Friday, November 9, 2012

damailah engkau disana sahabatku

baru je semalam aku bukak FB dia. terjumpa dari friend list adik aku. aku tanya tentang dia. tersenyum bila adik aku galak ceritakan tentang dia. terbayang kecomelan dia jalan terjengket-2. terbayang kenakalan dia semasa menjadi sahabatku. terbayang dan terus terbayang sampai aku tersenyum. macam2 tentang dia aku tanyakan pada adikku. walaupun kami kawan takde laa lama mana, tetapi disebabkan dia rajin menyakat, bergurau dengan aku. kalau tak silap, aku sama sekolah dengan dia 3 tahun je. lepas tuu, aku dah pindah sekolah lain. tapi, aku still ingat kawan2 aku disekolah lama.

tiba2 lepas solat jumaat tadi, adik aku balik. dia kata, "uda, syafiq yg sebaya dengan kau tuu MENINGGAL sebab eksiden motor malam tadi ! ". aku macam konfius sikit. aku tanya "syafiq mana ?". adik aku cakap syafiq kawan aku yang aku baru tanya pasal dy semalam. ya Allah, aku tersentap ! aku baru tanya macam2 tentang dia semalam, harini aku dapat khabar kematiannya. sedihh sangat rasa :'( 

aku terdiam tergamam. memang aku tak rapat dengan dia sampai sekarang. tapi, aku PERNAH rapat dgn dia. apa pun alasan, kerana dia SAHABAT aku ! 

seingat aku, masuk ni dah 4 orang kawan aku meninggal. 3 orang meninggal sebab eksiden. 2 eksiden motor. hanem, yusuf safwan, izzat amir, syafiq. semuanya kawan2 aku kat sekolah lama yg berlainan. aku dpt tau berita kematian diorang pun dari kawan2. teman sebaya dgn aku dah meninggal, camne pulak aku ? camne cara kematian aku nanti ? aku selalu tertanya2 soalan tuu setiap kali aku dengar tentang orang/ sahabatku meninggal ~sobsob ~


# semoga mereka ditempatkan ditempat orang2 yg beriman. selamat tinggal wahai sahabat-sahabatku. damailah kalian disana. maafkan aku kerana tak dpt hadir pd hari pengebumian kalian. aku hanya mampu mendoakan dari jauh. semoga Allah merahmati kalian :'( aku akan ingat kenangan persahabatan kita sampai bila2. 



selalu aku terfikir bagaimana pula cara kematianku ? adakah baik atau sebaliknya ? semoga aku sempat bertaubat, sempat minta maaf dari semua orang, sempat menjadi muslimah sejati. sempat untuk segalanya. terlalu banyak dosa yang telah aku lakukan dalam hidup ini. Allah masih beri aku bernafas untuk perbaiki segala kesilapanku. syukran ya rabb ! inshAllah, aku akan cuba berubah sedikit demi sedikit. jauhkan laa aku dan mereka yang lain dari azab nerakaMU ya rabb ! lindungi kami dalam rahmatMU ya rabb !


TERIMA KASIH SUDI BACA :)

Thursday, November 8, 2012

jom cegah rambut GUGUR

rambut yang lebat dan sihat impian setiap insan !
yang ni aku cam suka je dia punya petua. boleh dikira senang jugak laa. boleh laa adik2, kakak2, makcik2 yang tengah free taktau nak buat apa kat rumah tuu try petua ni. senang je. yang jadi susah kalau tak kenal santan, limau nipis, asam, apa benda semua tuu. itu masalah BESAR ! haha

1) Campurkan air asam jawa dan santan dalam satu bekas. Masukkan beberapa kuntum bunga-bungaan yang wangi seperti bunga kenanga. Lumur rambut dengan campuran ini dan biarkan selama beberapa minit. Bilas dengan air besih. Amalkan selalu dapat mencegah keguguran rambut disamping menjadikan rambut harum seperti bunga.

