Thursday, September 6, 2012

cerita semalam ^^,

hohoiiii.. assalamualaikum ! fuhh3 ! tiup habuk kat depan laptop. berhabuk da. lama sangat tak update . hehe. ni pun sebab masa free. ade kelas 1 citizen sampai petang. dari pukul 8 pagi - 5 petang. aku punya laa MALAS plus MENGANTUK gila sebab semalam baru balik dari kelantan. ada perbincangan kat IOI ABIM ORANG ASLI KOK LANAS :) tempat dia nak kata teruk sangat tak laa. tapi yang aku nampak cam tak selesa je. dari katil, tempat solat, dewan serbaguna. yang cantik kelas dia je ^^'nak tunjuk gambar kat sini pun, aku punya fon takde bateri. komputer kat lab ni plak tak leh nak bluetooth. hoho. ni pun dalam kelas 1 citizen ~~' takde laa bosan sangat sebab dapat online. itu PENTING ! HAHA * gelak jahat ! :D

aku nak cerita sikit pasal pengalaman aku kena present depan jawatankuasa kat sana. sangat2 berdebar sebab aku adalah PENGARAH PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT . besar tanggungjawab tuhh.huhu. tapi, aku cuba buat sehabis baik.mula-2 sampai kat tempat tuu aku sangat-sangat TERKEJUT ! nape tempat ni camni ?! member aku citer cam GAH sangat tempat dia tuhh. aku terus terfikir, "camne kawan-kawan aku yg lain nak tido sini?! ". nak sangat tunjuk gambar kat korang. cane nak tidur kat tempat gituu selama 2 malam?! 1 malam pun aku ase cam terseksa . huhu.
ini reaksi muka aku masa sampai sana

masa bincang2 dengan AJK sana,ada laa benda2 lawak jadi. siap pakcik tuu tanya "ore kelate koo ? ehh, tapi tadi kata asal kl kan ? dohh tu, boyfriend laa ni ore kelate kan ?". aku senyum je. maluu siot ! haha. lepas tuu bila aku terus diasak dengan soalan-2 , bila aku dapat jawab dengan dengan baik..ade plak yang cakap kat kawan dia, "leh buat menantu ni". HAHA. berbincang sampai laa semuanya jelas. lepas selesai tuu, kepala aku berat nak fikir mana nak cekau tajaan. aku perlukan duit untuk bantu mereka.sekurangnya aku nak cat dewan serbaguna diorang yang jadi tempat untuk diorang solat,adakan majlis-2. nampak daif. nak tolong bertukang tuu memang tak dapat la.sebab group aku semua 47orang perempuan, 1 LELAKI !. kesian kan kat laki tuhh ? haha. berat pikir pasal nak dapatkan tajaan, lepas tuu tarikh pun takleh nak pastikan, ade je masalah. banyak benda nak kena fikir. sebab asalnya rancang nak buat 3 hari 2 malam. tapi, masalah penginapan, masa , bajet lagi. itu yang jadi halangannya. nak kena kejar masa nak siapkan assignment, proposal, cari sponsor. nak harap kat pensyarah aku cam takleh pakai je sebab aku ade masalah sikit ngan dia. ade laa citer dia. yang rapat ngan aku je tahu. hoho. haihh, takpe. aku try yang terbaik. ini baru cabaran. nak selesaikan final projek ni, final exam ~~'



# doakan aku ea. semoga ALLAH permudahkan segala urusan. yang penting, NIAT kita. harap sangat segalanya dipermudahkan. dapat tajaan, proposal pun lulus cepat, masa ok, dapat tajaan rm500 pun jadi laa. dan akhirnya dapat buat segalanya dengan baik sekali <3 :)




TERIMA KASIH SUDI BACA :)

Wednesday, May 9, 2012

aku masih GAGAL !


okeyhh, hari ini aku rasa aku GAGAL ! aku gagal untuk tahan diri aku . aku gagal untuk pertahankan apa yang aku nak buat. aku gagal. aku gagal. dan aku gagal ! :'( sungguh ! aku nak BERUBAH. faham tak wahai diri ?! aku nak BERUBAH ! berapa kali aku dah janji pada Allah untuk aku tak ulangi benda tuu lagi? dan semalam aku ulangi jugak. what happen to me ?! terkadang aku terfikir, betapa nipisnya iman aku nii. senipis sehelai kertas. aku tahu benda tuu mungkar, tapi aku buat jugak sebab hati kata " takpe hajar, sikit jee ". dan bangun pagi, aku terus MENYESAL !aku tahu ayat yang , Allah akan terima hambanya walaupun berkali-2 hambanya melakukan kesilapan dan mintak ampun. tapi, berapa banyak kali aku nak buat dan mintak maaf ? buat buat, mtk maaf. how many times ?

