Tuesday, April 17, 2012

KEMBALIKAN PEMERINTAHAN KHALIFAH !

Gambar ini adalah Gambar Khalifah terakhir kita Sultan Abdul Hamed II meninggalkan istana atas arahan Presiden Turki pertama Mustafa Kamal Atartuk pada 3 Mac 1922.

assalamualaikum ^.^ , sebelum aku nak tidur .. ni aku nak share sikit pasal memperingati 90 tahun sejarah hitam SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM. .Hari ini 3hb Mac 2012 adalah bertepatan dengan 90 tahun sejarah hitam bagi umat Islam di seluruh dunia .Dengan sokongan dan kekuatan dari British dan Zionis, Mustafa Kamal Atarturk telah mengumumkan penghapusan Khilafah dan pemisahan agama Islam daripada negara tepat pada pagi 3 Mac 1924.Kamal telah memerintah supaya Khalifah terakhir, Sultan Abdul Majid II supaya meninggalkan Turki sebelum subuh pada hari yang sama. Polis dan tentera dikerah berhimpun di istana Khalifah dan memaksa Khalifah memasuki kereta dan seterusnya membawanya ke Switzerland.Atartuk kemudiannya telah mengumpulkan semua waris Khalifah dan mengusir mereka keluar daripada Turki. Kesemua aktiviti keagamaan dimansuhkan, semua sekolah agama ditukar kepada sekolah sekular, mahkamah Islam dimansuhkan, azan diluangkan dalam bahasa Turki dan undang-undang sekular dilaksanakan sepenuhnya.

Akhirnya impian British dan Zionis untuk meruntuhkan Khilafah Uthmaniyah sebagai Daulah Islam yang terakhir telah tercapai, melalui tangan anak didik mereka iaitu Mustafa Kamal laknatullah.Setelah jatuhnya khilafah, maka satu demi satu wilayah umat Islam jatuh ke tangan musuh termasuklah bumi Palestin yang diidam-idamkan oleh Zionis dan pihak barat.Kini, telah 90 tahun umat Islam kehilangan tempat berpaut untuk naungan dan pimpinan khalifah.
Bagaimana keadaan umat Islam kini di Palestin, Iraq, Libya, Syria, Kashmir, Pattani, Selatan Filipina dan negara-negara yang lain di seluruh dunia termasuk di negara tercinta Malaysia.Rata-rata umat Islam hidup terkontang-kanting tanpa pimpinan dan hala-tuju perjuangan walau pun jumlah meraka kini telah melebihi seperempat daripada penduduk dunia (1.7 bilion daripada total 7 bilion).

Persoalannya : Apakah sumbangan kita ke arah mengembalikan kedaulatan dan kepimpinan Islam yang sangat diperlukan oleh umat dan dunia antarabangsa pada ketika ini? Mari kita bersama berdakwah.Sesiapa sahaja boleh ambil, share atau copy. Saya izinkan. Sharing for caring.Tinggalkan komen boleh juga untuk sama sama kita berbincang.


# post nii aku copy dari facebook untuk berkongsi :) so, tarikh artikel tuu dikeluarkan adalah pada bulan mac . sekarang sudah bulan 4 :)
TERIMA KASIH SUDI BACA :)

PTPTN DIMANSUHKAN ?

