Thursday, November 8, 2012

jom cegah rambut GUGUR

rambut yang lebat dan sihat impian setiap insan !
yang ni aku cam suka je dia punya petua. boleh dikira senang jugak laa. boleh laa adik2, kakak2, makcik2 yang tengah free taktau nak buat apa kat rumah tuu try petua ni. senang je. yang jadi susah kalau tak kenal santan, limau nipis, asam, apa benda semua tuu. itu masalah BESAR ! haha

1) Campurkan air asam jawa dan santan dalam satu bekas. Masukkan beberapa kuntum bunga-bungaan yang wangi seperti bunga kenanga. Lumur rambut dengan campuran ini dan biarkan selama beberapa minit. Bilas dengan air besih. Amalkan selalu dapat mencegah keguguran rambut disamping menjadikan rambut harum seperti bunga.

2) Hiris beberapa keping limau nipis dan tenyehkan isinya ke kulit kepala. Kemudian sapukan bahagian yang bermasalah dengan telur ayam yang telah dipukul sedikit. Bungkus kepala selama beberapa jam dan lemudian bilas dengan air bersih. Amalkan selalu dapat mennguatkan akar rambut.


3) Masak santan dari sebiji kelapa sehingga mengeluarkan minyak. Tutup api dan biarkan sejuk pada suhu bilik. Lumurkan santan berminyak ini pada keseluruhan kepala dan bungkus kepala semalaman. Bilas dengan air bersih. Amalkan selalu dapat menguatkan akar rambut disamping membuatkan rambut kelihatan cantik bersinar.


4) Ambil air rebusan kacang hijau dan biarkan sejuk. Sapukan air tersebut pada keselurukan kulit kepala setiap malam sebelum masuk tidur. Syampu rambut pada keesokan harinya. Amalkan setiap hari untuk menguatkan akar rambut dengan berkesan.


5) Satukan lendir daun lidah buaya, lendir pokok bunga raya, lendir pokok litup bumi dan sedikit minyak zaitun dalam satu bekas. Lumur campuran ini pada keseluruhan kepala dari akar rambut selepas mandi malam dan bungkus selama setengah jam. Bilas rambut pada keesokan hari. Amalkan seminggu sekali, InsyaAllah rambut menjadi kuat dan lambat beruban.


6) Tumbuk segenggam daun serai hingga lumat. Masak dengan secawan air sehingga kekuningan. Sejukkan dan kemudian sapukan pada keseluruhan bahagian kepala. Amalkan setiap hari selama 2 minggu untuk melihat keberkesanannya.


7) Ambil tiga biji limau nipis dan ambil jusnya, campurkan dengan 2 biji putih telur. Sapukan pada keseluruhan rambut dan biarkan selama 2 jam. Bilaskan dengan air bersih. Amalkan selalu untuk kesan yang memuaskan.



# credit to blog http://101petua.blogspot.com/2010/04/petua-mencegah-rambut-gugur.html . terima kasih ! saya kongsikan ea. hehe


biasanya PEREMPUAN yg banyak rambut gugur. takpee2, cuba dulu petua ni. mana tahu berkesan ke :)
mehh tengok kejap apa punca rambut gugur :-
  1. Genetik.
  2. Tekanan kerj.a yang teruk.
  3. Diet yang teruk.
  4. Faktor hormon
  5. Masalah tempurung rambut.
  6. Putus haid
  7. Selepas bersalin (bagi wanita).
  8. Penyakit tiroid. Kelenjar tiroid yang terlalu aktif atau pasif juga boleh menyebabkan keguguran rambut.
  9. Demam, jangkitan dan selesema yang serius. Selepas empat minggu hingga tiga bulan demam yang serius, seseorang mungkin terkejut melihat rambut gugur dengan banyak. Namun keguguran rambut ini akan pulih seperti sediakala.
  10. Protein yang tidak seimbang dalam pemakanan. Amalan diet yang tidak seimbang dengan tidak memakan protein atau tabiat pemakanan abnormal.
  11. Ubat-ubatan. Sesetengah ubat-ubatan boleh menyebabkan keguguran rambut untuk sementara waktu. Ubat-ubatan terdiri daripada penyakit gout, artritis, kemurungan, masalah jantung, hipertensi dan ubat mencairkan darah (coagulant). Pengambilan vitamin A secara berlebihan juga boleh menyebabkan keguguran rambut.
  12. Rawatan kanser. Sesetengah rawatan kanser akan menyebabkan sel-sel rambut terhenti membahagi yang mengakibatkan rambut menjadi nipis dan mudah terputus apabila ia keluar dari kulit kepala.
so, lepas ni boleh laa kita sama2 jaga rambut yang menjadi MAHKOTA setiap insan (^^,) thanks again to http://www.gilerkentang.com/cara-melebatkan-rambut/ . hehe




TERIMA KASIH SUDI BACA :)

No comments:

Post a Comment

thank you for reading my posts (^^,)