Monday, March 31, 2014

PART 2 : KELANTAN TRIP !


ok. selesai pasal pulau redang. kali ni, aku nak cerita pasal trip g kelantan pulak. trip ni sehari sebelum g pulau sebenarnya. aku tersalah ikut urutan. ehehe. masa ni, nak laa bawak alyn g jalan2 kelantan. g pantai cahaya bulan. lepas tu g kb mall, g tokong buddha. yang ada patung buddha yang gedabak besar tu. sebenarnya, aku pun taktau nak bawak alyn jalan mana sangat kat kelantan tu. kalau nak g rantau panjang,masjid cina tu jauh2. so, ktorg g laa mana yang mampu dan sempat. masa ni, wan azila pun follow sekali. dia memang orang terengganu. lepas tu masa tu dia ada dekat kelantan. jumpa kat kb mall, angkut sekali bawak g jenjalan. haha. 



masa tengok patung ni, masya-Allah. besar gila. memang besar ! tapi, masa nak masuk tu cuak sikit laa. sebab ada anjing2. lepas tu kena hati2 laa jalan tu sebab kena tengok2 taik anjing yang ada dekat situ. fuhh !



sebenarnya, aku pun taktau apa motif aku nak sangat g sini. hahaha. maybe sebab aku nak tengok patung besar kot. sebab dulu pernah tertengok masa tidur rumah pelajar ayah. tu yang dah besar datang cari balik. tapi, masa tu tak silap aku..patung tu warna emas yang tengah berbaring. takpe laa. dapat tengok ni pun ok dah laa. hehe

lepas tu, ktorg teruskan perjalanan ke patung buddha lagi satu. besar jugak. masa sampai kat tokong tu, ada laa beberapa orang sami buddha tengah lepak2. diorg pun jemput laa ktorang masuk tokong dia. aku cuak gak masa tu. masuk tempat sembahyang diorang. aku bajet datang nk tengok patung kat luar tu je. haha



patung yang kali ni pun boleh tahan besar dia beb ! sebelum masuk tokong tu, aku baca ayat kursi banyak2. sebagai pendinding diri. puas ktorg kata takpe laa dekat sami tu. puas jugak sami tu jemput masuk. ahh, sudahnya masuk je laa. hahaa


ni antara lukisan yang ada dalam tokong tu. seram jugak weyh tengok. sila abaikan muka aku yang mintak penampar tu. haha. lukisan dalam tokong ni semua penuh motif & cerita tersendiri. pasal azab dunia lepas kematian laa. macam2. cuak jugak tengok. gambaran yang menakutkan. hoho



gambar ni mungkin kehidupan dekat syurga kot. mungkin. aku pun tak pasti. tapi, kalau laa sami tu ikut ktorang sambil bagi penerangan kat setiap gambo pun best jugak. at least, ktorang tak buat andaian merepek sendiri. ehehe


ok, masa lawatan sudah tamat. terima kasih dekat keba dengan roy yang sanggup layan kerenah & permintaan aku nak g sini. padahal nak bawak alyn yang jalan2. takpe laa. sambil menyelam minum air. iyee dok? hahaa

TERIMA KASIH SUDI BACA :)

No comments:

Post a Comment

thank you for reading my posts (^^,)