assalamualaikum , tajuk yang tengah panas sekarang nii tentang mintak 'PTPTN DIMANSUHKAN ' . okeyhh, aku cakap awal-2 bahawa ini hanya PENDAPAT aku jee. kalau kerajaan nak mansuhkan punn ok jugak. cuma aku rasa macam agak terkilan bila benda nii jadi isu politik . pihak pembangkang cuba untuk gunakan Adam Adli sebagai kambing hitam untuk buat semua tuu. dia seorang 'MAHASISWA' , dan masa nii la parti pembangkang nak gunakan dia untuk jatuhkan barisan kerajaan di mata rakyat. tak pulak aku kata aku sokong barisan kerajaan ataupun mana-2. mungkin ada yang terpaksa menanggung beban untuk bayar balik duit pinjaman tuu dengan bayaran yang lebih dari yg dipinjamkan. kenapa tak mintak supaya BAYARAN tuu yang DIKURANGKAN dan bukannya DIMANSUHKAN. kalau betul nak mansuhkan sekalipun, bagi peminjam-2 yang terdahulu nii still laa guna lagi duit tuu dan cukup tempoh bayar balik. tapi bayaran tuu dikurangkan. bukan tak bayar langsung.kalau nak mintak PTPTN dimansuhkan dengan syarat pointer first class mmg logik la. ni belaja taknak, duit nak tapi taknak bayar. kalau rase tak mampu byr, belajar je smpai dpt first class. seriously, aku agak terkilan sebab aku pun peminjam PTPTN. dan cuba korang fikir apa yg kita rasa kalau kita dah bagi orang pinjam duit beribu-2 , berjuta-2 lepas tuu lepas tangan macam tuu.takmau bayar balik . okeyhh, maybe laa korang akan fikir macam-2 tentang aku. tak kisah laa. cuma tuu la . jangan laa terlalu meminta-2. bangsa kita nii bila nak berdemontrasi, cukup hebat. tapi, cuba tengok bangsa lain. mereka belajar dan belajar. yang kita nii ? memperjuangkan apa ? memperjuangkan untuk masa depan laa kononnya ? dengan mengadaikan masa depan sendiri.
okeyhh, ramai pulak yang pertikaikan dgn mengatakan bahawa KERAJAAN mampu untuk memberikan pendidikan yang PERCUMA kepada rakyat. sebab diorang kata ada negara tuu, sumber dia sikit jee tapi dia boleh tampung pendidikan rakyat, siap sediakan mas kahwin lepas tuu sape yg masuk hospital tuu, boleh tuntut balik kat kerajaan. yes , betul tuu. Malaysia dah jadi negara maju. so, dah lebih dari mampu dah tuu. iyee dok ? tapi, rileks laa . satu-2 . kau ingat pak najib tuu takde keje lain kee. bukannya dia tak bantu langsung kita yang rakyat nii. ni laa orang MELAYU. terlalu suka meminta-2 tanpa berusaha sendiri. korang maybe tak pernah dengar bangsa lain dok gelakkan bangsa kita. sebab tuu yang lain tuu dok nak berhujah sana sini. yee tak salah. tapi, jangan laa nampak sangat yang melayu nii macam ntah pape. mengutuk jee lebih sume , kerjanya idak. tak mustahil laa kalau bangsa lain tuu sanggup bergadai nyawa dtg sini semata-2 nak kerja jadi buruh kee hape kee. orang melayu kita ni, berapa jee yg sanggup buat mcm tuu? kita terlalu nakkan kesenangan tanpa usaha keras kita sendiri , kan ?
teliti elok-2 apa yg pakcik ni buat ^^'. pakcik nii leh buat signboard yang bunyi camni laa asenye " PTPTN - PINJAM TAU PULANG TAK NAK ! "

kawan-2 , sedar tak yang bangsa kita nii dah berpecah ? kenapa perlu buat macam tuu? ISLAM ada ajar kee umatnya buat macam tuu. kalau betul nakkan sesuatu, buat dgn cara yg betul. aku rasa sangat tersinggung bukan sebab apa, tapi sebab aku sedih bangsa aku dah jadi macam ni. kalau korang tengok balik sejarah dulu-2 . sume kerajaan kesultanan melayu yg jatuh tuu sebab apa ? sebab kita bertengkar sesama sendiri. masing-2 ada kepentingan sendiri. tak same ke situasi kita sekarang nii? diorang fikir, bila diorang buat semua nii.. ini laa jalan penyelesaian terbaik?! BANGKIT laa bangsaku !. bangsa lain dok gelakkan kita,perbodohkan kita jee sekarang ni. lagi-2 bila diorang tengok pemimpin kita saling bertelagah. buat demontrasi macam pakcik nii. korang ase apa yang kaum india fikir? "ee,bodohnya orang melayu nii" . tak malu kee abang-2 pakcik-2 ? =.=' sungguh, bila aku tgk balik apa yang jadi sekarang nii, mmg tak ubah macam zaman dulu. berjaga-2 laa bangsaku. jangan bergantung harap pada bangsa lain. kelak negara kita yang tergadai. jangan laa lakukan kesilapan yang sama lagi macam mereka yang terdahulu .
haa, tak boleh kee kita jadi macam nii ? ^^,

