Tuesday, April 17, 2012

KEMBALIKAN PEMERINTAHAN KHALIFAH !

Gambar ini adalah Gambar Khalifah terakhir kita Sultan Abdul Hamed II meninggalkan istana atas arahan Presiden Turki pertama Mustafa Kamal Atartuk pada 3 Mac 1922.

assalamualaikum ^.^ , sebelum aku nak tidur .. ni aku nak share sikit pasal memperingati 90 tahun sejarah hitam SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM. .Hari ini 3hb Mac 2012 adalah bertepatan dengan 90 tahun sejarah hitam bagi umat Islam di seluruh dunia .Dengan sokongan dan kekuatan dari British dan Zionis, Mustafa Kamal Atarturk telah mengumumkan penghapusan Khilafah dan pemisahan agama Islam daripada negara tepat pada pagi 3 Mac 1924.Kamal telah memerintah supaya Khalifah terakhir, Sultan Abdul Majid II supaya meninggalkan Turki sebelum subuh pada hari yang sama. Polis dan tentera dikerah berhimpun di istana Khalifah dan memaksa Khalifah memasuki kereta dan seterusnya membawanya ke Switzerland.Atartuk kemudiannya telah mengumpulkan semua waris Khalifah dan mengusir mereka keluar daripada Turki. Kesemua aktiviti keagamaan dimansuhkan, semua sekolah agama ditukar kepada sekolah sekular, mahkamah Islam dimansuhkan, azan diluangkan dalam bahasa Turki dan undang-undang sekular dilaksanakan sepenuhnya.

Akhirnya impian British dan Zionis untuk meruntuhkan Khilafah Uthmaniyah sebagai Daulah Islam yang terakhir telah tercapai, melalui tangan anak didik mereka iaitu Mustafa Kamal laknatullah.Setelah jatuhnya khilafah, maka satu demi satu wilayah umat Islam jatuh ke tangan musuh termasuklah bumi Palestin yang diidam-idamkan oleh Zionis dan pihak barat.Kini, telah 90 tahun umat Islam kehilangan tempat berpaut untuk naungan dan pimpinan khalifah.
Bagaimana keadaan umat Islam kini di Palestin, Iraq, Libya, Syria, Kashmir, Pattani, Selatan Filipina dan negara-negara yang lain di seluruh dunia termasuk di negara tercinta Malaysia.Rata-rata umat Islam hidup terkontang-kanting tanpa pimpinan dan hala-tuju perjuangan walau pun jumlah meraka kini telah melebihi seperempat daripada penduduk dunia (1.7 bilion daripada total 7 bilion).

Persoalannya : Apakah sumbangan kita ke arah mengembalikan kedaulatan dan kepimpinan Islam yang sangat diperlukan oleh umat dan dunia antarabangsa pada ketika ini? Mari kita bersama berdakwah.Sesiapa sahaja boleh ambil, share atau copy. Saya izinkan. Sharing for caring.Tinggalkan komen boleh juga untuk sama sama kita berbincang.


# post nii aku copy dari facebook untuk berkongsi :) so, tarikh artikel tuu dikeluarkan adalah pada bulan mac . sekarang sudah bulan 4 :)
TERIMA KASIH SUDI BACA :)

PTPTN DIMANSUHKAN ?

