Monday, March 31, 2014

PART 1 : PULAU REDANG DAY TRIP !




rindunya nak merepek meraban dalam blog ni. selalu bz.takde masa sangat. ini baru laa dapat masa untuk update blog. kita tengok lahh bape post boleh buat malam ni. nak datang angin rajin ni bukan selalu. hehehe. macam yg dijanjikan dalam post yg sebelum ni, aku nak update pasal trip g pulau redang ! hehe. tidak dilupakan kelantan jugak.hee. 



kalau datang taman laut ni, korang wajibal ghunnah amek gambo dekat sini buat kenangan sikit laa.hehe



masa ni, ini adalah kali pertama aku g pulau sendiri. handle semuanya sendiri. rasa agak cuak sikit laa rasa dia. sebab takde pengalaman lagi kan. ini pun pergi masa alyn (kawan baik sekolah menengah) aku datang lepak dekat terengganu ni. alang2 tu, bawak laa dia pi pulau. aku pun tak pernah pergi. so, on je laa. hehe. lepas tu, ktorg taktau nak refer sape masa nak pergi pulau ni. sudahnya sehari sebelum nak pergi pulau tu, ktorg g melawat jeti pulau redang dulu. datang nak survey harga pakej. ohh,lupa nak habaq. kalau korang takde lagi book dengan mana2 agensi pelancongan pun takpe. datang je jeti. tapi,pastikan datang sebelum pukul 8.30 pagi laa sebaiknya. sebab bot akan gerak pukul 9 kalau tak silap aku. lokasi jeti pulau redang ni dekat sangat dengan kem merang unisza. jangan risau. signboard ade sepanjang jalan. hehe. senang je nak cari jeti dia. kurang 30min dari gong badak,kuala terengganu kalau tak silap aku laa. lepas tu kat jeti tu ada laa beberapa pondok agensi yang boleh bawak korang. pandai2 laa kawtim harga dengan diorang. macam ktorg haritu, RM150 untuk daytrip. 3 4 snorkelling points, lunch, bot laju pergi balik. dan tambahan, selalunya akan ada cas RM5 untuk taman laut. ini WAJIB dibayar oleh semua manusia yg nak buat apa2 aktiviti dekat pulau.katanya untuk penyelenggaran pulau laa.untuk keselesaan bersama .ahaha




masing2 muka eksited seyh dapat naik bot laju ! haha. sumpah rasa cuak tapi masa yang sama best sebab mencabar laa jugak rasanya. kekeke




sepanjang perjalanan nak ke pulau naik bot laju tu memang aku cuak gak sebab duduk depan sekali. dah laa 1st time. tapi, memang rasa best gila ! menjerit2 eksited setiap kali langgar ombak lepas tu air masuk bot. HAHA. akak yg bawak tu pun sengih je tengok ktorg. biarkan laa. oh lupaa, aku suka tengok cara akak tu. otai gila seyhh. memang otai tapi muka comel. serius gua tak tipu lu. layan dengan ramah je. alahai, melting. nasib gua perempuan. hahaha *tumbuk muka sendiri* 

setelah berhempas pulas melawan arus, kami selamat laa sampai ke destinasi pertama. TAMAN LAUT PULAU REDANG. eksited gila masa sampai. air dia, pemandangan dia masya-Allah, lawa sungguh ! memang bertambah eksited gila ah masa tu. hahaa

sampai je terus letak beg pastuu masuk air dengan penuh rasa terujanya.haha

masa ni, aku baru 1st time nak snorkeling. tak pernah lagi sebelum ni. nahh, hamek kau ! bape gelen air laut aku tertelan. ahaha. syok sangat tengok ikan sampai tak sedar yg salur tu pun masuk air sekali. pedih siot ! haha.

ni pemandangan dari atas dia. cantik kan air laut masa ni? best weyhh ! ikan lawo2 

masa ni memang aktivitinya main air, tangkap gambo sampai lebam je laa keje ktorang bertiga. tapi, memang best laa. kat sini bot tu akan tinggalkan kita. dia set masa. nanti dia datang balik, kutip korang pergi point lain pulak.

lepas dah puas main air kat taman laut, dia bawak ktorg g lunch dekat long beach pulak. haa, yang ni pun boleh tahan best dia. ruginya tak bawak roti masa tu. peringatan utk korang yg nak pergi pulau mane2, jangan lupa bawak roti ! boleh bagi ikan makan. masa tu memang rasa best gila ! ikan cantik2.macam2 warna. lebih dari yg korang jumpa kat kedai ikan leng chai kat kampung korang tu rasanya. haha

dah puas dekat long beach tu, dia bawak ktorang g dekat 1 point tu. apa ntah nama dia. lupa. tapi kat situ, tempat ikan2 laa. then, yang terakhir dia bawak kita g tempat penyu. penyu tak penyu laa sangat. kalau ada rezeki jumpa penyu, dapat laa. tapi, alhamdulilah masa ktorg tu..akak tu dapat detect penyu tengah berenang dekat dengan bot ktorg. masya-Allah, masa tu best gila rasa ! tertunai hasrat & impian aku. tak payah g rantau abang. haha

masa dekat tempat penyu tu, bila korang tengok kat dasar laut. pehh ! takut gak laa. kalau cepat gelabah memang kena cool dulu. sebab dasar dia banyak gila batu karang. dah mcm perkampungan batu karang dah aku tengok. memang seram ahh. dapat pulak masa tu ada pulak sekumpulan obor2 datang dekat dengan bot ktorg. apa lagi, gelabah aku balik ke bot balik. padahal aku dah jauh dari bot masa tu. cuak gila weyhh ! huhu

lepas puas snorkeling, ktorg pun bergerak pulang dlm pukul 6 lebih camtu. perjalanan balik tu yg sumpah menyeramkan ! masa ktorg nak balik tu, hujan. air laut bergelora dia jangan cakap laa. byk kali aku mengucap masa tu. cuak gila2. kalau  driver bot tu takde skill, mmg boleh terbalik ah bot masa tu. salute habis ah dekat abang yg bawak tu. kemahiran mmg kena ada masa ni. semua orang dlm bot cuak masa tu. sampai laa ktorg selamat masuk dekat kawasan jeti. masing2 menjerit puas,lega ! ahaha. macam2 dah terfikir masa tu. nasib Allah panjangkan usia. hehe. begitu laa pengalaman pertama aku ke pulau dekat terengganu ni. sumpah best !




TERIMA KASIH SUDI BACA :)

No comments:

Post a Comment

thank you for reading my posts (^^,)