MAAF ! kalau ada yang fikir aku nii beremosi atau nak berpolitik kat sini. takde laa . niat aku 1 jee. aku nak kongsi pendapat aku. aku tak sokong sape-2. cuma di mata aku, aku cukup meluat tengok pakcik anwar berahim nii. sungguh ! aku tak nampak langsung apa matlamat perjuangan dia. sebab yang aku nampak pada mata aku ialah apa yang dia perjuangkan nii untuk kepentingan dia sendiri. jangan gunakan agama sebagai boneka politik . jangan pulak berjanji kalau belum tentu dapat ditepati. tak pulak aku kata, aku sokong pak najib . dua-2 ada kebaikan dan salah masing-2 tapi tak perlu laa sampai gunakan agama sebagai boneka politik. bukan laa sebab kita nii selalu dihidangkan dengan kebaikan kerajaan, buat aku macam sokong pak najib nii. biasa laa trick orang berpolitik. tapi, biar laa kita berpolitik secara berhemah. bukannya memburukkan sesama sendiri.
cuba bayangkan kalau semua pemimpin kita bersatu sebagai pemimpin-2 negara ISLAM yang KUAT
bagi aku, kan bagus kalau pemimpin kita bersatu. sebab masing-2 ada kelebihan sendiri. pak najib bidang pembangunan negara nii, nik ajis soal agama, anwar berahim bidang ekonomi. sungguh ! kalau mereka BERSATU, i'Allah segalanya boleh diselesaikan dan negara nii akan benar-2 jadi negara ISLAM yang MAJU ! banyak lagi aku nak bebel kat sini. tapi, takpe laa. nanti orang kata aku nak berpolitik pulakk ^^' . padahal aku nak bagi pendapat jee :)


# MAAF ! apa yang aku bebelkan kat bawah nii agak lari topik dan mungkin ada yang korang tak berapa setuju. takpe laa. pendapat orang lain-2, kan ? lagipun aku nii budak baru umur 19tahun. banyak lagi benda yang aku kena belajar. tapi, setakat nii je laa yang boleh aku katakan. baca dengan hati yang tenang dan bukannya fikir ini adalah politik. open your minds :) wallahualam .



TERIMA KASIH SUDI BACA :)

..pengalaman itu PART 2..


hee , pe habaq ? assalamualaikum ^.^ tangan nii masih gatal lagi nak menaip . so, sebab tuu aku buat PART 2. hehe . sebenarnya dari part 1 lagi aku nak kongsi apa yang pernah mereka yang hadir dalam hidup nii lakukan . dari aku kecik lagi, aku selalu sangat dengar cerita kakak sedara aku. lelaki buat macam-2 untuk dia. masa tuu aku rasa seronoknya kalau aku punn dapat rasa sume tuu. bila semakin meningkat dewasa nii, diriku mula didekati oleh lelaki-2 . tak pulakk aku nii jenis yang melayan . tapi, apa yang mereka-2 pernah lakukan tuu yang buat aku teringat balik apa yang aku rasakan dulu. masa nii baru aku rasa . ahaks :D hubungan jarak dekat kee jauh kee sume aku dah pernah rasa. dan aku lebih prefer hubungan jarak jauh ^.^ sebab masa tuu la 2 hati akan saling mengingati dalam doa masing-2.


