Wednesday, December 4, 2013

biarlah gambar berbicara

















TERIMA KASIH SUDI BACA :)

Forum AKU,CINTA & ALLAH



sekadar perkongsian bersama dari forum Aku, Cinta & Allah oleh Prof. Madya Dr. Basri :

Ustaz cakap :
  • kemampuan kita untuk menjawab soalan malaikat mungkar & nakir dalam kubur nanti adalah bergantung pada amalan kita semasa kita hidup didunia. Baik amalan kita, mudah laa cara utk kita jawab. begitu juga sebaliknya.
  •  
  • Di akhirat nanti, sekecil2 pahala pun kita anggap ianya sangat berguna untuk bantu kita 
  •  
  • Nak menjawab soalan malaikat nanti, perlukan ILMU. Ilmu Iman yang kita perolehi semasa kita hidup didunia
  •  
  • Kita kena bina masa depan kita di akhirat nanti semasa masih hidup di dunia lagi. melalui AMALAN. Amalan yg menentukan dimana./bagaimana kita nanti 
  •  
  • Sombong yang paling besar adalah sombong dgn Allah. Sebab apa? kerana kita GAGAL SUJUD pada Allah. maknanya SOLAT. Jangan lalaikan solat ya sahabat. SOLAT SANGAT PENTING utk kita 
  •  
  • Kita bina sifat kita melalui cara kita BERKAWAN. dengan siapa kita berkawan. kalau kita nak jadi lebih baik, carilah kawan2 yg baik. yg boleh mengajak kita ke jalan Allah. yg boleh nasihatkan kita. yg boleh tegur kita. Sebab pengaruh kawan ni sangat besar
  •  
  • Kedekut yg ada dalam diri kita itu sebenarnya mendatangkan malang untuk kita. Rajinkan laa BERSEDEKAH. sebab pahala sedekah itu sangat besar.
  •  
  • Sekali kita buat kebaikan, Allah akan balas dgn 10 kebaikan. Oleh itu, didiklah diri untuk sentiasa bersedekah. Biarpun sedekah kita itu kecil nilainya, tapi nilanya sangat besar pada mata Allah S.W.T
  •  
  • Kalau kita nak tengok Allah dimana, tengok dimana kita letak Allah dalam hati kita. Dimana kita dahulukan didunia ni. Contohnya, kalau kita sdg buat kerja. tetibe terdengar azan. apa tindakan kita? kalau kita teruskan buat kerja tu, maknanya kita lebih utamakan DUNIA daripada Allah. dan begitu sebaliknya 
  •  
  • Cinta sesama manusia takkan berputik bila belum tiba masanya. Kita kena tahu beza cinta itu apa. cinta kpd kawan sekelas, cinta kepada guru & dll
  •  
  • Dilahirkan dlm kalangan ibubapa/keluarga yg beriman adalah salah satu nikmat yg Alah berikan utk kita
  •  
  • Lawan sifat malas kalau ikut konsep Islam adalah MUJAHADAH 
  •  
  • Kadang2 kita melakukan dosa, tapi disebabkan dosa itu laa yg menjadikan kita lebih dekat dengan Allah. Contohnya kisah Nabi Adam 
  •  
  • Kadang2 juga dengan amal soleh yg kita lakukan itu yg boleh menyebabkan kita terpelanting jauh dari rahmat Allah S.W.T sebab perasaan yg ada dlm diri kita. Contohnya kisah Syaitan/Iblis yg diperintahkan oleh Allah utk sujud pada Nabi Adam. Tapi disebabkan sifat sombongnya dia ingkar & itu mengakibatkan iblis/syaitan Allah mengusirnya dari syurga
  •  
  • Kadang2 Allah gerakkan kita utk melakukan dosa kerana mungkin Allah nak jadikan itu adalah dosa yg terakhir yg kita lakukan sebab selepas itu kita akan bertaubat & beramal soleh.
  •  
  • Dalam HATI kita ni ada 2 PENASIHAT. 1 adalah SYAITAN, yg sentiasa membisikkan rasa was2 & jahat, suruh buat perkara2 yg dilarang Allah & 1 lagi adalah MALAIKAT, yg selalu akan membisikkan kita perkara yg baik, yg menyuruh kita melakukan kebaikan.
  •  
  • Siapa yg rasa was-was, maknanya dia masih punya iman. yang bagaimana? contohnya, seorang pencuri itu takkan mencuri kalau dia dalam keadaan yg was2 samada apa yg dia lakukan itu betul atau tidak,dll


#sekadar itu saja yg mampu saya kutip & kongsikan pada kalian semua. semoga maklumat yg sedikit ini bermanfaat utk kita semua. Untuk muhasabah diri saya & kita semua . Wallahualam

TERIMA KASIH SUDI BACA :)