2) Hiris beberapa keping limau nipis dan tenyehkan isinya ke kulit kepala. Kemudian sapukan bahagian yang bermasalah dengan telur ayam yang telah dipukul sedikit. Bungkus kepala selama beberapa jam dan lemudian bilas dengan air bersih. Amalkan selalu dapat mennguatkan akar rambut.


3) Masak santan dari sebiji kelapa sehingga mengeluarkan minyak. Tutup api dan biarkan sejuk pada suhu bilik. Lumurkan santan berminyak ini pada keseluruhan kepala dan bungkus kepala semalaman. Bilas dengan air bersih. Amalkan selalu dapat menguatkan akar rambut disamping membuatkan rambut kelihatan cantik bersinar.


4) Ambil air rebusan kacang hijau dan biarkan sejuk. Sapukan air tersebut pada keselurukan kulit kepala setiap malam sebelum masuk tidur. Syampu rambut pada keesokan harinya. Amalkan setiap hari untuk menguatkan akar rambut dengan berkesan.


5) Satukan lendir daun lidah buaya, lendir pokok bunga raya, lendir pokok litup bumi dan sedikit minyak zaitun dalam satu bekas. Lumur campuran ini pada keseluruhan kepala dari akar rambut selepas mandi malam dan bungkus selama setengah jam. Bilas rambut pada keesokan hari. Amalkan seminggu sekali, InsyaAllah rambut menjadi kuat dan lambat beruban.


6) Tumbuk segenggam daun serai hingga lumat. Masak dengan secawan air sehingga kekuningan. Sejukkan dan kemudian sapukan pada keseluruhan bahagian kepala. Amalkan setiap hari selama 2 minggu untuk melihat keberkesanannya.


7) Ambil tiga biji limau nipis dan ambil jusnya, campurkan dengan 2 biji putih telur. Sapukan pada keseluruhan rambut dan biarkan selama 2 jam. Bilaskan dengan air bersih. Amalkan selalu untuk kesan yang memuaskan.



# credit to blog http://101petua.blogspot.com/2010/04/petua-mencegah-rambut-gugur.html . terima kasih ! saya kongsikan ea. hehe


biasanya PEREMPUAN yg banyak rambut gugur. takpee2, cuba dulu petua ni. mana tahu berkesan ke :)
mehh tengok kejap apa punca rambut gugur :-
  1. Genetik.
  2. Tekanan kerj.a yang teruk.
  3. Diet yang teruk.
  4. Faktor hormon
  5. Masalah tempurung rambut.
  6. Putus haid
  7. Selepas bersalin (bagi wanita).
  8. Penyakit tiroid. Kelenjar tiroid yang terlalu aktif atau pasif juga boleh menyebabkan keguguran rambut.
  9. Demam, jangkitan dan selesema yang serius. Selepas empat minggu hingga tiga bulan demam yang serius, seseorang mungkin terkejut melihat rambut gugur dengan banyak. Namun keguguran rambut ini akan pulih seperti sediakala.
  10. Protein yang tidak seimbang dalam pemakanan. Amalan diet yang tidak seimbang dengan tidak memakan protein atau tabiat pemakanan abnormal.
  11. Ubat-ubatan. Sesetengah ubat-ubatan boleh menyebabkan keguguran rambut untuk sementara waktu. Ubat-ubatan terdiri daripada penyakit gout, artritis, kemurungan, masalah jantung, hipertensi dan ubat mencairkan darah (coagulant). Pengambilan vitamin A secara berlebihan juga boleh menyebabkan keguguran rambut.
  12. Rawatan kanser. Sesetengah rawatan kanser akan menyebabkan sel-sel rambut terhenti membahagi yang mengakibatkan rambut menjadi nipis dan mudah terputus apabila ia keluar dari kulit kepala.
so, lepas ni boleh laa kita sama2 jaga rambut yang menjadi MAHKOTA setiap insan (^^,) thanks again to http://www.gilerkentang.com/cara-melebatkan-rambut/ . hehe




