Sunday, September 16, 2012

tentang perasaan


terasa macam nak update blog ni pulak hari ni. haihh, macam2 benda rasa .sebab tuu aku rasa molek benar laa kalau aku luah kat sini.hoho . tak tahu camne nak cakap. aku ni seorang yang terlalu SENSITIF. orang salah cakap sikit, habis laa, kompem aku terasa. tapi, aku still senyum lagi :') siapa laa aku nak buat muka ke apa ke. aku kan takde kawan. iyee, aku akui itu :( maaf kalau aku menyibuk dengan persahabatan sape2. 1 lagi, aku ni jenis kalau kawan mintak tolong pape pun, aku laju je buatkan. tapi, bila tiba masa aku.. liat pun ada. rasa macam aku ni pengemis sangat :( iyee, aku kan takde kawan. maaf laa. maybe kau bergurau je. tapi, entah laa. sentap dia terasa sampai sekarang. biasa laa aku. emosi melebih2. mesti orang fikir, "alahaii, mengade sungguh. rileks laa. aku gurau je kott". kawan, engkau tak pernah rasa apa yang aku rasa. kau pernah buat, tak sama macam aku. dah banyak dah benda yang aku rasa dalam hidup aku ni. tak semua orang dapat peluang rasa kenangan pahit manis ni kan ? kalau rasa pun, mesti berbeza . kita tak sama :)


# aku mohon, jaga laa hati aku seperti aku menjaga hatimu sahabat. aku tahu aku bukan yang terbaik atau memang bukan siapa2 untukmu. tapi, aku mohon itu. mohon sangat-2. aku dah penat begini. penat memendam rasa, penat menjaga hati orang tapi orang tak pandai jaga hati aku. aku mohon cuma itu :') sebenarnya nak bebel banyak lagi pasal itu ini tapi tengok jam nak dekat pukul 2.30 petang dah. aku nak bersiap. nak pergi HEPA. ada benda nak urus. out dulu.. tatata !
TERIMA KASIH SUDI BACA :)

Wednesday, September 12, 2012

TERTEKAN dan TEKANAN



hehe. 2 post untuk pagi khamis ni. terasa rajin pulak nak bermonolog membebel seorang diri. nak tahu tak sebab apa aku rasa agak tertekan ? ini kerana bermulanya hari isnin depan, aku dah mula ada banyak kuiz yang agak menyakitkan kepala kecik aku ni. hehe. semua subjek ada kuiz. macroeconomics, finance, management of organization, lab test. final projek untuk koko khidmat masyarakat lagi. semua straight dari hari isnin sampai laa rabu. yang selebihnya ada program ceramah-2 tuu semua. minggu yang busy sangat. aku harap sangat dapat harunginya dengan jaya sekali. kihkih. ayat sangat tak boleh blah kan ? :D walaupun semester 3 ni aku ada 4 subjek jer tapi taktau nak cakap cane. rileks tuu memang laa. sampai jadi malas nak belajar. tapi, itu laa. nak complainpun taktau laa macam mana. kang kata aku tak bersyukur pulak. hehe. untuk kuiz,inshAllah aku boleh handle kot. 2 kuiz macro, 1 kuiz finance, 1 test manangement, 1 lab test untuk IT. sikit je tuu kan ? glupp !


dan yang aku agak eksited tapi cuak lebih sikit adalah untuk handle final projek koko. sebab aku kan pengarah program. kena buat yang TERBAIK untuk anak-anak buah aku. tak jadi nak buat dekat kelantan sebab banyak sangat masalah. so, ktorang buat kat AIR TERJUN SEKAYU, terengganu je. yang paling besar adalah masalah MASA. hoho. nak cari tarikh nak buat program tuu pun susah. sudahnya aku ambik keputusan untuk buat pada 21/9/2012 dan alhamdulilah semua kawan2 setuju, takde masalah dan lagi penting pusat koko senang je luluskan proposal yang aku hantar tuu. berurusan dengan tuan akila sangat mudah. alhamdulilah, Allah permudahkan segalanya :)

