Saturday, October 11, 2014

PERTUNANGAN



Assalamualaikum

tetiba mari rasa rajin pulak harini.  lepas subuh tadi terus tak tidur. macam2 duk fikir dlm otak ni. lepas survey dekat blog2 orang lain psl persediaan kahwin dorg, tergerak hati nak share jugak dekat korang. so, kita buat satu2 dulu , oritee ? :)



debornya lahai time ni jangan cakap lerr. macam nak kena nikah. haha

ni namanya qila. one of my bestie dr sekolah rendah lagi 

ni namanya anisah. sama jugak laa macam si qila tu. kawan baik dr kecik lagi


hantaran sponser dari angah.thanks angah :)

ni sebenarnya utk buat hantaran kahwin. tunang punya tak sempat amek. hehe



diorang ni laa yg banyak berjasa utk majlis aku. nt majlis dorg aku kena balas balik ! hehe


dgn bakal mak mertuo. cuak seyhh masa mula2 nk bergambo. haha


ok. ni antara barang hantaran belah hajar.yang hajar buat

setakat tu je laa yang mampu dikongsi saat ni. utk hantaran tunang ni, hajar prefer guna style kotak je. mudah & cepat & jimat. haha. kahwin baru buat lain sikit. tapi still sama. tetap terapkan nilai penjimatan hebat disitu. inshaAllah, nt kalau ada kelapangan hajar post psl kad kahwin, DIY bilik tidur pengantin, DIY hantaran kahwin, DIY guestbook, DIY guestnotes, DIY photoprops & macam2 lagi laa yang berkaitan. ni masa tak berapa nk mengizinkan. da kena bersiap g kerja. hehe .semoga share akan dtg nt bermanfaat utk B2B yg lain 

TERIMA KASIH SUDI BACA :)

Friday, August 15, 2014

. DIA .






Allah hadirkan dia. seorang lelaki yang aku tak tahu nk ceritakan bagaimana. bagaimana baiknya dia. bagaimana bertanggungjawabnya dia. Bagaimana dan bagaimana. Aku bersyukur Allah temukan dgn seorang lelaki yang inshaAllah tak lama lagi bakal menjadi seorang yg teramat istimewa dalam hidup ini. Aku tak meletakkan harapan yg terlalu tinggi dlm perhubungan ini dulu. TAPI, hari demi hari..tahun demi tahun..aku terus menilai dan menilai. Aku terlalu bersyukur. SANGAT. bertapa Allah hadirkan ssorang yg mampu bertahan dgn aku. aku tak tahu bagaimana nk ungkapkan bersyukurnya aku. kerana dia terlalu istimewa. 

ungkapan ayat dari dia td buatkan aku tersentak. mungkin aku nampak macam tak berapa fokus. tapi sebenarnya aku tangkap ayat tu betul2 dlm otak  hati serta sanubari. *hamboihh hengko. ayat !  hahaa ayat dia. hmm, buat aku rasa sgt hmm..bila duduk sorang2 ni. bila fikirkan balik, rasa nk menangis pun ada. sebab, entah. impian dia untuk hubungan ini, untuk kehidupan kami  & utk segalanya sangat beerti. sangat diimpikan oleh setiap wanita muslim didunia ni. Aku harap, Allah permudahkan segala urusan kami. Izinkan aku mencintai  merindui dia yg sah halal untuk aku suatu hari nanti.

sambil dengar lagu lafaz sakinah ni buat aku rasa nak menangis. memikirkan harinya bakal tiba 1 hari nanti. aku nak buat lafaz sakinah ni. biar majlis aku nanti jadi beerti untuk hidup aku. 

Allah, jika benar dia tertulis untuk aku..dia laa jodoh aku yg kau tetapkan di Luhf Mahfuz..tetapkan laa iman kami. teguhkan hati kami. hadirkan rasa cinta yg setia sesama kami. Andai dia yg terbaik untuk agama & kehidupan aku, teguhkan ikatan kami nanti.

kalau nak tulis, terlalu banyak benda aku nk cakap tentang dia. betapa dia seorang yg sgt istimewa dlm hidup ini. tetiba rasa mata da berlinang pulak :') efek lagu2 ni. haha. semoga segala harapan kami bersama Allah permudahkan. baru harini aku terasa debarnya menunggu masanya. hari demi hari. bulan yang tak berapa nak bulan. semoga dipermudahkan :')

TERIMA KASIH SUDI BACA :)

Monday, March 31, 2014

PART 4 : PULAU PERHENTIAN DAY TRIP !