assalamualaikum , tajuk yang tengah panas sekarang nii tentang mintak 'PTPTN DIMANSUHKAN ' . okeyhh, aku cakap awal-2 bahawa ini hanya PENDAPAT aku jee. kalau kerajaan nak mansuhkan punn ok jugak. cuma aku rasa macam agak terkilan bila benda nii jadi isu politik . pihak pembangkang cuba untuk gunakan Adam Adli sebagai kambing hitam untuk buat semua tuu. dia seorang 'MAHASISWA' , dan masa nii la parti pembangkang nak gunakan dia untuk jatuhkan barisan kerajaan di mata rakyat. tak pulak aku kata aku sokong barisan kerajaan ataupun mana-2. mungkin ada yang terpaksa menanggung beban untuk bayar balik duit pinjaman tuu dengan bayaran yang lebih dari yg dipinjamkan. kenapa tak mintak supaya BAYARAN tuu yang DIKURANGKAN dan bukannya DIMANSUHKAN. kalau betul nak mansuhkan sekalipun, bagi peminjam-2 yang terdahulu nii still laa guna lagi duit tuu dan cukup tempoh bayar balik. tapi bayaran tuu dikurangkan. bukan tak bayar langsung.kalau nak mintak PTPTN dimansuhkan dengan syarat pointer first class mmg logik la. ni belaja taknak, duit nak tapi taknak bayar. kalau rase tak mampu byr, belajar je smpai dpt first class. seriously, aku agak terkilan sebab aku pun peminjam PTPTN. dan cuba korang fikir apa yg kita rasa kalau kita dah bagi orang pinjam duit beribu-2 , berjuta-2 lepas tuu lepas tangan macam tuu.takmau bayar balik . okeyhh, maybe laa korang akan fikir macam-2 tentang aku. tak kisah laa. cuma tuu la . jangan laa terlalu meminta-2. bangsa kita nii bila nak berdemontrasi, cukup hebat. tapi, cuba tengok bangsa lain. mereka belajar dan belajar. yang kita nii ? memperjuangkan apa ? memperjuangkan untuk masa depan laa kononnya ? dengan mengadaikan masa depan sendiri.
okeyhh, ramai pulak yang pertikaikan dgn mengatakan bahawa KERAJAAN mampu untuk memberikan pendidikan yang PERCUMA kepada rakyat. sebab diorang kata ada negara tuu, sumber dia sikit jee tapi dia boleh tampung pendidikan rakyat, siap sediakan mas kahwin lepas tuu sape yg masuk hospital tuu, boleh tuntut balik kat kerajaan. yes , betul tuu. Malaysia dah jadi negara maju. so, dah lebih dari mampu dah tuu. iyee dok ? tapi, rileks laa . satu-2 . kau ingat pak najib tuu takde keje lain kee. bukannya dia tak bantu langsung kita yang rakyat nii. ni laa orang MELAYU. terlalu suka meminta-2 tanpa berusaha sendiri. korang maybe tak pernah dengar bangsa lain dok gelakkan bangsa kita. sebab tuu yang lain tuu dok nak berhujah sana sini. yee tak salah. tapi, jangan laa nampak sangat yang melayu nii macam ntah pape. mengutuk jee lebih sume , kerjanya idak. tak mustahil laa kalau bangsa lain tuu sanggup bergadai nyawa dtg sini semata-2 nak kerja jadi buruh kee hape kee. orang melayu kita ni, berapa jee yg sanggup buat mcm tuu? kita terlalu nakkan kesenangan tanpa usaha keras kita sendiri , kan ?
teliti elok-2 apa yg pakcik ni buat ^^'. pakcik nii leh buat signboard yang bunyi camni laa asenye " PTPTN - PINJAM TAU PULANG TAK NAK ! "

kawan-2 , sedar tak yang bangsa kita nii dah berpecah ? kenapa perlu buat macam tuu? ISLAM ada ajar kee umatnya buat macam tuu. kalau betul nakkan sesuatu, buat dgn cara yg betul. aku rasa sangat tersinggung bukan sebab apa, tapi sebab aku sedih bangsa aku dah jadi macam ni. kalau korang tengok balik sejarah dulu-2 . sume kerajaan kesultanan melayu yg jatuh tuu sebab apa ? sebab kita bertengkar sesama sendiri. masing-2 ada kepentingan sendiri. tak same ke situasi kita sekarang nii? diorang fikir, bila diorang buat semua nii.. ini laa jalan penyelesaian terbaik?! BANGKIT laa bangsaku !. bangsa lain dok gelakkan kita,perbodohkan kita jee sekarang ni. lagi-2 bila diorang tengok pemimpin kita saling bertelagah. buat demontrasi macam pakcik nii. korang ase apa yang kaum india fikir? "ee,bodohnya orang melayu nii" . tak malu kee abang-2 pakcik-2 ? =.=' sungguh, bila aku tgk balik apa yang jadi sekarang nii, mmg tak ubah macam zaman dulu. berjaga-2 laa bangsaku. jangan bergantung harap pada bangsa lain. kelak negara kita yang tergadai. jangan laa lakukan kesilapan yang sama lagi macam mereka yang terdahulu .
haa, tak boleh kee kita jadi macam nii ? ^^,

