Friday, August 15, 2014

. DIA .






Allah hadirkan dia. seorang lelaki yang aku tak tahu nk ceritakan bagaimana. bagaimana baiknya dia. bagaimana bertanggungjawabnya dia. Bagaimana dan bagaimana. Aku bersyukur Allah temukan dgn seorang lelaki yang inshaAllah tak lama lagi bakal menjadi seorang yg teramat istimewa dalam hidup ini. Aku tak meletakkan harapan yg terlalu tinggi dlm perhubungan ini dulu. TAPI, hari demi hari..tahun demi tahun..aku terus menilai dan menilai. Aku terlalu bersyukur. SANGAT. bertapa Allah hadirkan ssorang yg mampu bertahan dgn aku. aku tak tahu bagaimana nk ungkapkan bersyukurnya aku. kerana dia terlalu istimewa. 

ungkapan ayat dari dia td buatkan aku tersentak. mungkin aku nampak macam tak berapa fokus. tapi sebenarnya aku tangkap ayat tu betul2 dlm otak  hati serta sanubari. *hamboihh hengko. ayat !  hahaa ayat dia. hmm, buat aku rasa sgt hmm..bila duduk sorang2 ni. bila fikirkan balik, rasa nk menangis pun ada. sebab, entah. impian dia untuk hubungan ini, untuk kehidupan kami  & utk segalanya sangat beerti. sangat diimpikan oleh setiap wanita muslim didunia ni. Aku harap, Allah permudahkan segala urusan kami. Izinkan aku mencintai  merindui dia yg sah halal untuk aku suatu hari nanti.

sambil dengar lagu lafaz sakinah ni buat aku rasa nak menangis. memikirkan harinya bakal tiba 1 hari nanti. aku nak buat lafaz sakinah ni. biar majlis aku nanti jadi beerti untuk hidup aku. 

Allah, jika benar dia tertulis untuk aku..dia laa jodoh aku yg kau tetapkan di Luhf Mahfuz..tetapkan laa iman kami. teguhkan hati kami. hadirkan rasa cinta yg setia sesama kami. Andai dia yg terbaik untuk agama & kehidupan aku, teguhkan ikatan kami nanti.

kalau nak tulis, terlalu banyak benda aku nk cakap tentang dia. betapa dia seorang yg sgt istimewa dlm hidup ini. tetiba rasa mata da berlinang pulak :') efek lagu2 ni. haha. semoga segala harapan kami bersama Allah permudahkan. baru harini aku terasa debarnya menunggu masanya. hari demi hari. bulan yang tak berapa nak bulan. semoga dipermudahkan :')

TERIMA KASIH SUDI BACA :)

No comments:

Post a Comment

thank you for reading my posts (^^,)