Thursday, November 8, 2012

jom lebatkan rambut

ehemmm2, alang tengah menunggu baju siap dibasuh dalam mesin tuu. mehh aku update kejap pasal petua nak lebatkan rambut & dan mencegah rambut gugur (^^,) sebab semenjak dua menjak ni aku punya masalah rambut gugur makin menjadi-jadi laa. maybe sebab aku ni suka tidur lambat, makan pedas, kurang makan makanan yg berkhasiat. itu boleh jadi salah 1 faktornya. *cewahh ! budak seni kecantikan dah berbicara. ehh, betul laa ! aku belaja ok. dapat A utk SPM 2010. phewww ! 
baik lelaki ke perempuan ke, sape yang nak rambut gugur lepas tuu jadi  BOTAK kan ? mimpi buruk tuu !
tetiba pagi tadi aku terasa rajin pulak nak google camne petua secara tradisional nak lebatkan rambut @ elak rambut gugut ni. mehh aku kongsi sikit laa dengan korang ehh (^^,)


Petua 1 :
Sapukan minyak bijan di akar rambut / kulit kepala sebelum tidur. Paginya, bersyampu dan bilaslah rambut seperti biasa. p/s : anda boleh dapatkan minyak bijan di kedai mamak

Petua 2:
Daun lidah buaya digunakan bersama daun bunga raya putih untuk dijadikan resipi bagi mengurangkan rambut gugur. Kalau tak ada daun lidah buaya, gunalah daun bunga raya putih sahaja. Itupun sudah memadai.

Petua 3.
Ambil sedikit daun inaiTumbuk hingga halus dan campurkan sedikit air asam jawa.
Cuci rambut hingga bersih dan bilas dengan air daun inai tadi sambil memicitkan kepala.Biarkan selama setengah jam. Kemudian bilas rambut sampai bersih. Amalakan seminggu 2 kali, Insyalah , anda tidak akan mengalami masalah keguguran rambut.

Petua 4.
Ambil beberapa helai daun rambutan yang muda, kemudian bersihkan. Ramaskan daun itu bersama air sehingga keluar lendirnya. Kemudian sapukan lendir itu pada rambut. Biarkan selama 20 minat, selepas itu bilas dengan air bersih, Lakukan 2 hari sekali dan nikmati hasilnya.

Petua 5.
Sediakan Bahan-bahan seperti berikut.
  • 2 sudu besar minyak zaitun
  • 2 sudu besar minyak bijan
  • 2biji telur
  • 2 sudu besar santan asli
  • 2 sudu besar minyak kelapa
Caranya:
  1. Kisar semua ramuan dengan alat pengisar kelajuan sederhana selama lebih kurang 30 saat, ramuan akan berbuih kerana terdapat telur.
  2. Ketika mandi selepas membersihkan rambut dgn syampu, sapu rata ramuan tadi dan urutkan keseluruh kulit kepala.
  3. Biarkan selama 5 minit sebelum membilas bersih sebaiknya mengguna air suam.
Boleh diamalkan setiap hari. Ramuan yang disediakan ini tahan selama lebih kurang 5 hari jika disimpan di dalam peti sejuk.

* yang petua ni aku copy dari http://www.gilerkentang.com/cara-melebatkan-rambut/ . hehe. elok cuba ni. try laa dulu. kembali kepada alam semula jadi. phewww ! 

ohh, hanya tersipu malu2 kambing rambut dah botak camni. kang ade yang aku buat rambut aku camni kang ! fedap sangat asyik gugur je rambut ni. ~sobsob ~
style ini lagi otai ! mau aku kena kejar dengan mak aku kalau botak licin camni. hahaa


camni pulak style rambut yang aku suka bila nak berambut pendek ni. nampak style sikit. nak kaver rambut dah semakin menipis, kan ? sooo sedihhh !

tapi, bila rambut dah panjang nanti memang impian sangat nak buat style lebih kurang camni. harap-2 aku mampu bertahan ! aku takut aku yang rimas. hehe. tapi, aku suka laa tengok orang buat style rambut camni. hehe. cam nora danish ke sape2 ke. sukaaaaaa ! (^,^)

# okeyhh, donee ! terima kasih kpd blog yg saya copy petua anda. nak kongsi2 ilmu. hehe


TERIMA KASIH SUDI BACA :)

No comments:

Post a Comment

thank you for reading my posts (^^,)