MAAF ! kalau ada yang fikir aku nii beremosi atau nak berpolitik kat sini. takde laa . niat aku 1 jee. aku nak kongsi pendapat aku. aku tak sokong sape-2. cuma di mata aku, aku cukup meluat tengok pakcik anwar berahim nii. sungguh ! aku tak nampak langsung apa matlamat perjuangan dia. sebab yang aku nampak pada mata aku ialah apa yang dia perjuangkan nii untuk kepentingan dia sendiri. jangan gunakan agama sebagai boneka politik . jangan pulak berjanji kalau belum tentu dapat ditepati. tak pulak aku kata, aku sokong pak najib . dua-2 ada kebaikan dan salah masing-2 tapi tak perlu laa sampai gunakan agama sebagai boneka politik. bukan laa sebab kita nii selalu dihidangkan dengan kebaikan kerajaan, buat aku macam sokong pak najib nii. biasa laa trick orang berpolitik. tapi, biar laa kita berpolitik secara berhemah. bukannya memburukkan sesama sendiri.
cuba bayangkan kalau semua pemimpin kita bersatu sebagai pemimpin-2 negara ISLAM yang KUAT
bagi aku, kan bagus kalau pemimpin kita bersatu. sebab masing-2 ada kelebihan sendiri. pak najib bidang pembangunan negara nii, nik ajis soal agama, anwar berahim bidang ekonomi. sungguh ! kalau mereka BERSATU, i'Allah segalanya boleh diselesaikan dan negara nii akan benar-2 jadi negara ISLAM yang MAJU ! banyak lagi aku nak bebel kat sini. tapi, takpe laa. nanti orang kata aku nak berpolitik pulakk ^^' . padahal aku nak bagi pendapat jee :)


# MAAF ! apa yang aku bebelkan kat bawah nii agak lari topik dan mungkin ada yang korang tak berapa setuju. takpe laa. pendapat orang lain-2, kan ? lagipun aku nii budak baru umur 19tahun. banyak lagi benda yang aku kena belajar. tapi, setakat nii je laa yang boleh aku katakan. baca dengan hati yang tenang dan bukannya fikir ini adalah politik. open your minds :) wallahualam .



TERIMA KASIH SUDI BACA :)

..pengalaman itu PART 2..


hee , pe habaq ? assalamualaikum ^.^ tangan nii masih gatal lagi nak menaip . so, sebab tuu aku buat PART 2. hehe . sebenarnya dari part 1 lagi aku nak kongsi apa yang pernah mereka yang hadir dalam hidup nii lakukan . dari aku kecik lagi, aku selalu sangat dengar cerita kakak sedara aku. lelaki buat macam-2 untuk dia. masa tuu aku rasa seronoknya kalau aku punn dapat rasa sume tuu. bila semakin meningkat dewasa nii, diriku mula didekati oleh lelaki-2 . tak pulakk aku nii jenis yang melayan . tapi, apa yang mereka-2 pernah lakukan tuu yang buat aku teringat balik apa yang aku rasakan dulu. masa nii baru aku rasa . ahaks :D hubungan jarak dekat kee jauh kee sume aku dah pernah rasa. dan aku lebih prefer hubungan jarak jauh ^.^ sebab masa tuu la 2 hati akan saling mengingati dalam doa masing-2.


lagipun jenis aku, aku susah sikit nak rindu kat orang. tapi, bila dah hubungan tuu jarak jauh, bagi aku.. aku akan rasa bahawa diri nii dah berpunya dan aku tak perlu melayan lelaki lain selain yang ada urusan. eceyhh, ayat..haha . tapi, betul laa apa yang aku cakap tuu. sebab kalau kita asyik rindu sangat, orang kata dah zina hati pulakk kan ? tapi, ada ustaz kata bila kita ingat kat seseorang tuu belum jatuh lagi zina hati . tapi, kalau kita teringatkan kat dia sampaikan kita terasa nak melakukan zina macam bersetubuh dgn dia tuu baru ZINA HATI. maaf laa kalau aku yang salah sebab aku dengar dari ustaz tuu. sebab ustaz tuu kata, kalau kawan nii teringat kat kawan lama dia ke hape kee takkan itu dah jatuh zina hati. betul jugak kan ? tapi, taktau laa. wallahualam ^.^'okeyhh, panjang sangat aku bebel. mukadimah aku nii berjelar-2 sangat aihh. hehe.