TERIMA KASIH SUDI BACA :)

jom lebatkan rambut

ehemmm2, alang tengah menunggu baju siap dibasuh dalam mesin tuu. mehh aku update kejap pasal petua nak lebatkan rambut & dan mencegah rambut gugur (^^,) sebab semenjak dua menjak ni aku punya masalah rambut gugur makin menjadi-jadi laa. maybe sebab aku ni suka tidur lambat, makan pedas, kurang makan makanan yg berkhasiat. itu boleh jadi salah 1 faktornya. *cewahh ! budak seni kecantikan dah berbicara. ehh, betul laa ! aku belaja ok. dapat A utk SPM 2010. phewww ! 
baik lelaki ke perempuan ke, sape yang nak rambut gugur lepas tuu jadi  BOTAK kan ? mimpi buruk tuu !
tetiba pagi tadi aku terasa rajin pulak nak google camne petua secara tradisional nak lebatkan rambut @ elak rambut gugut ni. mehh aku kongsi sikit laa dengan korang ehh (^^,)


Petua 1 :
Sapukan minyak bijan di akar rambut / kulit kepala sebelum tidur. Paginya, bersyampu dan bilaslah rambut seperti biasa. p/s : anda boleh dapatkan minyak bijan di kedai mamak

Petua 2:
Daun lidah buaya digunakan bersama daun bunga raya putih untuk dijadikan resipi bagi mengurangkan rambut gugur. Kalau tak ada daun lidah buaya, gunalah daun bunga raya putih sahaja. Itupun sudah memadai.

Petua 3.
Ambil sedikit daun inaiTumbuk hingga halus dan campurkan sedikit air asam jawa.
Cuci rambut hingga bersih dan bilas dengan air daun inai tadi sambil memicitkan kepala.Biarkan selama setengah jam. Kemudian bilas rambut sampai bersih. Amalakan seminggu 2 kali, Insyalah , anda tidak akan mengalami masalah keguguran rambut.

Petua 4.
Ambil beberapa helai daun rambutan yang muda, kemudian bersihkan. Ramaskan daun itu bersama air sehingga keluar lendirnya. Kemudian sapukan lendir itu pada rambut. Biarkan selama 20 minat, selepas itu bilas dengan air bersih, Lakukan 2 hari sekali dan nikmati hasilnya.

Petua 5.
Sediakan Bahan-bahan seperti berikut.
  • 2 sudu besar minyak zaitun
  • 2 sudu besar minyak bijan
  • 2biji telur
  • 2 sudu besar santan asli
  • 2 sudu besar minyak kelapa
Caranya:
  1. Kisar semua ramuan dengan alat pengisar kelajuan sederhana selama lebih kurang 30 saat, ramuan akan berbuih kerana terdapat telur.
  2. Ketika mandi selepas membersihkan rambut dgn syampu, sapu rata ramuan tadi dan urutkan keseluruh kulit kepala.
  3. Biarkan selama 5 minit sebelum membilas bersih sebaiknya mengguna air suam.
Boleh diamalkan setiap hari. Ramuan yang disediakan ini tahan selama lebih kurang 5 hari jika disimpan di dalam peti sejuk.

* yang petua ni aku copy dari http://www.gilerkentang.com/cara-melebatkan-rambut/ . hehe. elok cuba ni. try laa dulu. kembali kepada alam semula jadi. phewww ! 

ohh, hanya tersipu malu2 kambing rambut dah botak camni. kang ade yang aku buat rambut aku camni kang ! fedap sangat asyik gugur je rambut ni. ~sobsob ~
style ini lagi otai ! mau aku kena kejar dengan mak aku kalau botak licin camni. hahaa


camni pulak style rambut yang aku suka bila nak berambut pendek ni. nampak style sikit. nak kaver rambut dah semakin menipis, kan ? sooo sedihhh !

tapi, bila rambut dah panjang nanti memang impian sangat nak buat style lebih kurang camni. harap-2 aku mampu bertahan ! aku takut aku yang rimas. hehe. tapi, aku suka laa tengok orang buat style rambut camni. hehe. cam nora danish ke sape2 ke. sukaaaaaa ! (^,^)

# okeyhh, donee ! terima kasih kpd blog yg saya copy petua anda. nak kongsi2 ilmu. hehe


TERIMA KASIH SUDI BACA :)

