Thursday, May 3, 2012

TANAH MERAH > TANJUNG MALIM


assalamualaikum ^.^ <3 RINDUUU nak update blog nii. nak bebel sorang-2 . dah laa tinggal aku sorang jee kat rumah nii. BOSAN sgt-2. okeyhh, baru-2 nii MAM ada datang tanjung malim, perak . dia dari tanah merah, kelantan . sebab tuu laa tajuk post nii seperti diatas . dia gerak dari kelantan 26/4/2012 then sampai 27/4/2012. perjalanan yg sangat lama ^^'. sebelum dia sampai, aku dah g booking hotel. tapi, kena check-in pukul 2 ptg . lepas tuu, dia sampai dalam pukul 6pagi. kesiann dia kena tunggu lama. pagi-2 tuu aku kena hantar ibu & adik g sekolah. sekolah ibu kat slim river. so, amek masa dalam lebih kurang 30minit nak sampai. pastuu dalam pukul 8pagi baru aku g amek dia kat busten. mmg sgt-2 KELAM KABUT laa hari tuu. bape kali dok ulang alik . semata-2 nak bagi masa habis sampai 2 petang tuu. nampak sgt dia penat. lepas selesai hantar adik g sekolah agama, hantar laa MAM g hotel. rm60 semalam . gedebak gedebuk jam dah pukul 6petang. kena g amek ibu ! bawak laa MAM nii g sekolah ibu. dalam takut segan dia, dia punn ikut laa . haha.

ibu pun masa tuu tengah busy sebab pendrive dia HILANG . banyak benda penting dlm tuu. then, bila ibu turun g kereta. tgk-2 ada cik amin mazlan. ibu pun senyumm :) aku suka tengok ibu senyum kat orang2 yang aku sayang. ibu borak-2 gelak-2 ngan dia jap. pastuu ibu masuk kereta. dan MAM yg drive kereta ibu. ibu jadi BOS kt belakang tuu. k, masa tuu aku ase cam MAM ni da jadi laki aku plak. haha . * k GATAL ! ibu pun rancak bersembang ngan MAM even ni baru 1st time jumpa setelah beberapa kali aku bercerita dgn ibu pasal MAM nii. aku mmg suka cerita kat ibu dengan sape aku kawan sebab aku nak ibu tau. lepas tuu, ibu ajak g makan rojak mamak kat TF value mart. ktorang pun pergi laa. sampai sana, terjumpa kawan ayah. isteri dia tanya " ohh, ini ke pengantin yang baru tuu ?" . HAHA .ktorang gelak-2 kat situ ^.^ tersilap orang laa pakcik. yg kawen tuu akak saya. bukan saya :D nanti ea. trimas kerana mendoakan. haha ^0^ lepas tuu, cerita pada hari itu berakhir disitu sebab aku nak bagi MAM rehat. kesian dia. penat tak hilang lagi, aku daa bawak merayap jauh-2 :D
esoknya ktorang g KL. saje nak bawak dia jalan-2 KL. *padahal sebab takde apa pun kat tg malim nii.haha. lupa plak yang haritu ada BERSIH 3.0 . seriously, KL sangat sesak ketika itu.hoho.mula-2 sampai tuu, kitorang g laa midvalley sebab aku nak g YUN NAM. lepas tuu g tengok wayang, pusing-2 bagi turun lagi terbakar lemak jap. dan balik. dalam tren daa ada cerita lain pulak. penuh dengan abang-2 berbaju kuning. haishh ! semangat sangat aihh. haha. tapi, best laa dengar dorang bercerita. ada sorang abang nii lawak. dah laa loghat kedah dia pekat. teringat aku kat QIRA :D sampai jee tanjung malim nak dekat pukul 9malam. ktorang g cari hadiah untuk ibu & mak. hehe. pastuu g makan dan aku hantar dia balik hotel. dia tak boleh balik rumah aku sebab ktorang belum ada apa-2 lagi :)malam tuu, 2orang adik aku nii tidur ngan MAM kat hotel. sekejap jee dia da boleh rapat plus kamceng gila dgn adik-2 & ibu :) ALHAMDULILAH <3