ntah laa. tiba-2 aku rasa, aku tak perlu laa kot nak ulas banyak lagi benda-2 yang aku tak jangka lelaki akan lakukan kat aku. nanti orang kata apa pulakk. yang pasti, sekarang nii aku berharap sangat hubungan aku dengan MAM akan berkekalan kerana dia adalah lelaki yang lain dari aku pernah jumpa sebelum nii. maybe terlalu awal untuk aku kata semua nii, tapi aku yakin kalau laa hubungan nii tak berkekalan, ini laa kekecewaan yang paling besar bagi aku. walaupun aku kecewa, aku tetap akan redha sebab aku tau Allah punyai rencana yang TERBAIK untuk kehidupan aku. kita semua taktau sape jodoh kita kan ? :) biarlah apa yang pernah jadi tuu akan kekal sebagai kenangan yang terindah dalam ingatan aku. aku tak pernah benci mereka yang hadir dalam hidup nii , tapi aku berterima kasih atas kenangan yang telah mereka berikan :)
yang sebelum-2 nii sume chenta monyet jee aihh. dan aku tak berani katakan aku cinta pada sesiapa melainkan pada lelaki yang benar-2 SAH jadi SUAMI aku. yang sebelum-2 nii hanya sayang, bukan laa cinta. sebab aku sendiri pun taktau apa makna cinta tuu
ada betul jugak dalam gambar nii. haha . tapi, yang tang nangis sebab putus tuu, aku belum benar-2 rasa lagi. kalau setakat sedih tuu, adat laa kan ? muehehe :D

# lagi 1 prinsip aku, aku takkan serahkan sepenuhnya rasa sayang pada lelaki yang belum SAH jadi milik aku. sama ada perasaan sayang ataupun apa-2 laa. sebab cuba fikir, kalau masa b'chenta nii dah bagi semua sayang kat bf kita..nanti kita nak bagi apa untuk suami kita ? sebab kita taktau sape suami/isteri nanti. tak semestinya bf kita, kan ? :) wallahualam . aku hanya laa insan biasa yang inginkan yang terbaik dalam hidup. banyak kekhilafan yang berlaku pada aku. sebab tuu aku nak berubah sedikit demi sedikit. i'Allah, doakan ea :)


TERIMA KASIH SUDI BACA :)

.. pengalaman itu PART 1..

assalamualaikumm ^.^ <3 yuhuuu , selamat petang wahai sape-2 yang tengah baca blog nii . tak kire laa masa korang baca nii dah malam , pagi kee . aku tak kisah . hee , yang aku tau masa aku bebel nii adalah pada waktu petang :) okeyhh , malas nak bebel banyak-2 . pengalaman yang aku maksudkan tuu ? well , berat sebenarnya aku nak ingat balik tapi sebabkan aku nak abadikan segala kenangan tuu sampai bila-2 , takpe laa . aku tulis jee laa kat blog nii . lagipun aku takde diari macam orang lain . hee , ni jee la diari aku ^.^ . bagi aku, setiap kenangan tuu yang akan berikan kita pengalaman yang akan kita ingat sampai bila-2 :)


okeyhh , rasanya korang dah dapat agak dah pasal apa yang aku nak cakap nii ^^' . tapi, aku lebih prefer untuk kata tentang pengalaman disayangi oleh seseorang yang bernama lelaki . dalam hidup aku, aku bukan laa seorang yang 'playgirl' . jauhh sekali untuk aku jadi macam tuu. rasanya dalam hidup aku ada bape orang jee. sebab jenis aku , bila aku dengan seseorang tuu , aku akan dengan dia jee .tak kisah laa ada sape-2 yang datang lepas tuu. tapi , tak pulak aku kata yang aku nii jenis yang sangat degil . prinsip aku senang jee . tak semestinya aku da bape tahun dengan dia sekalipun, kalau aku rasa macam tak sesuai .. aku lebih rela undur diri. aku ambik keputusan punn berdasarkan faktor-2 yang relevan. bukannya sebab perasaan sendiri kee apa :)