BLACKLIST Part 2

Alhamdulilah, masih lagi diberikan peluang untuk bernafas pagi ini (^^,) . susah nak dapat cik hajar ni pagi2 segar camni. hehe. sambil melantak 2 keping sandwich sardin, cucur durian dan juga air teh panas. slurpp ! sedapp ! hehe. dah lama dah nak update pasal ni. cukup laa ini kali yang terakhir. lepas ni, malas dah nak bising-2. sebab kalau aku bising-2 pun tak guna. benda dah jadi. ~ sobsob ~

pasal P1, kelmarin-2 ada staf dia call cakap aku boleh bayar lewat contohnya macam hujung bulan ni camtuu sebab aku tanya boleh tak aku nak bayar 20hb. selesai disitu. tiba-2 keesokkannya, ada staf dia Eddy namanya call aku kata aku kena bayar before 12hb. kalau tak kena cas lebih. ohmannn ! mana boleh camtuu ! yang semalam kata boleh je kalau aku nak bayar lewat. ehh, mana 1 yang betul ni ?! * aku dah mula geram dekat situ. sebab dia buat aku kelam kabut !
even mulut ditutup, jari masih boleh menaip . hehe


mana aku tak kelam kabut sebab nak kena collect duit dari kawan2 yg dok kat melaka,kelantan,selangor. haa, ingat senang ke ? bukan semua orang kita mintak duit terus dapat. iyee dok ? haihh, rileks saje dia cakap gituu. keesokkannya, aku rasa macam aku nak 1 kepastian yang pasti. aku dok la bertweet dengan P1 buddy care, apa ntah lagi 1. may i help you la apa laa. * tak membantu aku pun sebenarnyaa ! lagi menyusahkan ada laa ~ lalaala ~

bila aku call, ni part yang aku paling menyampah jugak sebenarnya. kalau 10kali aku call careline, 10kali jugak laa aku kena repeat cerita yg sama. dapat pulak kalau dia pas masalah aku tuu kat orang lain. "yeaa, apa yg boleh saya bantu anda ? ". aku ingatkan staf yg sebelum tuu dah cerita. terpaksa laa aku cerita lagi. ehh, ingat tak fedap ke ? nasib masa yg kena cakap lama2 tuu aku suruh orang P1 call aku balik. so, selama lebih kurang 30minit tuu free je laa. itu aku sejuk hati sikit. hehe *ok3 foineee, aku tahu ini memang keje korang. mmg ini langkah dia. (-.-')


then, bila aku cerita dekat staf dia yg lagi 1 tuu. dia macam tak caye cerita aku. ehh, aku betul-2 SERIUS. ingat aku tipuu ke ? sumpahh ! camni cerita dia. penyebab segala masalah harini timbul. bulan 6 haritu kalau tak silap aku, ada 1 staf dia ni dok call aku cakap2 pasal masalah ni. masa tu bil just dlm RM600 lebih camtuu. so, dia kata kalau nak setel cepat dia suruh aku bayar RM260. tapi, masa bayar tuu jangan cakap kita nak terminate. oh, aku bayar terus haritu. lepas tuu dia cakap, simpan resit tuu then masa habis kontrak bulan 12 tuu bawak modem sume bagi kat P1. selesai masalah ! * lagi BERTAMBAH masalah aku ade laa ! now see, jadi RM1121 pulak aku kena tanggung !


bila aku cerita camtuu, mula laa dia kata "saya rasa takkan ada pihak kami yg call miss cakap pasal camtuu blaa blaa ". ehh, ingat aku ni pandai sangat ke menipu ? reka2 cerita ? bukan bidang aku laa. haihh (-.-') aku pun dah malas nak bertekak, so aku straight tanya camne pasal pembayaran ni. sebab aku nk betul2 pegang pada words tuu. lepas tuu, dia kata boleh je aku bayar lewat tapi jangan laa sampai setahun lebih camtuu. sebab akaun aku BARU diterminate 31/10/2012 harituu. so, selesai disituuuu ! (-.-') itu saja yang aku nak tahu dan PASTIKAN sebenarnya. 

