila ibu nampak sangat suka dengan dia. sungguh ! dia daa jadi anak kesayangan ibu. sampai sekarang nii pun kalau aku lepak dengan ibu, mesti ibu aku tanya pasal dia. *k aku jeles !haha.yang penting, aku LEGA sebab sekurang-2nya ibu ayah dah tau dan tengok dengan siapa aku kawan :) andai kata dia bakal imam aku suatu hari nanti, aku bersyukur :) tapi, kalau dia bukan pemilik tulang rusukku .. aku redha. aku pun taktau samada aku dapat bawak diri masa dengan famili dia 1 hari nanti macam yang dia buat nii. yang pasti, aku BERSYUKUR sangat-2 ALLAH kurniakan dia. dalam setiap penilaian aku atas apa yang berlaku sepanjang 4hari dia kat sini membuatkan aku yakin dengan pilihan aku andai satu hari nanti dia memang ditakdirkan untuk aku . i'Allah, ALLAH tahu yang TERBAIK untuk aku <3 :)



TERIMA KASIH SUDI BACA :)