Saturday, May 5, 2012

AZAM seorang insan :)




assalamualaikumm ^.^ , malam nii taktau laa nape ase macam satu perasaan yang tak berapa nak tenang. mungkin sebab aku solat isyak lewat kott. sungguh ! tadi sebelum solat lagi laa ase macam serbe salah, buat ase tak kena. bila daa solat tuu.. ase kurang sikit perasaan tuu. sebab lagipun aku tau tak elok kita melewat-2 kan solat nii. tapi, tuu laa manusia kan ? dah tau lagi mau buat. huhu. kadang-2 aku terfikir gak. aku nii suka melewatkan solat. humphh , aku harus UBAH semua nii. aku kena solat AWAL WAKTU. mungkin dulu LALAI dalam solat. tapi, lepas nii dah tak boleh dahh. sebab hidayah Allah memang kita kena cari. tapi, bila Allah dah bagi kita rasa nak BERUBAH,kita harus BERUBAH segera.contohnya bila kita buat benda yang tak elok, lepas tuu kita rasa macam something. rasa bersalah, tak tenang sangat .. haa, maknanya tuu sebenarnya Allah dah dekat dengan hati kita. mudah-mudahan kita semua begitu.

YES ! aku bukan laa orang yang BAIK sangat. banyak sangat kesalahan demi kesalahan yang aku dah buat. kita semua nii bukan MAKSUM kan ? tapi, kita pun perlu berubah untuk jadi yang TERBAIK :) sungguh, aku taknak hayat aku dihabiskan dengan sia-2. dilakukan dengan amalan yang mampu buat aku disumbatkan ke dalam neraka jahanam. sape yang nak dimasukkan dalam neraka ? bila usia semakin dewasa, pemikiran kita jugak harus BERUBAH selari dengan usia. tapi, biarlah berubah tuu ke arah yang lebih baik. lebih dekat dengan ALLAH. aku benar-2 nak BERUBAH. takmau daa buat macam apa yang aku dah buat dulu. cukup laa setakat sume tuu. aku taknak jadi punca ibu bapa aku ke neraka. aku nak jadi anak yang boleh jadi aset ibu ayah aku ke syurga. cukup-2 laa dengan dosa yang aku dah lakukan. dahh terlalu BESAR dan BANYAK sangat. tiap kali pandang muka ibu masa tidur, aku ase nak menangis dan kadang-2 memang aku akan mengalirkan airmata sebab aku rasa bersalah sangat dengan ibu. cukup laa dengan kisah silam aku. 16/6/2012, hari sabtu bersamaan 26 rejab 1433H, genap laa usia aku 19 tahun.

tengok tuu muka ibu. dah terlalu banyak pengorbanan yang dia dah lakukan untuk aku dan keluarga. aku pun taktau samada aku mampu jadi sekuat dia. sungguh ! aku betul-2 berazam nak berubah dari segi segalanya sebab aku betul-2 nak jadi anak yang akan jadi aset untuk ibu ayah aku ke syurga nanti dan bukannya neraka !
kan bagus andainya satu hari nanti aku betul-2 akan pakai tudung labuh macam tuu. sungguh , ase macam tenang, selamat sangat-2 pakai tudung labuh. i'Allah, 1 hari nanti :)


bila menjelangnya 16 JUN 2012 bersamaan dengan 26 REJAB 1433H aku berazam untuk :-

✿~ SOLAT diawal waktu. insya-Allah :)
✿~ perbanyakkan baca AL-QURAN . insya-Allah :)
✿~ perbanyakkan lakukan perkara sunat seperti solat sunat dan puasa sunat serta amalan-2 sunat yang dituntut Rasulullah S.A.W
✿~ ubah cara PEMAKAIAN. takmau daa laa pakai tudung/ selendang atas dada , baju/seluar yang ketat-2. biarlah cara pemakaian yang muslimah. i'Allah , sedikit demi sedikit :)
✿~ taknak lakukan MAKSIAT dahh. cukup-2 laa apa yang aku pernah buat sebelum nii. takmau sentuh-2 tangan ke apa dahh
✿~ BELAJAR bersungguh-2 . takmau dahh ponteng-2 kuliah. ini paling PENTING ! cuba dapatkan DEKAN
✿~ dekatkan diri dengan ALLAH
✿~ BERUBAH yang sebetul-betulnya BERUBAH. bukannya sekejap jee
✿~ nak IKHLAS dalam setiap perkara. samaada belajar ataupun apa-2 yang dilakukan

kawan-2, bukan laa maksudnya tunggu sampai 16 JUN tuu baru nak buat semua nii. aku buat list macam nii pun bukan sebab aku nak menunjuk-nunjuk ke hape semua. tapi, sini kan tempat aku meluahkan apa yang aku nak luahkan. sumpah ! takde niat pape pun. hanya laa niat untuk memuhasabah diri aku sendiri :) aku pun nak jugak jadi ahli SYURGA dan bukannya NERAKA. aku buat list nii supaya ia dapat mengingatkan aku balik apa yang akan aku terlupa. kalau aku ingin bakal imam yang terbaik, aku jugak harus berusaha untuk jadi makmum yang terbaik jugak. kalau kita nak yang terbaik,kita harus berusaha untuk berubah jadi yang terbaik. jangan mengharap untuk dapatkan yang terbaik, tapi diri kita sendiri tak kemana. sebab aku fikir aku adalah seorang anak, kakak dan adik. dan i'Allah kalau dipanjangkan usia aku akan jadi seorang isteri , menantu dan ibu. sebab tuu dari sekarang aku harus BERUBAH. bukannya kena tunggu dan tunggu masa yang sesuai. cukup laa dengan apa yang aku dahh lakukan. what goes around, comes around. *betul tak word tuu? hee.

wahai bakal imamku, bimbing laa aku untuk menjadi isteri, ibu, anak, menantu, kakak dan adik yang solehah yang terbaik hingga syurga nanti. i'Allah :)
sebab aku percaya hidup kita nii ada karma. apa yang kita buat hari nii, akan jadi kat kita balik satu hari nanti. kalau hari nii kita buat jahat/tak baik kat belakang ibu ayah kita, tak mustahil 1 hari nanti anak-2 kita takpun cucu kita akan buat benda yang sama.semoga perubahan yang aku inginkan lakukan akan berjaya. doakan ea kawan-2. aku pun doakan agar kita semua akan terus cuba untuk berubah ke arah yang lebih baik. semoga kita dapat jumpa cahaya dalam diri kita. semoga hidup kita dirahmati Allah, dimurahkan rezeki, dilimpahkan nikmat, dipermudahkan segala urusan dan segala yang kita dilakukan diberkati Allah dan dianggap sebagai ibadah :) aku takmau jadi bahan neraka yang selalu ingatkan orang tentang nahi mungkar, tapi aku sendiri tetap melakukan perkara yang mungkar. i'Allah, berubah secara perlahan-2. semoga perubahan itu mendapat berkat dan dirahmati Allah. kehidupan kita nii bukan sekadar disini, tetapi kita ada kehidupan di akhirat. ingat tuu kawan-2.
sekadar perkongsian bersama :)




TERIMA KASIH SUDI BACA :)