Monday, March 31, 2014

PART 4 : PULAU PERHENTIAN DAY TRIP !


ini post yang ke-4 aku untuk harini. balas dendam sekaligus. terlalu banyak cerita yang nak dikongsi kat sini. rasanya ni yang terakhir kot. mungkin. sebab aku mengantuk dah. sekarang dah pukul 4 pagi. esok dah nak kena g servis kereta.lepas tu balik kelantan, lepas tu datang balik terengganu.lusa balik perak. phewww ! 

ok. trip kali ni pergi dengan famili. masa ibu ayah datang sini. bawak laa diorang lepak pulau. nak cerita sikit. kali ni, aku dapat pakej yg gila murah ! thanks kepada kawan fb aku yg suggestkan agensi ni. bayangkan, RM100 untuk 6 point snorkeling trip, lunch, snorkeling equipment termasuk flip, caj taman laut pulau perhentian, bot pergi balik. serius weyhhh ! aku rasa tersangat laa berbaloi trip kali ni. kali ni pergi 7 orang. 

ni suasana dekat jeti pulau perhentian. lain sikit dari pulau redang. kira tersusun dan lawo sikit laa . hehe. masa ni ktorang naik bot laju yg besar sikit. so, selesa laa. masa ni jugak laa aku rasa tak takut & feeling eksited tu lebih sikit sebab aku boleh rileks dah. mungkin sebab aku dah lalui pengalaman yg lebih dasyat kot. *mungkin* ahaha. diorang yg lain pakat cuak belaka. lagi2 si akem. bising gila . rasa nak campak masuk laut je ! haha

ni manusia yg namanya akem tu. nama fb dia : abunk akem. kalau berkenan, sila add dia. HAHAHAHA


aku tak berapa ingat sangat urutan point yg dia bawak ktorang. tapi, ada laa pergi turtle point, shark point, light house, long beach, island village, kk point. light house tu laa tempat yang aku tak berani buat pape. haha

ini dia namanya light house. korang kena lompat dari atas tu. level 2 atau 3. kalau yg pandai berenang best laa. aku ni berenang tara budak tadika je. cuak nak buat lompatan begitu. hahaa *sumber: mr.google*

masa nak mula snorkeling tu, semua orang semangat & eksited. lagi2 adik aku. ibu takut2. ayah? lagi rileks. buat keje dia atas bot. masa ni gua salute ayah gua. jiwa kental. kemana saja dia pergi, keje mesti dibawa. nak cari ilham buat buku baru kott. hahaa. tapi, last2 ayah kalah jugak dengan godaan ktorg. berendam sampai taknak naik bot pulak dahh. haha

air dia jernih gila. lagi lawa dr pulau redang. sumpah lawa weyhh ! memang best nak snorkeling kat sini !
suka tengok muka diorang eksited. hehe. banyak benda yg lawak jadi haritu. bila ingat balik, rasa nak tergelak je. masing2 dengan perangai masing2. alahaiii. hahaha. 


ni dekat lokasi pertama ktorang diturunkan. nama dia aku lupa jugak. long beach rasanya. kat sini laa banyak chalet2, resort2 yang murah. korang boleh jugak survey. tapi, nasihat aku baik book siap2. takut takde bilik. haa, tido laa kat tepi pantai. haha


memang puas laa dapat g sini. masa tu dapat tengok penyu lagi. kali ni lagi dekat  masa dekat turtle point tu. memang tak rugi laa korang guna agensi ni. da laa murah, lepas tu dia akan guide korang kat setiap point. melting dengan kebaikan mereka. *negeri cantik, budaya menarik. insya-Allah, orangnya baik2* . memang terbukti ! hehe


aku dah lama ngidam nak duduk dekat posisi ni. akhirnya dapat jugak masa tu ! HEHE. dapat pakcik yg sporting boleh ah buat gini. kira antara impian yg terlaksana laa mungkin. haha

serius cakap, korang takkan rasa rugi datang pulau perhentian ni. tempat dia memang cantik gila ! 