lagipun jenis aku, aku susah sikit nak rindu kat orang. tapi, bila dah hubungan tuu jarak jauh, bagi aku.. aku akan rasa bahawa diri nii dah berpunya dan aku tak perlu melayan lelaki lain selain yang ada urusan. eceyhh, ayat..haha . tapi, betul laa apa yang aku cakap tuu. sebab kalau kita asyik rindu sangat, orang kata dah zina hati pulakk kan ? tapi, ada ustaz kata bila kita ingat kat seseorang tuu belum jatuh lagi zina hati . tapi, kalau kita teringatkan kat dia sampaikan kita terasa nak melakukan zina macam bersetubuh dgn dia tuu baru ZINA HATI. maaf laa kalau aku yang salah sebab aku dengar dari ustaz tuu. sebab ustaz tuu kata, kalau kawan nii teringat kat kawan lama dia ke hape kee takkan itu dah jatuh zina hati. betul jugak kan ? tapi, taktau laa. wallahualam ^.^'okeyhh, panjang sangat aku bebel. mukadimah aku nii berjelar-2 sangat aihh. hehe.

ntah laa. tiba-2 aku rasa, aku tak perlu laa kot nak ulas banyak lagi benda-2 yang aku tak jangka lelaki akan lakukan kat aku. nanti orang kata apa pulakk. yang pasti, sekarang nii aku berharap sangat hubungan aku dengan MAM akan berkekalan kerana dia adalah lelaki yang lain dari aku pernah jumpa sebelum nii. maybe terlalu awal untuk aku kata semua nii, tapi aku yakin kalau laa hubungan nii tak berkekalan, ini laa kekecewaan yang paling besar bagi aku. walaupun aku kecewa, aku tetap akan redha sebab aku tau Allah punyai rencana yang TERBAIK untuk kehidupan aku. kita semua taktau sape jodoh kita kan ? :) biarlah apa yang pernah jadi tuu akan kekal sebagai kenangan yang terindah dalam ingatan aku. aku tak pernah benci mereka yang hadir dalam hidup nii , tapi aku berterima kasih atas kenangan yang telah mereka berikan :)
yang sebelum-2 nii sume chenta monyet jee aihh. dan aku tak berani katakan aku cinta pada sesiapa melainkan pada lelaki yang benar-2 SAH jadi SUAMI aku. yang sebelum-2 nii hanya sayang, bukan laa cinta. sebab aku sendiri pun taktau apa makna cinta tuu
ada betul jugak dalam gambar nii. haha . tapi, yang tang nangis sebab putus tuu, aku belum benar-2 rasa lagi. kalau setakat sedih tuu, adat laa kan ? muehehe :D

# lagi 1 prinsip aku, aku takkan serahkan sepenuhnya rasa sayang pada lelaki yang belum SAH jadi milik aku. sama ada perasaan sayang ataupun apa-2 laa. sebab cuba fikir, kalau masa b'chenta nii dah bagi semua sayang kat bf kita..nanti kita nak bagi apa untuk suami kita ? sebab kita taktau sape suami/isteri nanti. tak semestinya bf kita, kan ? :) wallahualam . aku hanya laa insan biasa yang inginkan yang terbaik dalam hidup. banyak kekhilafan yang berlaku pada aku. sebab tuu aku nak berubah sedikit demi sedikit. i'Allah, doakan ea :)


TERIMA KASIH SUDI BACA :)

.. pengalaman itu PART 1..

assalamualaikumm ^.^ <3 yuhuuu , selamat petang wahai sape-2 yang tengah baca blog nii . tak kire laa masa korang baca nii dah malam , pagi kee . aku tak kisah . hee , yang aku tau masa aku bebel nii adalah pada waktu petang :) okeyhh , malas nak bebel banyak-2 . pengalaman yang aku maksudkan tuu ? well , berat sebenarnya aku nak ingat balik tapi sebabkan aku nak abadikan segala kenangan tuu sampai bila-2 , takpe laa . aku tulis jee laa kat blog nii . lagipun aku takde diari macam orang lain . hee , ni jee la diari aku ^.^ . bagi aku, setiap kenangan tuu yang akan berikan kita pengalaman yang akan kita ingat sampai bila-2 :)


