Friday, September 7, 2012

cabaran bermula !


ehemmm,assalamualaikumm ^^, habis je kelas 1 citizen aku blik jemur baju dan tidur. bangun-2 tidur aku rasa cam hujan je kat luar. lantas, aku bangun & berjalan ke koridor dan tengok baju yang aku baru je jemur tuu dah basah kena hujan. aku hanya mampu tengok je laa. takkan nak nanges kot. *tapi, stok baju aku semua dah habis ~~' bz sangat minggu ni. dan , aku pun mulai online. dari situ bermulanya penambahan masalah aku =='* mukadimah panjang meleret lari tajuk. maaf. bagi suspen je tuu. tapi, betul laa tuu. hoho. semangat gue basuh baju, bila kena hujan dan tak mampu selamatkan. agak2 stres tak korang ? haa, jawab sendiri dalam hati

iklan semata-mata :D

okeyhh, abaikan semua ni. masalah timbul bila aku rasa ada yang ahli aku yang tersalah paham ke apa aku taktau laa. tapi, ingin aku tegaskan kat sini masalah PENGINAPAN tuu bukan masalah utama. memang laa aku terkejut tengok tempat tuu, tapi nanti cane pulak kawan-2 yang lain ? untuk nak bagi korang rasa cam tak pelik sangat apa kenapa plak ngan penginapan ni? k , aku upload gambar ea.

aku memang fikir masa tuu. takpe laa, kalau korang tak keberatan kita tidur kat atas lantai tuu.mintak laa diorang tikar.pastuu aku suruh laa korang bawak toto, bantal,selimut semua. tapi, aku baru jee sampai unisza dah ada yang datang bilik aku kata dia takleh duduk situ sume. itu baru dia. camne dengan lagi 46orang lagi? kalau tempat tak ok, sape yang akan dikata ? "ehh, apesal hajar ni pilih camni. camne nak tidur ..takleh tidur laa. blaa blaa ". nama sapa kena ? siti hajar ni. sebab apa ? sebab dia pengarah projek.memang kata kita kena ikhlaskan diri itu semua.aku paham maksud ayat tuu. tapi, kena paham jugak. kita ni dari kalangan orang yang berbeza. rambut je sama warna, tapi hati lain-2. depan2 mungkin baik, belakang ? pemikiran ? semua kena fikir kawannn. aku mungkin leh selesa sebab aku da biasa pergi tempat2 camtuu. yang lagi 47orang ? fikir-2 laa.aku nak adil untuk semua. mungkin ada pro / kontra benda ni

patutnya kita nak buat 3hari 2malam,kan ? aku ni betul eksited nak buat semua tuu. sekali datang plak masalah masa dan bajet. dua-2 tuu penting .bukan faktor penginapan je. masa ? patutnya cadang nak buat 21hb tapi takleh sebab pihak sana ada hal dari 20/9. lepas tuu nak buat 12/10, takleh sebab ada ahli yang ade presentation final projek kos dia. nak buat 13/9 tak leh sebab proposal pun hantar 9/9. takleh nak ganggu minggun study week. sebab tuu jadi program tuu buat 1 hari je. nak cari 1 hari tuu pun susah. buat lewat sangat kang, ade kawan2 yang amek MUET pulak.itu penjelasan sebab apa kita tak dpt buat 3hari 2 malam. aku mintak maaf sangat2 pasal tuu. kalau fasi kita bagitau awal-2 suruh kita buat dari harituu takpe. ini, dia pun ada masalah sikit kat situ.bagitahu lambat.so, kita yang kena buat ni lambat laa jadinya. takleh nak salahkan dia jugak.ini baru cabaran kita masa jadi mahasiswa/wi. cabaran masa kerja nanti taktau lagi