lupa pulak , rasanya minggu ni aku ada join game bola baling. lawan antara fakulti. bergabung dengan team yang masuk MASUM haritu. harap-2 menang. hehe. kalau budak2 MASUM tak menang, malu la weyhh ! :D lepas tuu hari ni ada jamuan raya unisza. makan free ! itu penting. hehe. nak simpan sikit duit. nanti lepas final exam boleh enjoy lebih sikit.kuikui. lepas tuu lagi, hari rabu ada program mentor mentee, makan free lagi dan hari selasa ada makan malam dengan atlet-2 MASUM unisza ( majlis kecemerlangan sukan) . haa, 3 hari boleh makan free. save bajet . hehe. tak sabar ni haa. minggu penuh rezeki, penuh tekanan. kira seimbang laa tuu kot. lepas habis je final projek yang merupakan tekanan terakhir aku untuk minggu depan, aku nak balik rumah along kejap. lepaskan tekanan dekat sana sempena study week. yihaaaaa ! :D boleh jumpa insyirah sayangggg :)

habis je study week, kena mengadap FINAL EXAM pulak dahh. harap2 aku dapat jawab dengan baik dan pointer aku dapat diperbaiki balik. semester lepas jatuh sebab aku banyak main pun ada, banyak sangat subjek yang pening pun iye jugak. hehe. tapi, big point dia adalah sebab diri aku sendiri. sebab MALAS ! hehe


# nak buat entry untuk 1 citizen yang aku join tuu tapi nanti laa. mengantuk plak. hehe. tengah hari nanti laa. entah bila laa aku nak mula study untuk segala kuiz minggu depan ni. malam ni laa nak mulaa :) inshaAllah
TERIMA KASIH SUDI BACA :)

Penantian sebuah penyeksaan


assalamualaikumm :) hari ni tetibe aku bangun awal sebab waina datang bilik kot. dia nak pinjam laptop kejap. semalam aku rasa cam tidur awal sikit dari kebiasaan. biasanya aku tidur pukul 3-4 pagi tapi dah 2 hari ni aku tidur pukul 1 lebih. kira ok laa sebab perlahan-2 aku boleh perbaiki kualiti tidur aku. bila dah terbangun, aku tak boleh tidur dengan aman dah. rasa serba salah sebab ada benda yang aku tak sempat buat pagi ni. huhu. lepas tuu, aku check telefon aku kot-kot laa ada amin mesej sebab semalam aku dah topapkan dia sebab kononnya kalau dia free boleh laa dia mesej aku dari Lata Tembakah tuu. dia pergi sana aku camping PSTD dari rabu sampai sabtu ni. tapi, mesej/call yang dinanti TAKDE :( okayy, maybe dia tengah busy. so, aku kena pandai-2 paham. *sedih medih pedih.huhu. aku pun ambik keputusan untuk online dan update blog ni. line wiyerless unisza ni mampu buat aku rasa macam nak baling laptop nihh. kejap ada,kejap takde.haihh, serabut (~,~) hari khamis memang aku takde kelas. so, macam 1 keajaiban bila aku bangun lagi awal dari roomateku,MIRA. hehe. pukul 9 pagi si mira ada kelas tapi dia dok nyenyak tidur sekarang ni sebab baru masuk pukul 8 pagi.*okayy, MAAF. mukadimah aku selalu panjang dan merepek-2.

okayy, kenapa aku cakap penantian sebuah penyeksaan ? ini kerana aku terpaksa menahan rindu dendam semua sebab amin ada perkhemahan kat Lata Tembakah dari rabu sampai sabtu. lama okayy ! hoho. tapi, bila fikir-2 balik, dulu masa amin kena pergi rekrut sebulan tuu lagi la lamaaaaa (0.o) tapi, ntah. sebab dia selalu manjakan aku kot sebab tuu aku jadi macam tertunggu-2 dia. semoga dia selamat kat sana. sama jugak dengan kawan-2 PSTD yang lain :)