so, tunggu je laa 20hb ni inshaAllah aku bayar dulu RM380. lepas tuu, bulan 12 aku setelkan sume. jangan GANGGU hidup aku dah ! serabut weyhh ! haihh (-.-) rasa cam apa je. membazir duit bayar benda yg bukan salah kita. memang laa ikut kontrak, even kita tak guna pun bil still berjalan. masalahnya, aku ingat dah TERMINATE masa tuu. sebab staf you yg beria2 suruh bayar RM260 untuk terminate. haihh (-.-)

harap Allah permudahkan segala urusanku untuk bersihkan kembali namaku dari di'BLACKLIST' atas benda bukan kesalahan aku.
memang lepas ni, aku BLACKLIST laa P1. serious !

# mungkin ada staf P1 yg baca entry aku yg ni macam yg lepas-2 ni. biarlah. aku hanya meluahkan apa yang aku rasa. apa yang aku cukup tak puas hati. haihh, setakat ini saje keluh kesah aku pasal P1. panjang dah macam esei STPM dah. hewhew. ini entry terakhir aku pasal ni. sebab itu laa panjang. alang2 nak meluah, luah je sampai habis. ini HAK saya ! terima kasih (^^,) * tapi, nape rasa cam bengang lagi ni ? ehh, dah2 cukup2. sabar je laa. mana tau lepas ni Allah lagi murahkan rezeki aku ke. mana tahu kan ? :')


TERIMA KASIH SUDI BACA :)

Monday, November 5, 2012

kalau laa aku dapat bilik tidur camni, memang tiap-2 hari tidur awal. haha. malangnya ini adalah set bilik tidur untuk pengantin laa. haha

aku rasa cam banyak je benda nak bebel tapi tak terluah ni. esok laa eh. ini dah malam sangat dah ni. tak elok kalau aku tidur lewat-2. sekarang ni pun dah pukul 3 pagi. ni last entry aku untuk pagi yang dingin ni. hehe. aku cukup geram kalau tengok pelamin, bilik pengantin yang comel-2 lawa-2 macam yang dekat atas ni. bukan aku rasa nak kahwin ke apa. cuma aku rasa macam nak je buat bilik tidur aku sebijik macam tuu. boleh kan ? hehe. lepas tuu kalau tengok pelamin tuu, aku nak amek kerusi, bunga-2 dia jadikan hiasan untuk dalam rumah aku. haha. kalau laa aku bukak butik pengantin kan best. hewhew (^^,)

tetiba aku terasa nak share pulak gambar-2 bunga yang aku suka tengok. cantik, kan ? ( ^^,) seganas-2 senakal-2 aku, jiwa feminin tetap ada okayy ! ini menunjukkan yang aku masih lagi NORMAL.* hehe, tak pulak aku kata girls yang tak minat bunga tuu tak normal. tapi, biasanya yang normal tuu begini laa. hee




# cukup laa aku kongsikan gambar-2 yang aku suka tengok. sekarang ni masa untuk tidur pulak laa. jam pun dah pukul 3.18 pagi. nanti esok, aku try cari masa untuk buat entry macam apa yang aku sudah list haritu. hehe. takde orang baca sekalipun, untuk kepuasan diri sendiri sudah cukup (^.^)
TERIMA KASIH SUDI BACA :)

1 CITIZEN

ini adalah hasil aku untuk 1 citizen ni. aku pilih untuk buat poster je. senang. 

assalamualaikummm :) tengok tuu. itu laa hasil kerja aku untuk 1 citizen yang berlangsung selama 2 hari haritu. hehe. alang-2 ada koleksi zaman nakal-nakal masa sekolah dulu. bajet je tangkap gambar camni. saje suka-suka sebelum habis sekolah. hehe. memandangkan sekolah aku tuu sekolah perempuan, so takde masalah untuk kami buat semua ini. hewhew
aisehh, rindu pulak dekat kawan-2 sekolah ERT SETAPAK (^^,)
TERIMA KASIH SUDI BACA :)

P1 WIMAX ? BLACKLIST ?