eceyhh, bajet menangis pulak . takde laa . gambar je lebih . hihi. aku seorang wanita . aku perlukan pemimpin yang boleh memimpin keluarga aku. kalau aku nii dia tak boleh pimpin , macam mane dengan famili aku pulak, kan ? aku bukan suka-2 jee akan jalinkan hubungan dengan seseorang tuu. aku mahukan hubungan yang bermatlamat . aku tak mahu bazirkan masa aku untuk jalinkan hubungan yang suka-2. sungguh, aku inginkan lelaki yang boleh membimbing aku dan bukannya menghayutkan . so, kalau hubungan aku yg lepas-2 tuu tak jadi, korang paham kan kenapa ? ^^' kita kena betul-2 teliti sape yang bakal jadi pasangan hidup kita. sebab dengan mereka laa harapan untuk kita masuk ke syurga nanti. i'Allah :)
sungguh , aku harap sangat dapat jadi macam yang kat atas tuu. sejuk kan hati kalau dapat yang macam tuu ? :) aku suka sangat tengok orang yang pakai tudung labuh , berpurdah dan punyai akhlak yang baik. yang penting menutup aurat yang sebetulnya. berpakaian tuu biarlah yang menepati syarat cara berpakaian mengikut islam . sebab tuu aku perlukan imam dalam keluarga aku . yang akan saling mengingatkan . biarlah muka tak berapa hensem * sedap mata memandang kan cukup ? ^.^ , tapi akhlak dia sangat macho . kalau muka hensem, agama takde punn tak guna.
cuba tengok budak-2 kat atas tuu . comel bukan ? ^.^ aku harap sangat nanti anak-2 aku macam tuu. sebab tuu aku perlukan orang yang betul titik beratkan soal agama dalam kehidupan. sebab aku tau yg aku nii pun takde laa bagus mana. banyak sangat benda yang aku taktau dan perlukan bimbingan dari imam aku nanti ^.^ <3 lagipun, ustaz don tv9 kata anak-2 nii akan jadi aset kita ke syurga . sape yang takmau g syurga, kan ? ^.^ mcm kita nii . sungguh, aku tak perlukan lelaki yang suka bermain dengan kata-2, yang hanya tau mengorat sana sini sume tapi bila bab agama ? zero ! kalau kita dapat lelaki yg hensem , hot stuff , bergaya , kaya sume sekalipun tapi kalau agama dia hancur punn mmg sangat tak guna kawan-2. aku cakap nii berdasarkan pengalaman sebab aku dah pernah merasa semua tuu ^^'. sebab tuu la pengalaman bagi aku mengajar kita erti kehidupan. dari pengalaman tuu la yang membuatkan aku semakin sedar tentang apa yang aku sedar sekarang nii :)


#semoga Allah memberikan kita jodoh yang sesuai dengan kita. jodoh yang boleh membimbing , bukannya menghayutkan :) minta laa banyak-2 pada Allah , buat solat hajat dan istigharah untuk dapatkan petunjuk Allah . jangan bimbang, jodoh kita sume telah ditentukan oleh Allah sejak dari kita berusia 4bulan lagi dalam kandungan ibu ^.^ . so, jangan bersedih dengan setiap kegagalan perhubungan yang berlaku kerana sebenarnya Allah nak kita belajar dari pengalaman sebelum kita bertemu dengan orang yang betul . yang penting, kita sendiri kena betulkan diri kita nii sebelum kita nakkan orang yang terbaik untuk kita nanti. jadi yang terbaik dulu sebelum kita mahukan yang terbaik . i'Allah <3 :)





TERIMA KASIH SUDI BACA :)