malam tadi aku terasa lapar sangat mungkin sebab faktor hujan jugak kot. lepas tuu, aku terasa semacam nak pergi kafe baru. aku tak tahu pun aku nak cari makanan apa kat sana tuu, tapi aku teringin nak pergi. ajak waina, waina ada test. so, dia kata dia boleh teman sampai kafe lama yang jauhnya hanya beberapa langkah je dari blok kitaorang. masa tuu aku mula rasa RINDU dekat amin sebab kalau amin ada, mesti dia akan temankan aku nak pergi mana-mana pun. tak kira la nak pergi restoran as-syakirin yang terletak kat luar unisza ni sekalipun. mula laa rasa sebak sebab amin takde. lepas tuu takpe la. aku pergi je laa kafe lama tuu. * aku tak suka abang kat kaunter tuu. mula-2 masa nak bukak kafe tuu layan baik semacam je. bila dah maju, dah ramai orang datang..dia layan aku macam haishhh ! sakit plak hati ni . hoho



bila fikir-2 balik, banyak benda yang amin dah buat untuk aku. banyak sangat. memang laa ada jugak lelaki-2 yang dengan aku sebelum ni buat macam-2 untuk aku cam buat kerja gila datang dari subang ke terengganu ni semata-2 nak mintak maaf then nak bagi teddy bear sempena birthday aku. budak yang tuu pun banyak buat jugak untuk aku. tapi, amin lebih lagi dari dia. ahh, persetankan tentang dia. aku tengah cakap tentang amin sekarang ni. hehe. aku ni jenis bila orang tuu ada dengan aku, aku macam tak hargai, lepas tuu bila orang tuu dah pergi dari hidup aku. haa, waktu tu mula la nak meroyan bagai. kihkih :D EGO besar atas kepala. hehe.

bila fikir-2 balik, aku sayang sangat dekat amin ni. maybe kadang-2 ada terkeluar perangai gatal aku terlayan lelaki lain tapi macam mana sekali pun, aku tetap nak amin yang jadi BAKAL SUAMI aku. hati aku tetap untuk dia buat masa ni. harap-2 dia jodoh aku. aku takde laa terlalu yakin tapi tak salah kalau kita berharap kan ? :)aku pandang seseorang itu bukan kerana paras rupa atau kekayaan dia tapi AGAMA dan PERIBADI dia. sebab aku nak cari ayah untuk anak-anak aku dan abang untuk dua orang adik lelaki aku.
yang ni jersi kelantan hadiah dari amin untuk hari jadi aku. MAM tuu stand for MOHAMED AMIN MAZLAN, no 14 plak maknanya birthday amin 14hb. SHT tuu semestinya SITI HAJAR TALIB & no 16 tuu birthday aku 16hb. hehe. how sweet he was :) that is why i falling in love with him :)

kalau nak cakap pasal amin dengan aku kat entry ni memang panjang berjela laa. sebab terlalu banyak cerita, kenangan,pengorbanan yang dia lakukan untuk aku. dan lepas beberapa lama baru aku mula hargai kehadiran dia dalam hidup aku. jenis aku memang susah untuk terima seseorang tuu untuk hati aku. aku bukan jenis orang yang senang-2 terima orang lain macam baru 2 3 minggu kenal dah boleh. takk, aku jenis sekurang2 nya SETAHUN atau lebih baru aku boleh terima. sebab aku nak kena kenal hati budi dia dulu sume. itu penting sebab kasih sayang aku sangat mahal. cinta ? apatah lagi. cinta aku jugak sangat mahal. cinta aku hanya untuk lelaki yang betul2 jadi suami aku. itu PRINSIP HIDUP dalam PERHUBUNGAN. mungkin aku akan sayang lelaki tuu tapi akan takkan terlalu sayang dekat dia sampai aku tak boleh terima kenyataan kalau aku dengan dia dah takde pape. sayang aku pun berpada biarpun aku kata aku sayang dia sangat-2. sebab segala yang istimewa hanya untuk suami aku nanti.

aku seorang wanita yang berprinsip dalam perhubungan. sebab tuu aku masih boleh steady lagi. hehe :) sampai bila-2 pun aku akan tetap dengan prinsip ni. tak kira laa aku dah buat semua lelaki yang dengan aku menangis depan aku sekalipun. *kejam bukan ? aku hanya inginkan yang TERBAIK untuk kehidupanku yang akan datang. bagi aku kasih sayang je tak cukup kalau takde elemen-2 lain. yang penting yang berkaitan tentang agama. kan ? :) paham-2 sndiri laa apa dia. hee :)