ini post yang ke-4 aku untuk harini. balas dendam sekaligus. terlalu banyak cerita yang nak dikongsi kat sini. rasanya ni yang terakhir kot. mungkin. sebab aku mengantuk dah. sekarang dah pukul 4 pagi. esok dah nak kena g servis kereta.lepas tu balik kelantan, lepas tu datang balik terengganu.lusa balik perak. phewww ! 

ok. trip kali ni pergi dengan famili. masa ibu ayah datang sini. bawak laa diorang lepak pulau. nak cerita sikit. kali ni, aku dapat pakej yg gila murah ! thanks kepada kawan fb aku yg suggestkan agensi ni. bayangkan, RM100 untuk 6 point snorkeling trip, lunch, snorkeling equipment termasuk flip, caj taman laut pulau perhentian, bot pergi balik. serius weyhhh ! aku rasa tersangat laa berbaloi trip kali ni. kali ni pergi 7 orang. 

ni suasana dekat jeti pulau perhentian. lain sikit dari pulau redang. kira tersusun dan lawo sikit laa . hehe. masa ni ktorang naik bot laju yg besar sikit. so, selesa laa. masa ni jugak laa aku rasa tak takut & feeling eksited tu lebih sikit sebab aku boleh rileks dah. mungkin sebab aku dah lalui pengalaman yg lebih dasyat kot. *mungkin* ahaha. diorang yg lain pakat cuak belaka. lagi2 si akem. bising gila . rasa nak campak masuk laut je ! haha

ni manusia yg namanya akem tu. nama fb dia : abunk akem. kalau berkenan, sila add dia. HAHAHAHA


aku tak berapa ingat sangat urutan point yg dia bawak ktorang. tapi, ada laa pergi turtle point, shark point, light house, long beach, island village, kk point. light house tu laa tempat yang aku tak berani buat pape. haha

ini dia namanya light house. korang kena lompat dari atas tu. level 2 atau 3. kalau yg pandai berenang best laa. aku ni berenang tara budak tadika je. cuak nak buat lompatan begitu. hahaa *sumber: mr.google*

masa nak mula snorkeling tu, semua orang semangat & eksited. lagi2 adik aku. ibu takut2. ayah? lagi rileks. buat keje dia atas bot. masa ni gua salute ayah gua. jiwa kental. kemana saja dia pergi, keje mesti dibawa. nak cari ilham buat buku baru kott. hahaa. tapi, last2 ayah kalah jugak dengan godaan ktorg. berendam sampai taknak naik bot pulak dahh. haha

air dia jernih gila. lagi lawa dr pulau redang. sumpah lawa weyhh ! memang best nak snorkeling kat sini !
suka tengok muka diorang eksited. hehe. banyak benda yg lawak jadi haritu. bila ingat balik, rasa nak tergelak je. masing2 dengan perangai masing2. alahaiii. hahaha. 


ni dekat lokasi pertama ktorang diturunkan. nama dia aku lupa jugak. long beach rasanya. kat sini laa banyak chalet2, resort2 yang murah. korang boleh jugak survey. tapi, nasihat aku baik book siap2. takut takde bilik. haa, tido laa kat tepi pantai. haha


memang puas laa dapat g sini. masa tu dapat tengok penyu lagi. kali ni lagi dekat  masa dekat turtle point tu. memang tak rugi laa korang guna agensi ni. da laa murah, lepas tu dia akan guide korang kat setiap point. melting dengan kebaikan mereka. *negeri cantik, budaya menarik. insya-Allah, orangnya baik2* . memang terbukti ! hehe


aku dah lama ngidam nak duduk dekat posisi ni. akhirnya dapat jugak masa tu ! HEHE. dapat pakcik yg sporting boleh ah buat gini. kira antara impian yg terlaksana laa mungkin. haha

serius cakap, korang takkan rasa rugi datang pulau perhentian ni. tempat dia memang cantik gila ! 


ni masa dekat village tu laa. maaf laa. aku lupa apa nama dia. kat sini ktorang datang untuk makan. aku nasihatkan kalau nak datang pulau, sila pastikan makan korang sekali dalam pakej. sebabnya makanan kat pulau sangat laa mahal. bayangkan, ktorang sarapan 5 sandwich, 2 3 air, beberapa keping roti canai harga dia RM50. glupp ! nasib ibu yg bayar. hahaha


ecah sangat eksited nak makan. nampak tak muka semangat dia? HAHAA
dapat makan pisang masa lapo2 dalam air pun rasa nikmat macam makan kek secret recipe gaya dia. hahaha

bila perut dah kenyang, hati sudah senang.kita bergambar dulu. lepas tu baru sambung lagi 3 point snorkeling trip. hehehe