Monday, April 16, 2012

erti sebuah KEMAAFAN :)


assalamualaikum ! ^.^ erghhh ! mengeliat sikit aihh. penat dok menaip jee . hihi . well, apa kena dengan tajuk tuu ? ^^' . nak tau tak ? seseorang yang sedang kecewa, marah , sakit hati *macam aku nii aku senang tercair sikit dengan sebuah kemaafan :) okeyhh , mengapakah ? nape aku berperasaan begitu ? ^^'

well, semalam aku ada gaduh sikit ngan adik bawah aku nii . bukan gaduh apa pun, just macam dia takleh terima aku tegur. mula-2 aku dah tegur baik dahh , nada pun daa cukup baik dahh . lepas tuu, dia boleh cakap " kau jangan fikir kau bagus sangat laa ude " , " kau ingat kau bagus ke ude ? " , " eh , kalau kau bagus sangat mehh laa tumbuk aku ! " . seriously, aku sangat TERSINGGUNG dengan ayat tuu . kenapa pulak sampai nak cakap macam tuu ? bila dia dahh kata macam tuu , maybe laa silap aku jugak aku cakap kat dia " kau nii keje tau menyusahkan ibuayah je ". dan dia terase . sebab apa aku kata kata macam tuu ? sebab aku dah sakit hati =.=' . sape tak sakit hati wahai teman-2 , bila kita tengah tegur seseorang tuu baik-2 dengan niat yang baik , lepas tuu dia boleh cakap macam tuu ? dan aku lakukan itu atas dasar seorang KAKAK . aku SAYANGKAN adik-adik aku , keluarga aku . takde seorang manusia dalam dunia nii yang suka salah seorang ahli keluarga dia rosak . kalau korang? korang suka ? ^^'


sungguh , aku tersangat TERKILAN ! malam tuu aku ikut ayah g pementasan teater dia kat panggung bandaraya, KL . masa maghrib tuu kitorang berhenti solat kat masjid Bangsar . masa solat tuu , sungguh.. aku rasa sangat-2 sedih sampai aku menangis dengar bacaan imam tuu . dah laa sayu , plus dengan perasaan yang tengah macam nii =.=' . sampai keesokkannya , aku still takleh tengok muka adik aku tuu . sebab ntah . aku kecewa sangat-2 . bila aku tengah kecewa , aku sangat egois . sampai aku daa tekad dahh . lepas ni apa nak jadi kat kau , jadi laa . this is your life . do what you want to do . dont ever try to count on me when u need somebody . u are free now because u think u are too perfect .


tapi, hati seorang wanita . sampai bila jee pun aku dapat nak buat macam tuu ? sebab aku bukan laa jenis pendendam . aku jenis cepat sejuk . tak kisah laa orang buat apa pun , nanti aku akan ok balik :')
dan tadi , masa aku tengah sibuk main laptop . adik aku tuu datang dan minta maaf ^.^ . aku punn ok laa . maafkan jee . takkan nak bergaduh bermasam muka kott . kan adik-beradik :)air yang dicincang takkan putus . inikan pula adik-beradik, kan ? :)then , tadi mood dia tiba-2 rajin pulak nak masak nasi goreng then panggil aku makan sekali . sejuk sikit hati nii . tapi , disebabkan aku agak ego sikit sebab tuu aku makan dan terus masuk bilik . hee :)


# MAAF laa andai bebel panjang kali nii . tapi , aku just nak luah . bukannya nak bukak pekung ke apa . tapi , kadang-2 bila dah jadi macam nii , salah seorang kena beralah . bila dia rasa dia yang salah , dia laa yang harus meminta maaf . dan maaf itu harus laa diterima untuk menjernihkan lagi keadaan ^.^ aku SAYANGKAN DIA kerana dia adalah darah daging aku . aku taknak dia menyesal nanti . itu sebab aku rasa bertanggungjawab untuk tegur dia bila dia buat salah. bukan niat aku nak tunjuk bagus kee hape . tapi , sebab aku takmau nanti benda yang buruk berlaku . percayalah , aku sayangkan keluarga aku . tak kira laa yang rapat atau tak :)


TERIMA KASIH SUDI BACA :)

bersama mereka :)