ni masa dekat village tu laa. maaf laa. aku lupa apa nama dia. kat sini ktorang datang untuk makan. aku nasihatkan kalau nak datang pulau, sila pastikan makan korang sekali dalam pakej. sebabnya makanan kat pulau sangat laa mahal. bayangkan, ktorang sarapan 5 sandwich, 2 3 air, beberapa keping roti canai harga dia RM50. glupp ! nasib ibu yg bayar. hahaha


ecah sangat eksited nak makan. nampak tak muka semangat dia? HAHAA
dapat makan pisang masa lapo2 dalam air pun rasa nikmat macam makan kek secret recipe gaya dia. hahaha

bila perut dah kenyang, hati sudah senang.kita bergambar dulu. lepas tu baru sambung lagi 3 point snorkeling trip. hehehe

lepas tu, dekat point ktorang yang terakhir tu.. ada laa abang yang handle ktorang ni buat game. memang menarik rasanya walaupun sekadar game tarik tali. ahaha. sebab, game nii lelaki tulen vs lelaki klon.*paham2 je dah laa ye * tapi, nasib laa geng lelaki tulen menang. kalau kalah memang berendam dalam air tu tak timbul2 laa diorang agaknya. malu kuasa dewa. hahaha


kena melayan si akem ni yang kuat bergambo. takpe laa. satu kepala laa. cumanya dia ni lagi gila ! haha


tengok, lawa kan air dia? sangat laa jernih. ohh, jangan lupa yaa kengkawan. setiap kali tengok kebesaran Allah, jangan lupa ucapkan SUBHANALLAH. ALHAMDULILAH sebab kita diberi nikmat untuk melihat & merasai kebesaran dan keindahan ciptaan Allah :)


memang rasa pengalaman yg sangat berbaloi. dan rasa puas sangat bila ayah cakap ,"berbaloi datang sini. tak sia2 datang". sebab aku yg arrange semua ni. tu yg takut diorg rasa tak puas hati datang sini. ada sikit masalah sehari sebelum hari ni pergi. malam tu kena cari agensi baru nak book g pulau. Alhamdulilah, nasib Allah permudahkan semuanya. ada hikmahnya kami batal dengan agensi yg sebelum ni. kalau tak, kena RM170  utk day trip tanpa makan. memang gila tak berbaloi ! so, utk korang..aku cadangkan better search dulu baik2. mana tau dapat murah.kan lagi berbaloi. haaaa


muka eksited lagi puas untuk pulang ke daratan. hehehe. seronok dapat duduk dekat bahagian ni dalam bot

ecah. dia budak law. ex-housemate aku. keluarga angkat aku. kiranya, adik-beradik angkat la nihh. hehe

ibu dengan si ecah. hehee

sebelum terlupa, aku nak nasihatkan korang supaya beli sunplay spf130 ni. aku dah cuba dan memang ternyata berkesan ! muka takde laa sunburn teruk sangat. tipu laa kalau tak sunburn, tapi, sekurang2 nya tak laa terlalu ketara. memang lotion dia ni rasa ringan gila. tak melekit, tak rasa berminyak, tahan 10 jam bawah cahaya matahari. senang kata, bawak laa ni kalau korang nak buat aktiviti pulau. memang berbaloi ok !

segala yg terjadi dekat pulau ni buat aku terfikir sendiri tentang diri sendiri. adakah aku ni memang jenis yang sukakan cabaran ? lepas tu, menguatkan lagi minat aku nak further study dalam bidang yang berkaitan dengan pelancongan dan pengurusan. hehe.ok laa. aku dah nak tidur. semoga perkongsian ni bermanfaat untuk sesiapa saja yang nak tahu pasal day trip ke pulau perhentian :)

candid habis. sibuk sangat dengan monopod, sampai tak sedar si akem ni amek gambo aku. ciss. hahaa

# ni aku selitkan sekali agensi yg aku guna tu. maybe sebab aku pergi ramai tu yang dapat RM100 sorang. korang pandai2 laa deal dengan abang syukri tu. baik,peramah,botak orangnya. hehe

TERIMA KASIH SUDI BACA :)

No comments:

Post a Comment

thank you for reading my posts (^^,)