Tuesday, February 18, 2014

REVIEW SHAKLEE SET RESDUNG


okayy, hajat dihati pada mulanya nak buat post pasal trip pi kelantan ngan pulau redang bulan2 lepas tu. tapi,sebabkan banyak benda nak bebel dalam entry tu lepas tu tengok pulak jam dah pukul 2 pagi, makanya kita amek laaa entry yang ringkas serta mudah.hehehe.

ok. siapa kenal 'SHAKLEE? ' rasanya, sekarang ni semua orang kenal kott produk ni. dulu, aku konfius jugak nak amek shaklee kebebeh ni ke herbalife. tapi, masalahnya lihat pada bajet seorang pelajar yang sentiasa sengkek ni..aku pun ambil keputusan utntuk try produk shaklee ni. untuk pengetahuan kalian, aku ni penghidap penyakit 'RESDUNG'. sound simple kan? tapi jangan tak tahu yang punca dari resdung ni laa kita boleh kena kanser, maut, hidung gugur, buta. tak percaya? try laa tanya mr.google 

haritu masa tengah bercuti kat Perak, ibu bagitahu yang kawan dia sekarang tengah menghidap kanser dekat area muka. kanser apa entah nama dia. lepas itu ibu cakap, doktor bagitahu kanser dia tu berpunca dari RESDUNG. glupp ! seriau seyhh masa dengar tu. aku penghidap resdung senyap. cemane tu? maksudnya yang tak keluar jerawat. ni lagi bahaya sebenarnya dari yang keluar jerawat. sebab kita taktau resdung kita tu teruk tahap mana. haa

terus haritu jugak aku usha instagram nak tengok pasal set resdung produk shaklee ni. aku gigih google testimoni mereka yang guna set ni. mostly give a positive feedback. so, aku pun beranikan diri untuk beli dari seorang kakak ni. beli sekali ESP ni. katanya untuk kecantikan kulit. aku suka sikit bab2 ni. kekekeke. harga asalnya semua RM 291. kecek2 punya kecek dengan akak tu dapatlah set resdung + ESP ni dengan harga RM285. apa lagi, aku angkut laa ! hehe. 

so far, aku guna ok. mula2 minum ESP tu rasa mcm nak muntah. lepas tu try letak sunquick, tak jalan. lepas tu,hari pertama minum, aku terus demam.sehari je. hari ke 2 3 tu aku rasa loya. ada jugak baca cust alami kes ni. rupanya akak tu ckp, ni perkara normal. healing process namanya. badan try nak terima + process nak nyahkan toksin dalam badan. lama2 aku minum ok dah, tak suka dah nak campur dengan perasa pape. telan je laa perasa soya tu. malas sebenarnya nak campur2. sebab aku tak banyak masa kekadang. hehee

kalau nak dikira, aku baru pakai semua ni tak sampai sebulan. kekadang terskip jugak minum ESP. takpun amek set resdung tu. tapi, alhamdulilah, dalam 2 minggu pakai ni gatal2 hidung dah takde . kahak dah tak bape nak menyakitkan hati sangat & yang paling suka, ramai puji pasal kulit muka makin cantik,flawless ,tegang segala laa. itu part yang paling best ! hahahaa

so, aku rasa mungkin aku sudah mula percaya pada SHAKLEE ni. kita tengok kalau dah consume sebulan dua, cemane pulak kulit ni. mungkin jadi putih 1 badan ke? pehh ! memang best laa kalau gitu gua cakap lu. tapi, apa pun. air jangan lupa diminum dengan banyak. at least 2 liter sehari. ini pengorbanan. dan satu lagi, korang akan kerap ke tandas. biasa laa. minum banyak, buang banyak.itu hipotesisnya. hehee

#setakat ini dulu testimoni aku, kita tunggu lagi sebulan ok ! :) esok kalau sempat aku nak update pasal trip aku pi jenjalan. dah lama tak membebel kat blog ni. rindu rasanya. hehe. esok aku ada kelas pagi. tu yang tak boleh nak membebel panjang. hee. assalamualaikum ! :)
kita bagi tengok gambo dulu untuk entry esok. ngehngehngeh



TERIMA KASIH SUDI BACA :)