lepas tu, dekat point ktorang yang terakhir tu.. ada laa abang yang handle ktorang ni buat game. memang menarik rasanya walaupun sekadar game tarik tali. ahaha. sebab, game nii lelaki tulen vs lelaki klon.*paham2 je dah laa ye * tapi, nasib laa geng lelaki tulen menang. kalau kalah memang berendam dalam air tu tak timbul2 laa diorang agaknya. malu kuasa dewa. hahaha


kena melayan si akem ni yang kuat bergambo. takpe laa. satu kepala laa. cumanya dia ni lagi gila ! haha


tengok, lawa kan air dia? sangat laa jernih. ohh, jangan lupa yaa kengkawan. setiap kali tengok kebesaran Allah, jangan lupa ucapkan SUBHANALLAH. ALHAMDULILAH sebab kita diberi nikmat untuk melihat & merasai kebesaran dan keindahan ciptaan Allah :)


memang rasa pengalaman yg sangat berbaloi. dan rasa puas sangat bila ayah cakap ,"berbaloi datang sini. tak sia2 datang". sebab aku yg arrange semua ni. tu yg takut diorg rasa tak puas hati datang sini. ada sikit masalah sehari sebelum hari ni pergi. malam tu kena cari agensi baru nak book g pulau. Alhamdulilah, nasib Allah permudahkan semuanya. ada hikmahnya kami batal dengan agensi yg sebelum ni. kalau tak, kena RM170  utk day trip tanpa makan. memang gila tak berbaloi ! so, utk korang..aku cadangkan better search dulu baik2. mana tau dapat murah.kan lagi berbaloi. haaaa


muka eksited lagi puas untuk pulang ke daratan. hehehe. seronok dapat duduk dekat bahagian ni dalam bot

ecah. dia budak law. ex-housemate aku. keluarga angkat aku. kiranya, adik-beradik angkat la nihh. hehe

ibu dengan si ecah. hehee

sebelum terlupa, aku nak nasihatkan korang supaya beli sunplay spf130 ni. aku dah cuba dan memang ternyata berkesan ! muka takde laa sunburn teruk sangat. tipu laa kalau tak sunburn, tapi, sekurang2 nya tak laa terlalu ketara. memang lotion dia ni rasa ringan gila. tak melekit, tak rasa berminyak, tahan 10 jam bawah cahaya matahari. senang kata, bawak laa ni kalau korang nak buat aktiviti pulau. memang berbaloi ok !

segala yg terjadi dekat pulau ni buat aku terfikir sendiri tentang diri sendiri. adakah aku ni memang jenis yang sukakan cabaran ? lepas tu, menguatkan lagi minat aku nak further study dalam bidang yang berkaitan dengan pelancongan dan pengurusan. hehe.ok laa. aku dah nak tidur. semoga perkongsian ni bermanfaat untuk sesiapa saja yang nak tahu pasal day trip ke pulau perhentian :)

candid habis. sibuk sangat dengan monopod, sampai tak sedar si akem ni amek gambo aku. ciss. hahaa

# ni aku selitkan sekali agensi yg aku guna tu. maybe sebab aku pergi ramai tu yang dapat RM100 sorang. korang pandai2 laa deal dengan abang syukri tu. baik,peramah,botak orangnya. hehe

TERIMA KASIH SUDI BACA :)

PART 3 : HERBALINE TRIP !



maafkan aku susunan agak berselerakan. hehe.  ada pulak ayat macam tu. alahaii . haha. ni lepas balik dari pulau redang. kiranya hari ketiga laa. kelantan hari pertama. pulau redang hari kedua. herbaline hari ketiga. ok. senang paham dah kan? hehe

kali ni, aku nak bawak alyn g satu spa kegemaran aku. tempat dia exclusive gila ! tapi harga dia memang berbaloi. bayangkan, kat tempat exclusive macam ni, 1st trial RM38 je ! memang berbaloi habis gua cakap lu. lepas tu, kalau nak buat facial seterusnya, RM48 je kalau korang tunjuk kad pelajar. kalau tak, harga normal dia RM70 ++ . memang kalau korang datang sekali, rasa nak datang lagi. haha

mula2 dia akan buat sesi check-up kulit dulu macam mana. rawatan apa yg sesuai. lepas tu, dia akan bagi korang minum teh cina/herba tak silap aku. sedap laa jugak . badan rasa segar. hehe


lepas dah selesai tu, dia akan bagi korang bersihkan kaki dengan garam herba/laut untuk segarkan badan sikit lagi. masa ni dia akan pasangkan air panas/sejuk. adjust bagi suam2 ikut kehendak kita. dilayan bagaikan puteri . hehe. tapi, sental kaki tu sendiri ah. melemak pulang nak dia sentalkan. haha