masalah demi masalah datang. macam belon kat atas ni haa. nak kena letupkan koyakkan satu-2. itu laa ibarat nya cam masalah aku sekarang ni. ~ sobsob ~


ehemm-2, sukanya aku tengok font aku yang kali ni. buat aku rasa bersemangat je nak terus menaip dan menaip. hewhew. *gedik je gaya gelak tuu kan ? ahh, peduli apa aku. blog aku kan ? haha . patutnya aku nak bebel macam-2 kat blog aku ni petang tadi. tapi, disebabkan banyak pulak masalah, tak jadi laa. sekarang ni masalah yang besar atas kepala aku adalah sebab P1 WIMAX yang menyakitkan hati ni ! nak tau sebab apa tak ? mehh aku nak cerita kisah sedih aku nii . ~ sobsob ~ *pls give me  tissue first. hehe

thank you ? err, you're soooooo WELCOMEEEEE ! (-.-)"
aisehmann, aku bukan nak kutuk P1 ni. tapi, aku rasa cam GERAM sikit sebab aku kena BLACKLIST dengan CTOS disebabkan masalah ni. nak tau tak apa efek dia ? phewwwwwww, aku tak boleh buat LOAN BANK atau apa-2 yang berkaitan dengan pinjaman termasuklah PTPTN. sedih kot masa tau tuu. ~sobsob ~ . takpee la, nanti aku try setelkan masalah ni masa balik UniSZA. nak kena kumpul duit sama-2 dengan 4 orang lagi kawan aku yang lain. nak kena bayar 3 bulan. mula bulan NOVEMBER sampai JANUARI ni. nak kena setelkan RM 1121. *agak-2 besar ke kecik jumlah ni bagi korang ? 


sekarang ni, SERONOK laa kau nak dapat duit aku eh ? siap raikan lagi. aku bakar HQ kau tau laa. haha. *MAAF, terkasar pulak. hehe

masalah dia sebab aku ingat aku dah 'terminate' dah P1 ni. sekali rupanya dia tak terminate lagi. so, bil dia berjalan laa. tuu yang melambung sampai jadi RM 871. sebab aku dengan kawan-2 amek pakej 129 sebulan. lepas tuu kalau nak terminate kena bayar RM200. then, kalau nak clearkan nama aku dari kena blacklist kena cas RM50. so, bila dicongak-2 semuanya jadilah RM 1121. padahal sebenarnya kitorang dah dalam 6 bulan lebih laa jugak tak guna P1 ni. apa laa nasib badan :(

nak bebel lebih-2 pun tak boleh jugak sebab benda dah jadi, kan ? so, aku kena amik ni sebagai pengajaran. kalau nak pilih atau buat pape, fikir laa sedalam-2 yang boleh. jangan jadi cam aku. menyesal tak sudah. umur belum masuk 20 tahun, nama dah kena blacklist. siapa yang tak sedih nyah ? ~ sobsob ~. tapi, tidak mengapa. aku nak try selesaikan masalah ni sebelum masuk tahun 2013. maknanya, aku nak selesaikan dulu nama aku. bayar semua guna duit yang pandai-2 laa aku korek sendiri. dahulukan dulu lepas tu baru claim dengan kawan-2 aku yang lain. itu saje laa caranya yang mampu, kan ? betul tak apa yang aku buat ni ea ? betul laa kan ? hehe



aku masih lagi boleh bersabar. mungkin sebab seribu tuu takde laa besar mana macam 10k kan ? cuma buat aku gelabah sebab nama dah kena BLACKLIST maa. hehe. satu je aku nak pesan dekat kawan-2 pembaca sekalian,

 dalam setiap apa yang kita buat zaman ni, jangan sesekali bagi orang guna/pinjam IC kita. Melainkan benda itu memang urusan kita sendiri. apa yang jadi memang akan jadi tanggungjawab kita sendiri

setakat ini je laa yang mampu aku kongsikan. aku tak salahkan sape-2. mungkin benda ni jadi hasil dari kecuaian diri aku sendiri. so, aku terpaksa tanggung semua ini. nevermind, bukan aku yang tanggung benda ni sorang-2. ada lagi 4 orang lagi kawan-2 aku yang lain. pandai-2 laa kitorang kumpul duit. ( ^^,) 

