Thursday, March 28, 2013

sudah cukup sudah



harini tak tahu kenapa emosi dan jiwa aku senang terusik. aku lihat dia dari jauh. aku rasa sebak. terlalu banyak perkara yang sukar untuk dilupakan antara aku dan dia. aku lihat dia membawa bagasi besar. "ohh, dah nak balik dah dia. tak jumpa aku pun". aku berkata sendiri dalam hati. 1 impian aku sejak salah faham haritu. aku teringin sangat sebelum dia balik, dia datang jumpa aku. " hajar,..... nak balik dah ". sepertimana yg aku selalu buat dulu. tapi, itu maybe hanya laa 1 impian aku yang tak mungkin tercapai. jasad kita mungkin dekat, tapi roh persahabatan kita terlalu jauh. peritnya aku rasa. susah untuk buang perasaan ini. selagi dia masih dihadapan mata, selagi itu aku akan terus menerus rasa begini. 2 sem je lagi hajar. 2 sem je lagi ! sakitnya hanya Allah saja yg tahu. mungkin aku mampu bergelak besar semua dengan orang lain, tapi keperitan hati aku. belum tentu semua orang paham. itu yang pasti. hanya Allah saja yg paham betapa sayangnya aku terhadap tali persahabatan yang terbina & hancur kini. sakit ! perit ! berkali-2 aku cuba untuk lupakan semua ini. LUPAKAN ! tapi aku belum sekuat itu. aku hanya mampu senyum dan tengok saja dia jalani kehidupan dia. itu saja yg mampu. dia block FB aku ? aku terkejut. apa yang aku boleh lakukan ? hanya mampu S.E.N.Y.U.M. it's ok. itu pilihan kau. aku hanya mampu terima. terima kasih. aku dah cuba buat yang terbaik & jadi yang yang terbaik. tapi ternyata aku masih belum mampu. itu yang pasti. sudah cukup setakat ini. apa yang aku luahkan disini sudah buat aku rasa lega sedikit. itu yang pasti :')

TERIMA KASIH SUDI BACA :)

Sunday, March 10, 2013

FANTASY TURN TO REALITY.THE FAIRY TALE STORY.


hehe. agak2 korang apa maksud aku dengan tajuk kat atas tu ? bunyi semacam gempak je kan ? takde mende pun. dah lama dah aku tak update blog ni. asyik sibuk je. *bajet sibuk  biasa laa kehidupan seorang student yang mithali lagi berjaya. paham2 laa ehh ! haha. baru-baru ni kos aku ada buat ANNUAL DINNER. bukan ANNUAL GRAND DINNER ehh. haha. tema kitorang 'FAIRYTALE'. nak tahu tak betapa eksitednya mak jemah? haha. siap beli bulu-bulu ayam bagai. nasib tak beli penyapu tuu haa. cadangnya nak guna batang mop je. tapi cam selekeh pulak dah aku ni kang. haha. hajar amek watak 'witch' . ingat nak jadi yang hodoh2 tuu. segan pulak. orang lain sume pakai gojes2. tetiba aku pulak yang selekeh. mana bolehhhh ! haha. 

jeng jeng ! jadi 'THE GORGEOUS WITCH' kauuu ! haha. puas hati aku. kihkih. nak tengok tak yang lain-lain ? gojes jugak seyhh ! kejap ehh. nak upload :)

 ini adalah senior aku. gojes yawwww !

 ini  bukan senior. ini sama semester dengan aku. pika nama dia :)


ini adalah pasangan yang sweet dari sem 6. abang tuu jadi 'KING OF THE NIGHT'

with my classmates, arina :)

'QUEEN OF THE NIGHT'. cantik kan akak tu ? terpersona aku tengok dia malam tuu. sebelah tu classmates aku nama dia hasanah (^^,)

cukup-2 laa yang ini saja. kang aku upload banyak-2 kang muntah pulak korang tengok. terpersona dengan diorang. ahaha. ni nak laa tunjuk sikit crown yang aku buat untuk anugerah senior-senior :D

 haa, yang ni untuk 'ANUGERAH SENIOR PALING POPULAR '

 'ANUGERAH SENIOR PALING SPORTING'

 'ANUGERAH SENIOR PALING BERKEPIMPINAN'

 'ANUGERAH SENIOR POKER FACE'

'ANUGERAH SENIOR PALING ROCK'


akhirnya siap jugak crown rekaan aku. walaupun tak bape nak gah bagi korang tapi sekurang-kurangnya aku puas hati sebab rekaan crown aku lain dari yang lain. punya laa aku gali kat google nak cari rekaan crown yang unik. hampehh ! semua sepesen jee. haha. dengan bantuan kawan-2 yang ringan tulang lagi baik hati tolong percepatkan kerja aku,akhirnya siap jugak petang sebelum annual dinner tu :)

# yang pasti, aku rasa puas hati jugak laa pergi AD tuu. persembahan,lagu-2 dia buat aku rasa sebak di dada. sebab dia sentuh pasal 'PERSAHABATAN' . den lomah sikit bab ni. rasa nak nanges je masa tuu. tapi, cool. kata witch. hati kena kental. haha. best ! aku sayang mereka (^^,)

TERIMA KASIH SUDI BACA :)

Saturday, March 9, 2013


hoyeahhhhh ! dah dapat buat dua benda untuk blog harini. sukeeeeeeeeee ! :)
terima kasih para blogger yang baik hati (^^,)

# http://missymilo.blogspot.com/2012/01/freebies-header.html



TERIMA KASIH SUDI BACA :)