Monday, November 5, 2012

kalau laa aku dapat bilik tidur camni, memang tiap-2 hari tidur awal. haha. malangnya ini adalah set bilik tidur untuk pengantin laa. haha

aku rasa cam banyak je benda nak bebel tapi tak terluah ni. esok laa eh. ini dah malam sangat dah ni. tak elok kalau aku tidur lewat-2. sekarang ni pun dah pukul 3 pagi. ni last entry aku untuk pagi yang dingin ni. hehe. aku cukup geram kalau tengok pelamin, bilik pengantin yang comel-2 lawa-2 macam yang dekat atas ni. bukan aku rasa nak kahwin ke apa. cuma aku rasa macam nak je buat bilik tidur aku sebijik macam tuu. boleh kan ? hehe. lepas tuu kalau tengok pelamin tuu, aku nak amek kerusi, bunga-2 dia jadikan hiasan untuk dalam rumah aku. haha. kalau laa aku bukak butik pengantin kan best. hewhew (^^,)

tetiba aku terasa nak share pulak gambar-2 bunga yang aku suka tengok. cantik, kan ? ( ^^,) seganas-2 senakal-2 aku, jiwa feminin tetap ada okayy ! ini menunjukkan yang aku masih lagi NORMAL.* hehe, tak pulak aku kata girls yang tak minat bunga tuu tak normal. tapi, biasanya yang normal tuu begini laa. hee




# cukup laa aku kongsikan gambar-2 yang aku suka tengok. sekarang ni masa untuk tidur pulak laa. jam pun dah pukul 3.18 pagi. nanti esok, aku try cari masa untuk buat entry macam apa yang aku sudah list haritu. hehe. takde orang baca sekalipun, untuk kepuasan diri sendiri sudah cukup (^.^)
TERIMA KASIH SUDI BACA :)

1 CITIZEN

ini adalah hasil aku untuk 1 citizen ni. aku pilih untuk buat poster je. senang. 

assalamualaikummm :) tengok tuu. itu laa hasil kerja aku untuk 1 citizen yang berlangsung selama 2 hari haritu. hehe. alang-2 ada koleksi zaman nakal-nakal masa sekolah dulu. bajet je tangkap gambar camni. saje suka-suka sebelum habis sekolah. hehe. memandangkan sekolah aku tuu sekolah perempuan, so takde masalah untuk kami buat semua ini. hewhew
aisehh, rindu pulak dekat kawan-2 sekolah ERT SETAPAK (^^,)
TERIMA KASIH SUDI BACA :)

P1 WIMAX ? BLACKLIST ?

masalah demi masalah datang. macam belon kat atas ni haa. nak kena letupkan koyakkan satu-2. itu laa ibarat nya cam masalah aku sekarang ni. ~ sobsob ~


ehemm-2, sukanya aku tengok font aku yang kali ni. buat aku rasa bersemangat je nak terus menaip dan menaip. hewhew. *gedik je gaya gelak tuu kan ? ahh, peduli apa aku. blog aku kan ? haha . patutnya aku nak bebel macam-2 kat blog aku ni petang tadi. tapi, disebabkan banyak pulak masalah, tak jadi laa. sekarang ni masalah yang besar atas kepala aku adalah sebab P1 WIMAX yang menyakitkan hati ni ! nak tau sebab apa tak ? mehh aku nak cerita kisah sedih aku nii . ~ sobsob ~ *pls give me  tissue first. hehe

thank you ? err, you're soooooo WELCOMEEEEE ! (-.-)"
aisehmann, aku bukan nak kutuk P1 ni. tapi, aku rasa cam GERAM sikit sebab aku kena BLACKLIST dengan CTOS disebabkan masalah ni. nak tau tak apa efek dia ? phewwwwwww, aku tak boleh buat LOAN BANK atau apa-2 yang berkaitan dengan pinjaman termasuklah PTPTN. sedih kot masa tau tuu. ~sobsob ~ . takpee la, nanti aku try setelkan masalah ni masa balik UniSZA. nak kena kumpul duit sama-2 dengan 4 orang lagi kawan aku yang lain. nak kena bayar 3 bulan. mula bulan NOVEMBER sampai JANUARI ni. nak kena setelkan RM 1121. *agak-2 besar ke kecik jumlah ni bagi korang ? 


sekarang ni, SERONOK laa kau nak dapat duit aku eh ? siap raikan lagi. aku bakar HQ kau tau laa. haha. *MAAF, terkasar pulak. hehe

masalah dia sebab aku ingat aku dah 'terminate' dah P1 ni. sekali rupanya dia tak terminate lagi. so, bil dia berjalan laa. tuu yang melambung sampai jadi RM 871. sebab aku dengan kawan-2 amek pakej 129 sebulan. lepas tuu kalau nak terminate kena bayar RM200. then, kalau nak clearkan nama aku dari kena blacklist kena cas RM50. so, bila dicongak-2 semuanya jadilah RM 1121. padahal sebenarnya kitorang dah dalam 6 bulan lebih laa jugak tak guna P1 ni. apa laa nasib badan :(

nak bebel lebih-2 pun tak boleh jugak sebab benda dah jadi, kan ? so, aku kena amik ni sebagai pengajaran. kalau nak pilih atau buat pape, fikir laa sedalam-2 yang boleh. jangan jadi cam aku. menyesal tak sudah. umur belum masuk 20 tahun, nama dah kena blacklist. siapa yang tak sedih nyah ? ~ sobsob ~. tapi, tidak mengapa. aku nak try selesaikan masalah ni sebelum masuk tahun 2013. maknanya, aku nak selesaikan dulu nama aku. bayar semua guna duit yang pandai-2 laa aku korek sendiri. dahulukan dulu lepas tu baru claim dengan kawan-2 aku yang lain. itu saje laa caranya yang mampu, kan ? betul tak apa yang aku buat ni ea ? betul laa kan ? hehe



aku masih lagi boleh bersabar. mungkin sebab seribu tuu takde laa besar mana macam 10k kan ? cuma buat aku gelabah sebab nama dah kena BLACKLIST maa. hehe. satu je aku nak pesan dekat kawan-2 pembaca sekalian,

 dalam setiap apa yang kita buat zaman ni, jangan sesekali bagi orang guna/pinjam IC kita. Melainkan benda itu memang urusan kita sendiri. apa yang jadi memang akan jadi tanggungjawab kita sendiri

setakat ini je laa yang mampu aku kongsikan. aku tak salahkan sape-2. mungkin benda ni jadi hasil dari kecuaian diri aku sendiri. so, aku terpaksa tanggung semua ini. nevermind, bukan aku yang tanggung benda ni sorang-2. ada lagi 4 orang lagi kawan-2 aku yang lain. pandai-2 laa kitorang kumpul duit. ( ^^,) 

# yang sadisnya, aku baru je plan nak kumpul-2 duit nak join member sekolah lama aku g Australia lagi 2 tahun ni. nak jumpa kawan sekolah lama yang dah menetap kat sana. sempat lagi ni aku nak simpan duit. bukan nak simpan untuk itu saje, ada laa benda yang aku nak capai. harap-harap tercapai. inshaAllah, itu pun kalau betul-2 jadi plan tuu. kalau tak jadi, aku g melancong dalam negara je. hahaa  :)
TERIMA KASIH SUDI BACA :)