pernikahan itu membuka seribu pintu rezeki. Perkahwinan atas nama Islam, sudah pasti
akan diredhai Allah.
mak ayah, saya nak kahwin. janganlah dihalang keinginannya, kerana Allah sudah berjanji,
barangsiapa berkahwin keranaNya pasti akan dipermudah segala urusan.
mak ayah saya nak kahwin.jangan sesekali risau pasal pelajaran, kerana ia takkan pernah
berhenti. Hatta sampai ke mati sekalipun, ilmu takkan pernah habis dicari.
mak ayah, saya nak kahwin. walaupun dia belum bekerja, bukan bermaksud dia tidak boleh
menyara bakal isterinya. Sudah tercatat di dalam Quran, orang miskin sekalipun pasti akan
dimampukan oleh Allah lepas berkahwin.
mak ayah, saya nak kahwin.. jangan risau anakmu dapat bayi atau tidak. Nikah itu sendiri bukan jaminan untuk dapat bayi, kerana semua itu adalah kerja Allah. Lagipun anakmu itu sudah ada perancangannya yang tersendiri.
mak ayah, saya nak kahwin. berkahwin itu menghalang maksiat. Daripada dia melihat
perempuan di sana sini, lebih baik dia melihat isterinya saja. Dapat pahala lagi.
mak ayah, saya nak kahwin.. dengan berkahwin, anakmu akan jadi lebih bersemangat, bila ada kekasih yang selalu setia memberi dorongan. Kerja juga menjadi lebih produktif.
mak ayah, saya nak kahwin.. percayalah yang dia sudah bersedia untuk bertanggungjawab.
Jika ditanya mana-mana suami isteri pun, sudah pasti tiada yang mengatakan mereka berkahwin sekadar suka-suka.
mak ayah, saya nak kahwin. Jangan dilihat kematangan pada usia, tapi lihatlah pada peribadi dirinya. Jika dia sudah bersedia menjadi pemimpin, maka benarkanlah dia jadi pemimpin kepada isterinya pula.
mak ayah, saya nak kahwin. Ilmu agamanya sedikit cuma, tapi tiada pernah berhenti mencari ilmu. Maka doakanlah supaya dia dapat menjadi seorang lelaki/wanita yang lebih
soleh/solehah.
mak ayah, saya nak kahwin.. Usia remajanya mengajar seribu erti kehidupan. Kini sudah
sampai masanya untuk anakmu melangkah ke alam dewasa pula, bagi meraih lebih banyak
pengalaman.
mak ayah, saya nak kahwin. Semua ini hanyalah keinginan anakmu saja. Namun kiranya
tiada dipersetujui, anakmu terima sepenuh hati. Kerana dia juga tahu, bagaimana untuk
menghormati keputusan kedua orang tuanya.
mak ayah, saya nak kahwin. Andai kiranya kalian bersetuju ingin mendapat anak menantu,
maka izinkanlah anakmu ini mencari calonnya. InsyaAllah, bukan calon suami/isteri yang dicari, tapi calon bapa/ibu kepada cucumu yang akan dicari.
mak ayah, saya nak kahwin. Apa pun jua keputusan dipilih, semoga Allah sentiasa memberkati. Dan semoga pilihan itu adalah yang terbaik. Sama-samalah kita berharap
kepadaNya.
mak ayah, saya nak kahwin. tapi apakan daya dia hanya mampu menulis untuk meluah isi
hati. Andai isi hati anakmu ini dapat dibaca dan difahami oleh mak dan ayah, alangkah
bagusnya. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan anak mak dan ayah ini, aminnnn !
# mak ayah, saya COPY PASTE je ayat ni dari FB sebenarnya. kihkihkih. tapi, betul jugak ayat ni :) kalau laa mereka paham :)
Titanium White Wheels
ReplyDeleteClassic bicycle titanium wire tires with fast rolling burnt titanium steel. Made by The Shops at Tisons titanium magnetic of Quality A columbia titanium timeless creation, the T-Shirt features more than titanium 4000 80 Classic