hari ahad tuu, ktorang pergi HOT SPRING SG KLAH.gerak lepas zohor sebab dia ngan adik-2 aku hanyut dalam bilik yang berekon. haishh ! haha. memang sangat-2 BEST ! 1st time aku tengok adik-2 aku suka & rapat dengan teman tersayang aku. yang sebelum-2 nii diorang kurang sikit ^^'. dan macam-2 laa jadi hari tuu. dengan jumpa pakcik lalok sebab overdos minum air ketum laa, nak excident kat selekoh tajam laa. haishh, kenangan-2 . haha :D cite pakcik lalok nii yang aku geram nii. ktorang dah tengah lapar yang teramat. pastuu dia boleh g merapu-2 macam-2. " saya buat keja nii bukan sehari dua bang " . alahaii, buat burger jee pun. aku pun boleh. hoho. dengar bebelan dan lalok pakcik tuu sampai 1 jam ! tapi burger tak siap-2 jugak. udahnya adik aku daa panas hati, dia pun buat sendiri burger uu dan makan ! haha. ada kee pakcik tuu kata ktorang nii waris dia laa, anak buah dia laa dekat polis bantuan tuu. malu beb bila polis tuu tanya " nii pakcik korang ke ?" .HAHA. nak balik tuu nyaris nak eksiden sebab MAM bawak kereta laju sangat kat selekoh tajam tuu. dia pun tak perasan selekoh tuu tajam sebab gelap sangat. nasib takde kereta kat situ. kalau tak , taktau laa nak cakap apa . huhu.dan hari itu berakhir dengan kenangan yang tak dapat aku lupakan :)

hari isnin , taktau nak bawak pi mana dahh. sebab isnin tuu adik-2 aku sekolah. so, aku nii driver kena hantar diorang g sekolah. itu laa 1st time MAM masuk umah aku. tuu punn sebab tunggu aku nak kemas umah, sidai baju, gosok baju adik. memang kelam kabut laa masa tuu. hoho. hari isnin tuu takde jadi pape pun . petang tuu aku bawak dia g proton city. lepak-2 tasik sambil tengok banjaran titiwangsa dengan adik-2 aku :)

hari selasa, dia dah nak balik daa. kan HARI BURUH masa tuu.tapi, ktorang pii tolong ibu kat pejabat dia. MAM punn tolong buat kerja ibu jugakk. ktorang buat sama-2. ktorang jaga batasan depan ibu. taknak laa nanti ibu kata apa pulak. lagi punn memang depan ibu & adik-2 aku layan dia macam kawan tapi lebih sikit. takde laa tergedik-2 aihh. aku pun geli. haha. masa tuu ibu pun banyak kali tersasul " makcik ehh ibu" . hahaa. lepas tuu, ktorang balik dalam pukul 7malam. dahh siap pi makan kat restoran. dan itu laa kali pertamanya MAM jumpa ayah :) MAM tumpang mandi & solat kat rumah aku. tapi, alhamdulilah. ayah pun layan dia dengan baik :)dan ibu ngan aku pun hantar laa dia pergi busten sebab bus pukul 8 malam. cerita berakhir disitu :)

# apa-2 pun , aku SUKA tengok dia dapat suaikan diri dengan famili aku. lagi-2 bila ibu nampak sangat suka dengan dia. sungguh ! dia daa jadi anak kesayangan ibu. sampai sekarang nii pun kalau aku lepak dengan ibu, mesti ibu aku tanya pasal dia. *k aku jeles !haha.yang penting, aku LEGA sebab sekurang-2nya ibu ayah dah tau dan tengok dengan siapa aku kawan :) andai kata dia bakal imam aku suatu hari nanti, aku bersyukur :) tapi, kalau dia bukan pemilik tulang rusukku .. aku redha. aku pun taktau samada aku dapat bawak diri masa dengan famili dia 1 hari nanti macam yang dia buat nii. yang pasti, aku BERSYUKUR sangat-2 ALLAH kurniakan dia. dalam setiap penilaian aku atas apa yang berlaku sepanjang 4hari dia kat sini membuatkan aku yakin dengan pilihan aku andai satu hari nanti dia memang ditakdirkan untuk aku . i'Allah, ALLAH tahu yang TERBAIK untuk aku <3 :)



TERIMA KASIH SUDI BACA :)