Thursday, January 31, 2013

CINTAN CINTUN MAK ETON

bercakap tentang CINTA. semua orang perlukan cinta. monyet pun perlukan cinta. sebab itu wujudnya CINTA MONYET. setiap orang didunia ni sangat perlukan CINTA. CINTA dari ALLAH, CINTA dari RASULULLAH. aku juga perlukan CINTA. jangan cuba tipu laa kalau kata kau tak perlukan cinta. tapi persoalannya, sejauh manakah kita tahu handle rasa cinta kita tuu pada seseorang ?

kenali hati budi seseorang dulu. zaman bercinta ni tak semua perangai buruk terkeluar. tapi, kalau nak tengok jugak.tengok masa kita gaduh. dia gunakan kata-kata kesat ke ? pukul kita ke ? tak kira laa lelaki/perempuan. penting untuk kita NILAI dulu seseorang yg ingin kita jadikan teman. kena tahu jugak, apa motif kita sebenarnya BERCINTA dgn dia ? adakah sekadar hilangkan bosan atau kita sebenarnya tengah cari seseorang yang ingin dijadikan CALON TEMAN HIDUP. 

tak salah untuk kita sayang pada seseorang tapi biarlah BERPADA-PADA. fikirkan tentang DIRI SENDIRI dulu. itu lagi baik & penting. INGAT ! sekuat mana kita BERUSAHA, 7 lautan direnangi 7 negeri kau berlari *cewahh ayat ! haha belum tentu dia jadi JODOH kau sayang. tapi kalau memang dia adalah orang yg telah ditakdirkan untuk kita, kita nak mengelak sejauh mana pun berlari-lari anak sekeliling kampung pun tetap dia akan jadi TEMAN HIDUP kau :)


apa yg penting sebenarnya, kita JAGA dulu HUBUNGAN dengan ALLAH. ingat pada JANJI ALLAH. ALLAH dah tetapkan yng TERBAIK untuk kita. segala aturan kehidupan kita sejak kita dalam perut ibu kita lagi. ingat itu. Allah dah janjikan semuanya. jangan bersedih. jangan risau sayangku. lepaskan laa dia. kalau betul dia jodohmu, pasti kalian akan bersatu kembali. percaya laa cakap aku :)

"lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik "
 apa yang boleh aku nasihatkan disini, tetapkan laa hatimu. tak salah kita nak bercinta tapi jangan menyeksa diri. TAK BERBALOI sayang ! tetapkan laa PRINSIP dalam dirimu. PRINSIP dalam percintaan. yeahh ! sangat perlu benda itu. sebab melalui itu laa boleh jadi guideline untuk kita jalani percintaan itu. yg penting HATI kita kena REDHA dengan prinsip yang kita pegang tuu. bukan kata aku ada prinsip ituu blaa blaaa blaa. tapi, kalau prinsip tapi tak amalkan tak guna jugak :)

"selama mana kita BERCINTA, selagi engkau belum SAH untukku. selagi itu aku tidak akan betul-2 menyayangimu sehingga tahap CINTA. "

yupp, itu perlu. why ? sebab bila kita pegang begitu, kita akan jadi mudah untuk melepaskan seseorang kalau keadaan dah bertambah teruk. bukan aku kata suruh putus asa. tapi cuba fikir balik. kalau dua2 dah cuba buat yang terbaik atau seorang dah cuba perbaiki hubungan yg dah rosak tuu. lebih baik lepaskan dulu dia. bagi masa. 

" DON'T HOPE TOO MUCH. DON'T TRUST TOO MUCH "

faham kan kenapa ? korang dah besar. fikir-2 kan laa. tak salah kita nak sayang seseorang tapi fikir dulu DIRI SENDIRI. 
  " pegang pada janji Allah. dia tahu apa yang TERBAIK untuk hamba-NYA kerana DIA laa sang PENCIPTA "

apa yang penting, jaga HUBUNGAN DENGAN ALLAH. sangat perlu. percaya laa 1 perkara. kalau kita sedang perbaiki diri kita, JODOH kita pun sedang perbaiki dirinya.