assalamualaikumm ! yihaa . semangat sikit lepas g jumpa kawan-kawan sekolah lama tadi . g melawat sahabat lama , ANISAH BT ROSKANG tadi bersama-sama QILA & DIYANA . sudahh bertahun kott tak jumpa . hari nii pun baru jumpa sebab nak g ziarahi anisah . ayah dia baru meninggal 8/4/2012 ari tuu kalau tak silap ^^' . nii pun aku baru tauu hari nii . terus ajak dyan pii melawat dia . dyan punn ajak laa qila . hee ^.^ . bila dah lama tak jumpa , haa sekali jumpa tuu mula laa buat perangai . haha . lepas tuu , boleh pulak mak dia tak cam aku dahh sebab sekarang nii warna kulit aku dah berubah . hehe . dulu , ye laa hitam cam anak keling sebelah umah nii haa . sekarang nii , jeng-2 tidak seperti dulu lagi . muehehe . sebab sekarang dahh tak aktif mana-mana sukan daa :) ingat lagi dulu masa zaman sekolah rendah kat SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG MALIM( SKTM) yang terchenta , ktorang nii rapat jugak laa . sebab masa tuu sume pengawas sekolah . ngeheh ! >.<


haa , yang ini pula adalah ANISAH ROSKANG . beliau seorang yang sangat gila-gila >.<


dulu sama-sama ligat sikit . masuk olahraga . lagi-2 aku . selalu jugak fight ngan diyana n anisah . tapi , aku tetap juara . haha . lepas tuu , dah nama pun pengawas sekolah en , suka laa buat perangai yang orang lain tak boleh buat . macam-2 laa . yang aku ngah ingat sekarang nii , yang masa lepas perhimpunan pagi kitaorang berbaris . pengawas perempuan jee laa . lepas tuu , lawan jalan cara orang cacat . haha . hampehhh ! * bukan nak ajuk orang cacat pulak ea ^^'. takde niat pape punn . lepas tuu yang dyan nii pulak , aku tergesekkan kasut spike yang berpaku-paku uhh kat kaki dia . mak aihhh ! berdarah beb . ngeheh , tak sengaja ok . sebab masa tuu kat padang . ada pertandingan lumba lari rasanya . lepas tuu si dyan nii tak pakai kasut , yang aku pakai spike . haaa , sekali kena.. fuhhh ! sakit beb ! .. tapi , mintok maaf laa banyak-2 ea dyan . tak sengaja :D
haa , yang kepala teleng ni laa NUR DIYANA ZUBIR . dia ada lesung pipit >.<


yang aqila nii pulak , aku rapat jugak ngan dia sebab aku tusyen kat umah dia . hehe . tapi , banyak jugak laa kenangan kitorang berempat . masing-masing ada cerita sendiri :) aduhh , tiba-2 pulak rasa rinduuu amat . ^^' ntah bila laa lagi nak dapt jumpa yang lain . kalau dapat buat reunion balik kan best :) takpe laa . tunggu sume balik cuti dulu . lepas tuu , baru laa plan nak buat reunion . ya Allah , rinduuuu sangat . zaman sekolah laa zaman yang paling nakal dan BEST sekali !
dan ini dia AQILA KHILALUDDIN . dah jadi model kereta avanza muslimah yang pertama nii >.<


kalau nak cerita pasal zaman sekolah rendah dengan diorang nii memang takkan habis . haha . apa-2 , mereka memang BEST !
yang nii gambar sekolah rendah yang dibuat oleh haris aziz . bajet konon nii ragam kitorang masa dalam kelas 6 jujur dulu dulu . haha . sumpahh rinduu ! >.< tapii memang macam betul pun . haha


ingat lagi dulu masa darjah 6 , si haris ajis nii duduk depan aku . lepas tuu , kelas muzik masa tuu . cikgu fadhil kalau tak silap , dia boleh pulak pasang lagu ' PELANGI PETANG ' . eceyhh , mula laa masa tuu aku layan feeling sebab ada problem ngan pokwe nama syafiq * kecik-2 daa berchenta ! gatal nohh >.< pastuu aku tekap muka kat meja . dahh si haris nii dok gelabah awat cheq nanges . haha . gua ngah layan feeling beb ! >.< lepas tuu , haris nii g pindah kelantan . bape lama dah tak contact . masa kat SKTM tuu dia tembam kott . haha . sekarang , sudah hensem sikit . * aku puji balik nii lepas kutuk kau haris . haha :D lepas tuu, dengan tak disangka rupanya haris nii 1 sekolah ngan amin a.k.a MAM aku . haha . dunia dunia . kecik jee kan ? :)