selesai tu, korang akan dipanggil oleh beautician masing2 untuk masuk ke bilik. suasana dekat spa sumpah tenang gila. wangi. lepas tu dia pasang laa bunyi2 macam terapi dalam hutan tu. tenang weyhh ! dia buat facial. sambil2 tunggu masker kering tu, dia urut badan. bagi hilangkan ketegangan. habis facial pun dia urut lagi. rasanya ada laa jugak dalam 2 kali minum air teh herba dia. sekali hidu herba sebelum masuk sesi facial dlm bilik yg berekon & super selesa ! 

dah selesai sesi facial tu, korang akan diberi masa untuk buat fish spa. masa ni best. haha. buat yang pertama kali buat ni, memang rasa geli2. macam kena eletrik je masa kena gigit2 dengan ikan2 comel tu. hehe. masa tu terpulang untuk korang laa bape lama. tapi, beragak laa. jangan lama sangat. melampau pulak . haha

masing2 muka puas hati lepas sesi facial & fish spa tamat. hehe. bajet cepat2 g spa nak elak sunburn laa kononnye ni. hehe. tapi, serius memang berbaloi laa. kalau korang datang kuala terengganu, jangan lupa cari HERBALINE ni. try sekali, pasti nak lagi ! :)

TERIMA KASIH SUDI BACA :)

PART 2 : KELANTAN TRIP !


ok. selesai pasal pulau redang. kali ni, aku nak cerita pasal trip g kelantan pulak. trip ni sehari sebelum g pulau sebenarnya. aku tersalah ikut urutan. ehehe. masa ni, nak laa bawak alyn g jalan2 kelantan. g pantai cahaya bulan. lepas tu g kb mall, g tokong buddha. yang ada patung buddha yang gedabak besar tu. sebenarnya, aku pun taktau nak bawak alyn jalan mana sangat kat kelantan tu. kalau nak g rantau panjang,masjid cina tu jauh2. so, ktorg g laa mana yang mampu dan sempat. masa ni, wan azila pun follow sekali. dia memang orang terengganu. lepas tu masa tu dia ada dekat kelantan. jumpa kat kb mall, angkut sekali bawak g jenjalan. haha. 



masa tengok patung ni, masya-Allah. besar gila. memang besar ! tapi, masa nak masuk tu cuak sikit laa. sebab ada anjing2. lepas tu kena hati2 laa jalan tu sebab kena tengok2 taik anjing yang ada dekat situ. fuhh !



sebenarnya, aku pun taktau apa motif aku nak sangat g sini. hahaha. maybe sebab aku nak tengok patung besar kot. sebab dulu pernah tertengok masa tidur rumah pelajar ayah. tu yang dah besar datang cari balik. tapi, masa tu tak silap aku..patung tu warna emas yang tengah berbaring. takpe laa. dapat tengok ni pun ok dah laa. hehe

lepas tu, ktorg teruskan perjalanan ke patung buddha lagi satu. besar jugak. masa sampai kat tokong tu, ada laa beberapa orang sami buddha tengah lepak2. diorg pun jemput laa ktorang masuk tokong dia. aku cuak gak masa tu. masuk tempat sembahyang diorang. aku bajet datang nk tengok patung kat luar tu je. haha



patung yang kali ni pun boleh tahan besar dia beb ! sebelum masuk tokong tu, aku baca ayat kursi banyak2. sebagai pendinding diri. puas ktorg kata takpe laa dekat sami tu. puas jugak sami tu jemput masuk. ahh, sudahnya masuk je laa. hahaa


ni antara lukisan yang ada dalam tokong tu. seram jugak weyh tengok. sila abaikan muka aku yang mintak penampar tu. haha. lukisan dalam tokong ni semua penuh motif & cerita tersendiri. pasal azab dunia lepas kematian laa. macam2. cuak jugak tengok. gambaran yang menakutkan. hoho



gambar ni mungkin kehidupan dekat syurga kot. mungkin. aku pun tak pasti. tapi, kalau laa sami tu ikut ktorang sambil bagi penerangan kat setiap gambo pun best jugak. at least, ktorang tak buat andaian merepek sendiri. ehehe


ok, masa lawatan sudah tamat. terima kasih dekat keba dengan roy yang sanggup layan kerenah & permintaan aku nak g sini. padahal nak bawak alyn yang jalan2. takpe laa. sambil menyelam minum air. iyee dok? hahaa

TERIMA KASIH SUDI BACA :)