aku perlu lakukan sesuatu ! aku tak nak nanti aku mati dalam keadaan yang mengaibkan. aku taknak ibu ayah sedih bila tahu apa yang pernah aku lakukan. aku taknak. sebab tuu aku nak BERUBAH ! aku jugak taknak jadi bahan bakar api neraka sebab perbuatan aku. lepas tuu, aku keluarkan post yang baik-2 , ajak orang ke arah kebaikan. tapi, aku ? tetap lakukan kemungkaran . ya Allah, kuatkan laa hamba-MU untuk lakukan PERUBAHAN itu. aku mohon ya Allah. aku tak sanggup untuk mendustakan janjiku. aku TAKUT. aku TAKUT kalau-kalau aku tak sempat bertaubat.

aku rasa, aku memang perlu lakukan itu untuk kebaikan aku. aku nak hubungan yang diredhai. maafkan aku andai keputusan yang bakal aku lakukan ini tidak dapat diterima oleh sesetengah pihak. tapi, percaya laa. aku mahukan REDHA ALLAH untuk kehidupan aku. aku terlalu perlukannya. MAAFkan aku :'(

# andainya aku keluarkan post yang baik-2, itu sebenarnya.. aku juga ingin mengingatkan diri aku sendiri disamping aku mengingatkan orang lain. doakan agar kita sama-2 dapat mencari keberkatan dalam hidup .aminnnn. assalamualaikum :')
TERIMA KASIH SUDI BACA :)

4 perkara ( renungan buat muslimah )





Wasiat dari Baginda tercinta, Rasulullah s.a.w. :

" Wanita itu perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah "

Kata Hukama' pula:

"Wanita itu tiang Negara. Baik mereka baiklah Negara, binasa mereka binasalah Negara"


Kebaikan itu terhimpun dalam 4 perkara iaitu:

1. Percakapan
2. Diam
3. Pandangan
4. Gerak geri

~ Tiap-tiap percakapan yang tidak disertai dengan mengingati Allah adalah SIA-SIA.
~ Tiap-tiap diam yang tidak disertai dengan memikirkan kebesaran Allah itu adalah LEKA
~ Tiap-tiap pandangan yang tidak disertai dengan mengambil iktibar adalah LALAI.
~ Tiap-tiap gerak-geri yang tidak disertai dengan perhambaan kepada Allah adalah TIDAK BERERTI DAN SIA-SIA.


Oleh itu, setiap muslimah harapan Islam sekalian, jadikanlah setiap :

* Percakapan itu sebagai zikir
* Diam itu sebagai tafakur
* Pandangan itu sebagai iktibar
* Gerak geri itu sebagai tanda perhambaan.


# copy paste from http://kukumalusworld.blogspot.com :)
TERIMA KASIH SUDI BACA :)

aku terlalu CEMBURU

‎*¨¨*•♪ღ♪*•.¸ ¸¸*¨¨*•♪ღ♪*•.♥♥°˜¨•☆
¸.♥*☀* ♥*♥ AKU TERLALU CEMBURU ♥ ¸.♥*☀* ♥*

~ Aku cemburu padamu yang selalu khusyuk dalam setiap sujud panjangmu..
~ Aku cemburu padamu yang selalu meluangkan waktu untuk menghisab dirimu..
~ Aku cemburu padamu yang tak letih menghayati setiap bacaan Al'quranmu..
~ Aku cemburu padamu yang setiap malam membasahi sajadahmu..
~ Aku cemburu padamu yang tak kenal lelah dalam berjuang..
~ Aku cemburu padamu yang selalu sungguh-sungguh dalam setiap amanahmu..
~ Aku cemburu padamu yang selalu dapat menjaga lisanmu..
~ Aku cemburu padamu yang selalu dapat menjaga matamu..
~ Aku cemburu padamu yang selalu dapat menjaga hatimu..
~ Aku cemburu padamu yang selalu bersahaja dalam keseharianmu..
~ Aku cemburu padamu yang selalu tersenyum disaat susah dan senangmu..
~ Aku cemburu padamu yang tak pernah berubah saat kau dipuji ataupun dicaci..
~ Aku cemburu padamu yang hafal Al'quran dan bersikap seperti diajarkan dalam Al'quran.
~ Aku cemburu padamu yang cinta akhirat namun tak melupakan duniamu..
~ Aku cemburu padamu yang mencintai orang tuamu melebihi dirimu sendiri..
~ Aku cemburu padamu yang selalu bermanfaat bagi orang lain..
~ Aku cemburu…. Benar-benar cemburu….