*maksud aku lelaki-2 tuu bukan la ramai/banyak , hanya dalam 2 3 orang je pun :) aku bukan jenis layan ramai lelaki, punyai hubungan yang sekejap-2. sebab aku nak terima orang pun susah, apatah lagi melupakan :)





# semoga dia menjadi orang yang terakhir untuk aku. menjadi yang halal untukku. aku berharap agar dia jodohku. tapi, aku tak letak keyakinan dan pengharapan yang terlalu tinggi sebab aku masih berpegang teguh dengan janji Allah. percaturan hidup aku yang telah Allah aturkan kerana Dia adalah sebaik-2 pengurus :)



TERIMA KASIH SUDI BACA :)

Friday, September 7, 2012

cabaran bermula !


ehemmm,assalamualaikumm ^^, habis je kelas 1 citizen aku blik jemur baju dan tidur. bangun-2 tidur aku rasa cam hujan je kat luar. lantas, aku bangun & berjalan ke koridor dan tengok baju yang aku baru je jemur tuu dah basah kena hujan. aku hanya mampu tengok je laa. takkan nak nanges kot. *tapi, stok baju aku semua dah habis ~~' bz sangat minggu ni. dan , aku pun mulai online. dari situ bermulanya penambahan masalah aku =='* mukadimah panjang meleret lari tajuk. maaf. bagi suspen je tuu. tapi, betul laa tuu. hoho. semangat gue basuh baju, bila kena hujan dan tak mampu selamatkan. agak2 stres tak korang ? haa, jawab sendiri dalam hati

iklan semata-mata :D

okeyhh, abaikan semua ni. masalah timbul bila aku rasa ada yang ahli aku yang tersalah paham ke apa aku taktau laa. tapi, ingin aku tegaskan kat sini masalah PENGINAPAN tuu bukan masalah utama. memang laa aku terkejut tengok tempat tuu, tapi nanti cane pulak kawan-2 yang lain ? untuk nak bagi korang rasa cam tak pelik sangat apa kenapa plak ngan penginapan ni? k , aku upload gambar ea.

aku memang fikir masa tuu. takpe laa, kalau korang tak keberatan kita tidur kat atas lantai tuu.mintak laa diorang tikar.pastuu aku suruh laa korang bawak toto, bantal,selimut semua. tapi, aku baru jee sampai unisza dah ada yang datang bilik aku kata dia takleh duduk situ sume. itu baru dia. camne dengan lagi 46orang lagi? kalau tempat tak ok, sape yang akan dikata ? "ehh, apesal hajar ni pilih camni. camne nak tidur ..takleh tidur laa. blaa blaa ". nama sapa kena ? siti hajar ni. sebab apa ? sebab dia pengarah projek.memang kata kita kena ikhlaskan diri itu semua.aku paham maksud ayat tuu. tapi, kena paham jugak. kita ni dari kalangan orang yang berbeza. rambut je sama warna, tapi hati lain-2. depan2 mungkin baik, belakang ? pemikiran ? semua kena fikir kawannn. aku mungkin leh selesa sebab aku da biasa pergi tempat2 camtuu. yang lagi 47orang ? fikir-2 laa.aku nak adil untuk semua. mungkin ada pro / kontra benda ni

patutnya kita nak buat 3hari 2malam,kan ? aku ni betul eksited nak buat semua tuu. sekali datang plak masalah masa dan bajet. dua-2 tuu penting .bukan faktor penginapan je. masa ? patutnya cadang nak buat 21hb tapi takleh sebab pihak sana ada hal dari 20/9. lepas tuu nak buat 12/10, takleh sebab ada ahli yang ade presentation final projek kos dia. nak buat 13/9 tak leh sebab proposal pun hantar 9/9. takleh nak ganggu minggun study week. sebab tuu jadi program tuu buat 1 hari je. nak cari 1 hari tuu pun susah. buat lewat sangat kang, ade kawan2 yang amek MUET pulak.itu penjelasan sebab apa kita tak dpt buat 3hari 2 malam. aku mintak maaf sangat2 pasal tuu. kalau fasi kita bagitau awal-2 suruh kita buat dari harituu takpe. ini, dia pun ada masalah sikit kat situ.bagitahu lambat.so, kita yang kena buat ni lambat laa jadinya. takleh nak salahkan dia jugak.ini baru cabaran kita masa jadi mahasiswa/wi. cabaran masa kerja nanti taktau lagi