cakap pulak pasal bajet. bab-2 duit ni aku pening sikit. aku memang ade nak mintak rm5 seorang. itu nak backup bajet duit makan yang kita nak kasi kat pihak ABIM . selebihnya amek dari HEPA. berapa je HEPA dapat bagi ? yang pasti duit yang HEPA bagi tuu takkan dapat tampung kos aktiviti kita. kita nak cat bangunan, landskap. kos untung cat pun paling maksimum aku bajet RM300. belum lagi cenderahati nak bagi kat diorang. kita kan nak berkhidmat untuk orang. buat laa sehabis baik. dan biarlah berbaloi kita datang dari terengganu ke kelantan. takkan nak datang setakat mesin rumput, tanam pokok je ? baik buat kat terengganu, kan ? itu yang aku fikir. kalau aku cakap kat sini, mau panjang entry ni.cukup laa aku bagitau korang gambaran masalah dia sikit.

aku terfikir kalau da macam-2 sangat masalahnya..kita tak payah la buat kat kelantan tuu. tapi nanti, akan ada kesan negatif dia. percaya laa cakap aku. kalau tak kena kat aku, kena kat nama unisza. lagipun, kalau boleh aku nak jugak tolong diorang. diorang nak belajar agama ISLAM. tapi, keadaan camtuu. ini laa jihad yang boleh kita lakukan. kita tak mampu berperang, tapi kita buat laa sesuatu atas kemampuan kita. bantu orang-2 yang baru nak belajar agama ISLAM ni. aku fikir, andai kata betul-2 tak dapat & tak jadi nak buat kat sana.. 1 hari nanti aku akan tolong diorang jugak. walaupun secara persendirian. sebab bila persendirian, aku tak payah pikir pasal orang lain dah. susah senang kita tanggung sendiri.

so, kalau kita tak dapat tajaan, bajet tak bape cukup. takpe laa. nak tak nak kita buat laa benda-2 yang senang kat terengganu ni. pergi bersihkan pantai ke apa ke. itu je laa yang mampu buat. bukan kata sebab nak menyerah. TAK !, tapi ini kalau da banyak sangat masalah yang datang. apa pun, kita cuba dulu buat yang TERBAIK ! :) bila kita da BERUSAHA, baru boleh TAWAKAL . semoga Allah permudahkan segalanya. kita pun dapat saham akhirat jugak,kan ? kena fikir jugak tentang test, assignments, final exam lagi. haa


# aku tak merungut nak jadi ketua ni. aku suka sangat sebab aku memang suka buat benda-2 camni sebab nanti aku akan rasa puas. aku ni jenis suka fikir dalam-2. benda yang orang anggap remeh tuu la aku akan anggap itu bukan perkara kecik. terima kasih kat kawan2 yang bersama-sama membantu aku untuk menyelesaikan masalah ni :)bukan sng nak jd ketua. kita kena pk kan ttg anak buah lebih dari diri sendiri. bila berfikir tuu, takleh pk PENDEK sgt. kita kena pk panjang sikit. biar ade backup. bukan CUKUP-CUKUP. kita nak tolong org. nk berkhidmat ngan org bukan nak mtk khidmat orang pada kita. ingat tuu :) dan aku harap, jgn laa benda ni boleh jadi isu untuk diceritakan kt pihak sana. sebolehnya aku cuba nk jaga hati mereka sbb aku phm camne dorg sgt memerlukan bantuan. dan aku bukan buat post ni sebab apa. tapi, melalui cara ni laa aku senang nak ceritakan situasi masalah yang kita hadapi ^^, aku cuba untuk jadi KETUA yang terbaik. biar korang pergi ngan balik tuu seronok. ada kesan penghayatan atas kesusahan orang. harap paham apa maksud aku ea. kalau rasa ada cadangan ke apa, bagitau je aku terus. mungkin idea korang tuu boleh bantu aku :) sekurang-kurangnya benda yang SENANG takkan jadi SUSAH camni :)

bersatu padu itu penting :) kalau tak benda yang SENANG pun boleh jadi SUSAH ^^,



TERIMA KASIH SUDI BACA :)

No comments:

Post a Comment

thank you for reading my posts (^^,)