~ Maka ini adalah hal yang positif Semoga kita saling MEMOTIVASI...
~ Saling CEMBURU untuk merebut perhatian pemilik CINTA ini...
~ Mudah-mudahan kita memperoleh CINTA itu...♥ CINTA ILLAHI ♥
~ Dan bertemu lagi,,dengan muka yang BERSERI di tempat yang ABADI.

♥ SALAM CINTA ♥

*¨¨*•♪ღ♪*•.¸ ¸¸*¨¨*•♪ღ♪*•.♥♥°˜¨•☆*¨¨*•♪ღ♪*•.¸ ¸¸*¨¨*•♪ღ♪*•.♥♥°˜¨•☆


TERIMA KASIH SUDI BACA :)

Sunday, May 6, 2012

MENGIDAM laa pulakk ^.^'

ehem-2 , assalamualaikumm si cantik si manis sekalian ^.^ . asal tiba-2 ase ghairah nak mengidam plak malam nihh ? haha. haipp-2 , jangan pikir macam-2 ea. nii haa tiba-2 aku rasa macam nak tukar telefon bimbit a.k.a fon ^0^ sebabnya adalah fon nokia aku nii bateri dia tak tahan lama pulak dahh . adesss, payah kott. huhu. bila aku g tanya kat kedai, dia kata bateri aku ok lagi. tak kembung lagi. maybe fon yang masalah. lorhhh, pulak dahh? huhu. mula-2 ase macam nak jual jee fon nihh. tapi, sebab kan harga yang diorang akan amek adalah bawah rm200. aku tak jadi laa jual. dah laa aku beli mahal-2 pastuu dapat ituu je ? ade kedai nihh lagi sedap. dia nak amek rm80 jee. hamboii, ingat fon apa tuu. kalau aku tau baik aku beli blackberry jee haritu. hoho :D lagi satu sebab aku tak jadi nak jual adalah sebab aku beli fon nii guna duit gaji pertama aku. kerja tak cukup sebulan, tapi dapat gaji untuk sebulan. kehkeh. baik punya bos ! haha. lepas tuu, bila pikirkan pulak fon nii takde laa problem mane. just masalah bateri jee. yang lain sume ok. oleh itu, aku berasakan biar laa aku simpan jee fon nii untuk simpanan aku sampai bila-2. bagi anak cucu pakai. haha. sekarang nii aku guna fon yang lagi satu iaitu CSL jee laa. malas laa guna nokia tuu. simpan jee kat uma. bila ase nak guna, baru guna. hihi
nii nokia xpress music 5530 kalau tak silap asenye. yang nii laa fon aku dari gaji pertama tuu :D

dan sekarang nii, aku terasa nak kumpul duit untuk beli fon baru hujung tahun nii. kehkeh. lambat lagi sebenarnya. saje jee bebel awal-2. haha. dan aku rasa aku punya bajet adalah rm1000 ke bawah. haa, sebab aku nak beli sekali dengan MAM. maknanya, aku ada dan MAM punn ada. baru syiokk ! ^.^ MAM punn nak tukar fon jugak. so, jom laa kita tukar sama-2 :D aku nak beli blackberry laa. biar kumpul dulu duit sikit-2. nanti baru rasa PUAS bila kita dah dapat benda tuu. iyee dok ? ^.^
haa, yang nii blackberry Bold 9780. aku nak yang lebih kurang macam nii laa. boleh touch ngan taip :)

yang nii pulak blackberry curve 8900

# tak kesah laa mana-2. blackberry kee idak kee. asalkan dia dapat berfungsi dengan baik. iyee dok ? hihi. silap-2 aku tak angkat pun blackberry nii. angkat yang nokia 3310 tuu haa. habis cerita. haha :D



TERIMA KASIH SUDI BACA :)