cakap pulak pasal bajet. bab-2 duit ni aku pening sikit. aku memang ade nak mintak rm5 seorang. itu nak backup bajet duit makan yang kita nak kasi kat pihak ABIM . selebihnya amek dari HEPA. berapa je HEPA dapat bagi ? yang pasti duit yang HEPA bagi tuu takkan dapat tampung kos aktiviti kita. kita nak cat bangunan, landskap. kos untung cat pun paling maksimum aku bajet RM300. belum lagi cenderahati nak bagi kat diorang. kita kan nak berkhidmat untuk orang. buat laa sehabis baik. dan biarlah berbaloi kita datang dari terengganu ke kelantan. takkan nak datang setakat mesin rumput, tanam pokok je ? baik buat kat terengganu, kan ? itu yang aku fikir. kalau aku cakap kat sini, mau panjang entry ni.cukup laa aku bagitau korang gambaran masalah dia sikit.

aku terfikir kalau da macam-2 sangat masalahnya..kita tak payah la buat kat kelantan tuu. tapi nanti, akan ada kesan negatif dia. percaya laa cakap aku. kalau tak kena kat aku, kena kat nama unisza. lagipun, kalau boleh aku nak jugak tolong diorang. diorang nak belajar agama ISLAM. tapi, keadaan camtuu. ini laa jihad yang boleh kita lakukan. kita tak mampu berperang, tapi kita buat laa sesuatu atas kemampuan kita. bantu orang-2 yang baru nak belajar agama ISLAM ni. aku fikir, andai kata betul-2 tak dapat & tak jadi nak buat kat sana.. 1 hari nanti aku akan tolong diorang jugak. walaupun secara persendirian. sebab bila persendirian, aku tak payah pikir pasal orang lain dah. susah senang kita tanggung sendiri.

so, kalau kita tak dapat tajaan, bajet tak bape cukup. takpe laa. nak tak nak kita buat laa benda-2 yang senang kat terengganu ni. pergi bersihkan pantai ke apa ke. itu je laa yang mampu buat. bukan kata sebab nak menyerah. TAK !, tapi ini kalau da banyak sangat masalah yang datang. apa pun, kita cuba dulu buat yang TERBAIK ! :) bila kita da BERUSAHA, baru boleh TAWAKAL . semoga Allah permudahkan segalanya. kita pun dapat saham akhirat jugak,kan ? kena fikir jugak tentang test, assignments, final exam lagi. haa


# aku tak merungut nak jadi ketua ni. aku suka sangat sebab aku memang suka buat benda-2 camni sebab nanti aku akan rasa puas. aku ni jenis suka fikir dalam-2. benda yang orang anggap remeh tuu la aku akan anggap itu bukan perkara kecik. terima kasih kat kawan2 yang bersama-sama membantu aku untuk menyelesaikan masalah ni :)bukan sng nak jd ketua. kita kena pk kan ttg anak buah lebih dari diri sendiri. bila berfikir tuu, takleh pk PENDEK sgt. kita kena pk panjang sikit. biar ade backup. bukan CUKUP-CUKUP. kita nak tolong org. nk berkhidmat ngan org bukan nak mtk khidmat orang pada kita. ingat tuu :) dan aku harap, jgn laa benda ni boleh jadi isu untuk diceritakan kt pihak sana. sebolehnya aku cuba nk jaga hati mereka sbb aku phm camne dorg sgt memerlukan bantuan. dan aku bukan buat post ni sebab apa. tapi, melalui cara ni laa aku senang nak ceritakan situasi masalah yang kita hadapi ^^, aku cuba untuk jadi KETUA yang terbaik. biar korang pergi ngan balik tuu seronok. ada kesan penghayatan atas kesusahan orang. harap paham apa maksud aku ea. kalau rasa ada cadangan ke apa, bagitau je aku terus. mungkin idea korang tuu boleh bantu aku :) sekurang-kurangnya benda yang SENANG takkan jadi SUSAH camni :)

bersatu padu itu penting :) kalau tak benda yang SENANG pun boleh jadi SUSAH ^^,



TERIMA KASIH SUDI BACA :)

