Friday, November 9, 2012

damailah engkau disana sahabatku

baru je semalam aku bukak FB dia. terjumpa dari friend list adik aku. aku tanya tentang dia. tersenyum bila adik aku galak ceritakan tentang dia. terbayang kecomelan dia jalan terjengket-2. terbayang kenakalan dia semasa menjadi sahabatku. terbayang dan terus terbayang sampai aku tersenyum. macam2 tentang dia aku tanyakan pada adikku. walaupun kami kawan takde laa lama mana, tetapi disebabkan dia rajin menyakat, bergurau dengan aku. kalau tak silap, aku sama sekolah dengan dia 3 tahun je. lepas tuu, aku dah pindah sekolah lain. tapi, aku still ingat kawan2 aku disekolah lama.

tiba2 lepas solat jumaat tadi, adik aku balik. dia kata, "uda, syafiq yg sebaya dengan kau tuu MENINGGAL sebab eksiden motor malam tadi ! ". aku macam konfius sikit. aku tanya "syafiq mana ?". adik aku cakap syafiq kawan aku yang aku baru tanya pasal dy semalam. ya Allah, aku tersentap ! aku baru tanya macam2 tentang dia semalam, harini aku dapat khabar kematiannya. sedihh sangat rasa :'( 

aku terdiam tergamam. memang aku tak rapat dengan dia sampai sekarang. tapi, aku PERNAH rapat dgn dia. apa pun alasan, kerana dia SAHABAT aku ! 

seingat aku, masuk ni dah 4 orang kawan aku meninggal. 3 orang meninggal sebab eksiden. 2 eksiden motor. hanem, yusuf safwan, izzat amir, syafiq. semuanya kawan2 aku kat sekolah lama yg berlainan. aku dpt tau berita kematian diorang pun dari kawan2. teman sebaya dgn aku dah meninggal, camne pulak aku ? camne cara kematian aku nanti ? aku selalu tertanya2 soalan tuu setiap kali aku dengar tentang orang/ sahabatku meninggal ~sobsob ~


# semoga mereka ditempatkan ditempat orang2 yg beriman. selamat tinggal wahai sahabat-sahabatku. damailah kalian disana. maafkan aku kerana tak dpt hadir pd hari pengebumian kalian. aku hanya mampu mendoakan dari jauh. semoga Allah merahmati kalian :'( aku akan ingat kenangan persahabatan kita sampai bila2. 



selalu aku terfikir bagaimana pula cara kematianku ? adakah baik atau sebaliknya ? semoga aku sempat bertaubat, sempat minta maaf dari semua orang, sempat menjadi muslimah sejati. sempat untuk segalanya. terlalu banyak dosa yang telah aku lakukan dalam hidup ini. Allah masih beri aku bernafas untuk perbaiki segala kesilapanku. syukran ya rabb ! inshAllah, aku akan cuba berubah sedikit demi sedikit. jauhkan laa aku dan mereka yang lain dari azab nerakaMU ya rabb ! lindungi kami dalam rahmatMU ya rabb !


TERIMA KASIH SUDI BACA :)

No comments:

Post a Comment

thank you for reading my posts (^^,)