assalamualaikumm :) hari ni tetibe aku bangun awal sebab waina datang bilik kot. dia nak pinjam laptop kejap. semalam aku rasa cam tidur awal sikit dari kebiasaan. biasanya aku tidur pukul 3-4 pagi tapi dah 2 hari ni aku tidur pukul 1 lebih. kira ok laa sebab perlahan-2 aku boleh perbaiki kualiti tidur aku. bila dah terbangun, aku tak boleh tidur dengan aman dah. rasa serba salah sebab ada benda yang aku tak sempat buat pagi ni. huhu. lepas tuu, aku check telefon aku kot-kot laa ada amin mesej sebab semalam aku dah topapkan dia sebab kononnya kalau dia free boleh laa dia mesej aku dari Lata Tembakah tuu. dia pergi sana aku camping PSTD dari rabu sampai sabtu ni. tapi, mesej/call yang dinanti TAKDE :( okayy, maybe dia tengah busy. so, aku kena pandai-2 paham. *sedih medih pedih.huhu. aku pun ambik keputusan untuk online dan update blog ni. line wiyerless unisza ni mampu buat aku rasa macam nak baling laptop nihh. kejap ada,kejap takde.haihh, serabut (~,~) hari khamis memang aku takde kelas. so, macam 1 keajaiban bila aku bangun lagi awal dari roomateku,MIRA. hehe. pukul 9 pagi si mira ada kelas tapi dia dok nyenyak tidur sekarang ni sebab baru masuk pukul 8 pagi.
okayy, kenapa aku cakap penantian sebuah penyeksaan ? ini kerana aku terpaksa menahan rindu dendam semua sebab amin ada perkhemahan kat Lata Tembakah dari rabu sampai sabtu. lama okayy ! hoho. tapi, bila fikir-2 balik, dulu masa amin kena pergi rekrut sebulan tuu lagi la lamaaaaa (0.o) tapi, ntah. sebab dia selalu manjakan aku kot sebab tuu aku jadi macam tertunggu-2 dia. semoga dia selamat kat sana. sama jugak dengan kawan-2 PSTD yang lain :)
malam tadi aku terasa lapar sangat mungkin sebab faktor hujan jugak kot. lepas tuu, aku terasa semacam nak pergi kafe baru. aku tak tahu pun aku nak cari makanan apa kat sana tuu, tapi aku teringin nak pergi. ajak waina, waina ada test. so, dia kata dia boleh teman sampai kafe lama yang jauhnya hanya beberapa langkah je dari blok kitaorang. masa tuu aku mula rasa RINDU dekat amin sebab kalau amin ada, mesti dia akan temankan aku nak pergi mana-mana pun. tak kira la nak pergi restoran as-syakirin yang terletak kat luar unisza ni sekalipun. mula laa rasa sebak sebab amin takde. lepas tuu takpe la. aku pergi je laa kafe lama tuu. * aku tak suka abang kat kaunter tuu. mula-2 masa nak bukak kafe tuu layan baik semacam je. bila dah maju, dah ramai orang datang..dia layan aku macam haishhh ! sakit plak hati ni . hoho
bila fikir-2 balik, banyak benda yang amin dah buat untuk aku. banyak sangat. memang laa ada jugak lelaki-2 yang dengan aku sebelum ni buat macam-2 untuk aku cam buat kerja gila datang dari subang ke terengganu ni semata-2 nak mintak maaf then nak bagi teddy bear sempena birthday aku. budak yang tuu pun banyak buat jugak untuk aku. tapi, amin lebih lagi dari dia. ahh, persetankan tentang dia. aku tengah cakap tentang amin sekarang ni. hehe. aku ni jenis bila orang tuu ada dengan aku, aku macam tak hargai, lepas tuu bila orang tuu dah pergi dari hidup aku. haa, waktu tu mula la nak meroyan bagai. kihkih :D EGO besar atas kepala. hehe.
bila fikir-2 balik, aku sayang sangat dekat amin ni. maybe kadang-2 ada terkeluar perangai gatal aku terlayan lelaki lain tapi macam mana sekali pun, aku tetap nak amin yang jadi BAKAL SUAMI aku. hati aku tetap untuk dia buat masa ni. harap-2 dia jodoh aku. aku takde laa terlalu yakin tapi tak salah kalau kita berharap kan ? :)aku pandang seseorang itu bukan kerana paras rupa atau kekayaan dia tapi AGAMA dan PERIBADI dia. sebab aku nak cari ayah untuk anak-anak aku dan abang untuk dua orang adik lelaki aku.
yang ni jersi kelantan hadiah dari amin untuk hari jadi aku. MAM tuu stand for MOHAMED AMIN MAZLAN, no 14 plak maknanya birthday amin 14hb. SHT tuu semestinya SITI HAJAR TALIB & no 16 tuu birthday aku 16hb. hehe. how sweet he was :) that is why i falling in love with him :)
kalau nak cakap pasal amin dengan aku kat entry ni memang panjang berjela laa. sebab terlalu banyak cerita, kenangan,pengorbanan yang dia lakukan untuk aku. dan lepas beberapa lama baru aku mula hargai kehadiran dia dalam hidup aku. jenis aku memang susah untuk terima seseorang tuu untuk hati aku. aku bukan jenis orang yang senang-2 terima orang lain macam baru 2 3 minggu kenal dah boleh. takk, aku jenis sekurang2 nya SETAHUN atau lebih baru aku boleh terima. sebab aku nak kena kenal hati budi dia dulu sume. itu penting sebab kasih sayang aku sangat mahal. cinta ? apatah lagi. cinta aku jugak sangat mahal. cinta aku hanya untuk lelaki yang betul2 jadi suami aku. itu PRINSIP HIDUP dalam PERHUBUNGAN. mungkin aku akan sayang lelaki tuu tapi akan takkan terlalu sayang dekat dia sampai aku tak boleh terima kenyataan kalau aku dengan dia dah takde pape. sayang aku pun berpada biarpun aku kata aku sayang dia sangat-2. sebab segala yang istimewa hanya untuk suami aku nanti.
aku seorang wanita yang berprinsip dalam perhubungan. sebab tuu aku masih boleh steady lagi. hehe :) sampai bila-2 pun aku akan tetap dengan prinsip ni. tak kira laa aku dah buat semua lelaki yang dengan aku menangis depan aku sekalipun. *kejam bukan ? aku hanya inginkan yang TERBAIK untuk kehidupanku yang akan datang. bagi aku kasih sayang je tak cukup kalau takde elemen-2 lain. yang penting yang berkaitan tentang agama. kan ? :) paham-2 sndiri laa apa dia. hee :)
*maksud aku lelaki-2 tuu bukan la ramai/banyak , hanya dalam 2 3 orang je pun :) aku bukan jenis layan ramai lelaki, punyai hubungan yang sekejap-2. sebab aku nak terima orang pun susah, apatah lagi melupakan :)
# semoga dia menjadi orang yang terakhir untuk aku. menjadi yang halal untukku. aku berharap agar dia jodohku. tapi, aku tak letak keyakinan dan pengharapan yang terlalu tinggi sebab aku masih berpegang teguh dengan janji Allah. percaturan hidup aku yang telah Allah aturkan kerana Dia adalah sebaik-2 pengurus :)
No comments:
Post a Comment
thank you for reading my posts (^^,)