okeyhh , rasanya korang dah dapat agak dah pasal apa yang aku nak cakap nii ^^' . tapi, aku lebih prefer untuk kata tentang pengalaman disayangi oleh seseorang yang bernama lelaki . dalam hidup aku, aku bukan laa seorang yang 'playgirl' . jauhh sekali untuk aku jadi macam tuu. rasanya dalam hidup aku ada bape orang jee. sebab jenis aku , bila aku dengan seseorang tuu , aku akan dengan dia jee .tak kisah laa ada sape-2 yang datang lepas tuu. tapi , tak pulak aku kata yang aku nii jenis yang sangat degil . prinsip aku senang jee . tak semestinya aku da bape tahun dengan dia sekalipun, kalau aku rasa macam tak sesuai .. aku lebih rela undur diri. aku ambik keputusan punn berdasarkan faktor-2 yang relevan. bukannya sebab perasaan sendiri kee apa :)


eceyhh, bajet menangis pulak . takde laa . gambar je lebih . hihi. aku seorang wanita . aku perlukan pemimpin yang boleh memimpin keluarga aku. kalau aku nii dia tak boleh pimpin , macam mane dengan famili aku pulak, kan ? aku bukan suka-2 jee akan jalinkan hubungan dengan seseorang tuu. aku mahukan hubungan yang bermatlamat . aku tak mahu bazirkan masa aku untuk jalinkan hubungan yang suka-2. sungguh, aku inginkan lelaki yang boleh membimbing aku dan bukannya menghayutkan . so, kalau hubungan aku yg lepas-2 tuu tak jadi, korang paham kan kenapa ? ^^' kita kena betul-2 teliti sape yang bakal jadi pasangan hidup kita. sebab dengan mereka laa harapan untuk kita masuk ke syurga nanti. i'Allah :)
sungguh , aku harap sangat dapat jadi macam yang kat atas tuu. sejuk kan hati kalau dapat yang macam tuu ? :) aku suka sangat tengok orang yang pakai tudung labuh , berpurdah dan punyai akhlak yang baik. yang penting menutup aurat yang sebetulnya. berpakaian tuu biarlah yang menepati syarat cara berpakaian mengikut islam . sebab tuu aku perlukan imam dalam keluarga aku . yang akan saling mengingatkan . biarlah muka tak berapa hensem * sedap mata memandang kan cukup ? ^.^ , tapi akhlak dia sangat macho . kalau muka hensem, agama takde punn tak guna.
cuba tengok budak-2 kat atas tuu . comel bukan ? ^.^ aku harap sangat nanti anak-2 aku macam tuu. sebab tuu aku perlukan orang yang betul titik beratkan soal agama dalam kehidupan. sebab aku tau yg aku nii pun takde laa bagus mana. banyak sangat benda yang aku taktau dan perlukan bimbingan dari imam aku nanti ^.^ <3 lagipun, ustaz don tv9 kata anak-2 nii akan jadi aset kita ke syurga . sape yang takmau g syurga, kan ? ^.^ mcm kita nii . sungguh, aku tak perlukan lelaki yang suka bermain dengan kata-2, yang hanya tau mengorat sana sini sume tapi bila bab agama ? zero ! kalau kita dapat lelaki yg hensem , hot stuff , bergaya , kaya sume sekalipun tapi kalau agama dia hancur punn mmg sangat tak guna kawan-2. aku cakap nii berdasarkan pengalaman sebab aku dah pernah merasa semua tuu ^^'. sebab tuu la pengalaman bagi aku mengajar kita erti kehidupan. dari pengalaman tuu la yang membuatkan aku semakin sedar tentang apa yang aku sedar sekarang nii :)


#semoga Allah memberikan kita jodoh yang sesuai dengan kita. jodoh yang boleh membimbing , bukannya menghayutkan :) minta laa banyak-2 pada Allah , buat solat hajat dan istigharah untuk dapatkan petunjuk Allah . jangan bimbang, jodoh kita sume telah ditentukan oleh Allah sejak dari kita berusia 4bulan lagi dalam kandungan ibu ^.^ . so, jangan bersedih dengan setiap kegagalan perhubungan yang berlaku kerana sebenarnya Allah nak kita belajar dari pengalaman sebelum kita bertemu dengan orang yang betul . yang penting, kita sendiri kena betulkan diri kita nii sebelum kita nakkan orang yang terbaik untuk kita nanti. jadi yang terbaik dulu sebelum kita mahukan yang terbaik . i'Allah <3 :)





TERIMA KASIH SUDI BACA :)