 # banyak lagi aku nak cakap sebenarnya. tapi biarlah sampai disini saja. kesejukan dalam library unisza ni. ahahaha


TERIMA KASIH SUDI BACA :)

untukmu sahabatku


 amboihh, seksi anak mak jemah. haha. maaf maaf. hanya gambar semata-mata
*adoii, sakit hati pulak dengar budak laki ni gelak-2 kat belakang. den tengah nak feeling-2 ni haa. mohon jangan mintak supaya buku melayang kat muka hangpa naa. haishh ! :D

 aku RINDU sangat pada pada dia. rindu pada persahabatan kita. RINDU nak meluah segala rasa. RINDU nak bergurau mesra. RINDU itu RINDU ini. faham tak betapa pedihnya rasa bila kita tengok seseorang yang kita sayang tuu JAUH dari kita. jasad memang dekat tapi masing2 jauh. aku nak sangat tegur dia. ternampak dia. nak sangat tegur. walaupun sekadar 'HAI'. tapi , aku takut. aku takut dia sudah membenciku. aku takut itu. aku selalu rindukan dia. aku  selalu tengok balik gambar-2 kita bersama. dan serta merta airmata aku mengalir dengan deras. aku terlalu merindui. terlalu !

I notice everything, I just act like I don't.
 aku tak mampu. aku masih menyayangi dia walaupun ada masa aku terasa sangat bencikan dia. aku jadi tak boleh tengok muka dia. sebab apa ? sebab aku sakit tengok dia gembira dengan orang lain. walaupun ada masalah persahabatan, tapi bagi aku ni lagi teruk dari masalah percintaan. aku tak mampu. aku masih terbayang2 segala kenangan. EGO ? yeahh, maybe aku ego. atau maybe aku yang terlambat untuk bertindak. untuk jernihkan kembali persahabatan ini. 

HIPOKRIT ? itu yang selalu aku lakukan. buat macam hati tabah sekuat tiger tapi sebenarnya aku tidak sekuat itu. aku cuba untuk jadi kuat. ada 1 malam tuu aku terasa nak sangat g bilik dia. taktau kenapa masa solat tetiba teringat dia dan aku terus menangis. ya Allah, dah berpuluh kali aku menangis. aku terlalu rindukan dia yang aku panggil SAHABAT. mungkin salah aku sebab sia-sia kan dia. salah aku.



 aku taktau kenapa terlalu sukar untuk aku lupakan dia. dia orang pertama yang aku rapat dekat UniSZA. orang yang aku meluah segala rasa. sukar nak bayangkan betapa peritnya. rasa perit masuk kelas tapi kita tak bertegur seperti dulu. dulu sangat rapat. sekarang entah laa. kalau tegur pun setakat biasa-2 je. peritnya ! andai dapat aku undurkan masa. aku ingin sangat perbaiki hubungan kita ini. terlalu ingin. aku hanya mampu ambik tahu tentang dia dari jauh. tanya dari kawan2. aku nak sangat tanya dia macam-2 tanpa ada rasa batasan. tapi, itu dulu. bukan sekarang. kalau laa dia dapat rasa apa yang aku rasa. aku nak sangat tetiba 1 hari aku peluk dia. aku terlalu rindukan dia. yaa, dia laa orangnya. 

pedih sebenarnya bila orang tuu dekat dengan kita tapi kita rasa terlalu jauh dengan dia. aku tak kuat. kadang2 rasa macam nak pindah u je. tapi takkan sebab masalah ini aku nak jadi lemah. aku cuba kuatkan hati untuk stay disini. 1 hari nanti aku harap kita akan kembali seperti dulu. tapi, adakah itu sekadar harapan aku semata-mata ? adakah engkau juga rasa yang sama ? :'(



sahabat, bersamamu aku bisa bangkit. keranamu juga aku bisa jatuh.mohon jangan tinggalkan aku bila aku sudah mula sayang padamu.

TERIMA KASIH SUDI BACA :)