# yang sadisnya, aku baru je plan nak kumpul-2 duit nak join member sekolah lama aku g Australia lagi 2 tahun ni. nak jumpa kawan sekolah lama yang dah menetap kat sana. sempat lagi ni aku nak simpan duit. bukan nak simpan untuk itu saje, ada laa benda yang aku nak capai. harap-harap tercapai. inshaAllah, itu pun kalau betul-2 jadi plan tuu. kalau tak jadi, aku g melancong dalam negara je. hahaa  :)
TERIMA KASIH SUDI BACA :)

Sunday, November 4, 2012

RINDU :)

jeng jeng.. rindu apakah ? pada siapakah itu ? hehe. takde laa. sebenarnya, rindu nak update blog. banyak benda, macam2 benda yang nak dibebelkan dekat blog ni. sebab nanti kang bila bercerita depan-2 orang takpun kawan-2 ke takut depa tertidoq pulak. muehehe. * kenapa tercakap penang pulak ni ? :D


yupp.  betul ayat tuu. sokongggggggg ! :D

terlalu banyak perkara yang aku pendam rendam simpan dalam hati ni. tak terluah untuk sejam dua. mau 2 3 hari baru habis ni. itu pun kalau 24 jam straight je aku dok mengadap laptop semata-mata nak update blog laa. mau lepas tuu rosak bijik mata gegurl . haha

" Don't think too much. You'll create a problem that wasn't even in the first place. "
yupp. memang betul words tuu jugak. aku tak kata salah. sebab tuu aku masukkan. sempena nak bagi intro untuk entry-2 yang bakal datang ni. hehe. ikut korang la nak baca sampai habis ke tak. sampai lebam bijik mata ke tak. ade aku kesah nyah ? haha. entry aku petang ni adalah untuk intro semata-mata. malam nanti inshaAllah kalau aku ada mood yang baik untuk menjadi penglipur lara, aku buat la entry ehh. kena satu-2. terasa nak membuak-2 melimpah ruah segala yang dipendam. bukan mahu buka pekung didada, tapi nak luah sikit. hehe. mehh sini aku nak buat list sikit entry apa yang aku nak update 2 3 4 5 hari. senang cerita seminggu. *mungkin, maybe, kemungkinan terjadi laa. hehe 

my list for new entry .phewwwwww ! 

  • tentang cuti semester yang agak stabil. why haaaa ? hehe
  • cerita korea yang permainkan emosi wanita aku yang sensitif ni. haha
  • tentang jejaka-2 yang pernah hadir dalam hidup aku. *woahhh, really ? (^^,)
  • universiti & kursus impian aku untuk diambil masa Ijazah Sarjana Muda. *pewitt ! 
  • impian untuk dikecapi. gajet ? percutian ? duit simpanan ? *nantikan ! haha
  • tentang si dia *hehee ( ^^,) 

okayy, aku rasa setakat ni ada 6 topik tuu je laa yang buat aku rasa cam eksited nak cerita. yang dok terbantut-2 nak cerita tapi tak dapat-2. hehe. ada lagi rasanya, tapi biar lah pasal tuu dulu. sikit-2 naa. jangan nak tamak sangat. cikgu sekolah rendah dulu ajar 'orang tamak selalu rugi' hehe


# btw, terima kasih yang tak terhingga diucapkan pada QINA yang baik hati tolong cantikkan blog aku ni. bukan tak lawa yang sebelum ni, cuma saje nak tukar-2 angin sikit. tak salah kan ? muehehe (^.^)


I want to make all my dreams come true, I know it can't happen now but someday I WILL (^.^)
semua orang dalam dunia ni nak berjaya, kan ? orang gila pun kalau masa diorang waras dulu pun nak berjaya. BERJAYA tuu adalah impian setiap manusia yang hidup di atas muka bumi Allah ini :)






TERIMA KASIH SUDI BACA :)