Thursday, September 6, 2012

cerita semalam ^^,

hohoiiii.. assalamualaikum ! fuhh3 ! tiup habuk kat depan laptop. berhabuk da. lama sangat tak update . hehe. ni pun sebab masa free. ade kelas 1 citizen sampai petang. dari pukul 8 pagi - 5 petang. aku punya laa MALAS plus MENGANTUK gila sebab semalam baru balik dari kelantan. ada perbincangan kat IOI ABIM ORANG ASLI KOK LANAS :) tempat dia nak kata teruk sangat tak laa. tapi yang aku nampak cam tak selesa je. dari katil, tempat solat, dewan serbaguna. yang cantik kelas dia je ^^'nak tunjuk gambar kat sini pun, aku punya fon takde bateri. komputer kat lab ni plak tak leh nak bluetooth. hoho. ni pun dalam kelas 1 citizen ~~' takde laa bosan sangat sebab dapat online. itu PENTING ! HAHA * gelak jahat ! :D

aku nak cerita sikit pasal pengalaman aku kena present depan jawatankuasa kat sana. sangat2 berdebar sebab aku adalah PENGARAH PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT . besar tanggungjawab tuhh.huhu. tapi, aku cuba buat sehabis baik.mula-2 sampai kat tempat tuu aku sangat-sangat TERKEJUT ! nape tempat ni camni ?! member aku citer cam GAH sangat tempat dia tuhh. aku terus terfikir, "camne kawan-kawan aku yg lain nak tido sini?! ". nak sangat tunjuk gambar kat korang. cane nak tidur kat tempat gituu selama 2 malam?! 1 malam pun aku ase cam terseksa . huhu.
ini reaksi muka aku masa sampai sana

masa bincang2 dengan AJK sana,ada laa benda2 lawak jadi. siap pakcik tuu tanya "ore kelate koo ? ehh, tapi tadi kata asal kl kan ? dohh tu, boyfriend laa ni ore kelate kan ?". aku senyum je. maluu siot ! haha. lepas tuu bila aku terus diasak dengan soalan-2 , bila aku dapat jawab dengan dengan baik..ade plak yang cakap kat kawan dia, "leh buat menantu ni". HAHA. berbincang sampai laa semuanya jelas. lepas selesai tuu, kepala aku berat nak fikir mana nak cekau tajaan. aku perlukan duit untuk bantu mereka.sekurangnya aku nak cat dewan serbaguna diorang yang jadi tempat untuk diorang solat,adakan majlis-2. nampak daif. nak tolong bertukang tuu memang tak dapat la.sebab group aku semua 47orang perempuan, 1 LELAKI !. kesian kan kat laki tuhh ? haha. berat pikir pasal nak dapatkan tajaan, lepas tuu tarikh pun takleh nak pastikan, ade je masalah. banyak benda nak kena fikir. sebab asalnya rancang nak buat 3 hari 2 malam. tapi, masalah penginapan, masa , bajet lagi. itu yang jadi halangannya. nak kena kejar masa nak siapkan assignment, proposal, cari sponsor. nak harap kat pensyarah aku cam takleh pakai je sebab aku ade masalah sikit ngan dia. ade laa citer dia. yang rapat ngan aku je tahu. hoho. haihh, takpe. aku try yang terbaik. ini baru cabaran. nak selesaikan final projek ni, final exam ~~'



# doakan aku ea. semoga ALLAH permudahkan segala urusan. yang penting, NIAT kita. harap sangat segalanya dipermudahkan. dapat tajaan, proposal pun lulus cepat, masa ok, dapat tajaan rm500 pun jadi laa. dan akhirnya dapat buat segalanya dengan baik sekali <3 :)




TERIMA KASIH SUDI BACA :)