TERIMA KASIH SUDI BACA :)

their moments :)


haii kawan-2 , how are u ? long time no see ^^' . well, i am too busy lately . * broken english x ? hee sebelum terlambat , ingin ku ucapkan disini " SELAMAT PENGANTIN BARU " kepada along dan angah . yang along tuu baru kahwin 4/6/2011 , 2 hari sebelum aku masuk Unisza . yg angah nii 7/4/2012 , bape hari lepas aku cuti . ngeheh .

nakk tgk tau dorg ? mehhh-2 cheq nak letak gambaq sikett :)

opss , bukan yg itu bahh . sengaja nak menyibuk sikitt . haha . bawah nii haaa :)

ini adalah along :) NORSALEHA BT TALIB






yang ini adalah angah :) NUR SYUHADA BT TALIB

hadoii laa . internet sangat lambat ^^' . nk upload pun jadi cam siput jee aihh . nway, aku gembira mereka sudah berumahtangga . aku bila lagi ? ~ wink2 ~ >.< gatal sekejap SEDIH ? yes ! itu yang aku rasa dari perkahwinan along aku lagi . well , aku ada 2 akak je punn . oleh itu , memang WAJIB laa aku terasa tersangat-2 SEDIH & PILU .
yang comel sebelah aku tuu adalah ibu , HAJAH RAMNAH BT MANAP :)



lagi-2 masa perkahwinan along . nak tau tak ? masa along tunang hari tuu, aku yang mekapkan dia . aku cuba tahan airmata aku dari gugur sebab aku taknak dia tau yang aku sangat-2 sedih bila dia akan ada tanggungjawab dan kehidupan dia sendiri. along laa insan yang paling rapat dgn aku dalam dunia nii . dia laa yang menjadi sumber inspirasi aku untuk dapatkan apa yang capai sekarang nii. tersangat laa besar pengorbanan yang dia lakukan . 1 hari nanti aku nak post pasal tuu jee . sabar ea :)


bersama sepupu yang comel-2 belaka nii bermain diatas pelamin . ngeheh, nak merasa jugak tuu haa :D


dengan angah nii , aku tak rapat langsung tapi aku tetap SEDIH . banyak sebab . tapi , biarlah benda tuu aku simpan sendiri . takkan aku nak bukak pekung didada . nak bagitau dunia tentang itu . takmau laa ! :) apa-2pun aku tetap doakan kebahagiaan mereka . along pun sekarang tengah sarat mengandung 7bulan . i'Allah , dia dijangka melahirkan pada 14/6/2012 nii ^.^ . perasan tak ? 4/6 along kahwin , 6/6 aku masuk unisza , 14/6 baby dijangka lahir ,16/6 birthday aku ^.^ <3 aku suka sangat sumenya terjadi dalam bulan kelahiran aku . thanks ya rabb ! engkau telah berikan kebahagiaan yang mereka impikan . semoga perkahwinan mereka dan perasaan cinta itu akan berkekalan hingga ke syurga cinta . yes , masa aku ngah bebel nii pun aku terasa nak nangis . sebab aku terlalu rindukan mereka . tapi , nak buat camne . setiap orang ada kitaran hidup masing-2 . sekarang nii , dah sampai masa diorang . nanti i'Allah aku pulak kan ? :)



# Allah knows the BEST for us . don't be WORRY about your life . Sehebat mana pun kita merancang kehidupan ini, sedar lah sebenarnya hidup kita telah dirancang olehNya ♥ . trust in Allah ♥ :) sampai sini jee laa boleh dibebelkan . padahal banyak lagi . tapi , takpe laa . sambung malam nii . hehe . sebab nak g lawat kawan sekolah lama . ayah dia baru jee meninggal 8/4/2012 hari tuu . teringat dulu selalu main ejek-2 nama ayah ngan atok dia . haha . * ops , orang daa takde laa hajar ^^' . apa-apa punn , ingat laa kehidupan kita nii Allah daa tulis dahh camne perjalanannya . jangan kecewa kalau Allah hilangkan matahari , sebab sebenarnya nanti Allah nak bagi kita pelangi yang indah . selagi kita redha dengan semuanya . i'Allah :)



tengok tuu , perut along daa besar . ~wink3 ~ ^.^ <3 masa nii , ayah seorang jee takde sebab lepas majlis akak , ayah terpaksa g ipoh sebab ada hal




TERIMA KASIH SUDI BACA :)