Tuesday, April 17, 2012

.. pengalaman itu PART 1..

assalamualaikumm ^.^ <3 yuhuuu , selamat petang wahai sape-2 yang tengah baca blog nii . tak kire laa masa korang baca nii dah malam , pagi kee . aku tak kisah . hee , yang aku tau masa aku bebel nii adalah pada waktu petang :) okeyhh , malas nak bebel banyak-2 . pengalaman yang aku maksudkan tuu ? well , berat sebenarnya aku nak ingat balik tapi sebabkan aku nak abadikan segala kenangan tuu sampai bila-2 , takpe laa . aku tulis jee laa kat blog nii . lagipun aku takde diari macam orang lain . hee , ni jee la diari aku ^.^ . bagi aku, setiap kenangan tuu yang akan berikan kita pengalaman yang akan kita ingat sampai bila-2 :)


okeyhh , rasanya korang dah dapat agak dah pasal apa yang aku nak cakap nii ^^' . tapi, aku lebih prefer untuk kata tentang pengalaman disayangi oleh seseorang yang bernama lelaki . dalam hidup aku, aku bukan laa seorang yang 'playgirl' . jauhh sekali untuk aku jadi macam tuu. rasanya dalam hidup aku ada bape orang jee. sebab jenis aku , bila aku dengan seseorang tuu , aku akan dengan dia jee .tak kisah laa ada sape-2 yang datang lepas tuu. tapi , tak pulak aku kata yang aku nii jenis yang sangat degil . prinsip aku senang jee . tak semestinya aku da bape tahun dengan dia sekalipun, kalau aku rasa macam tak sesuai .. aku lebih rela undur diri. aku ambik keputusan punn berdasarkan faktor-2 yang relevan. bukannya sebab perasaan sendiri kee apa :)


eceyhh, bajet menangis pulak . takde laa . gambar je lebih . hihi. aku seorang wanita . aku perlukan pemimpin yang boleh memimpin keluarga aku. kalau aku nii dia tak boleh pimpin , macam mane dengan famili aku pulak, kan ? aku bukan suka-2 jee akan jalinkan hubungan dengan seseorang tuu. aku mahukan hubungan yang bermatlamat . aku tak mahu bazirkan masa aku untuk jalinkan hubungan yang suka-2. sungguh, aku inginkan lelaki yang boleh membimbing aku dan bukannya menghayutkan . so, kalau hubungan aku yg lepas-2 tuu tak jadi, korang paham kan kenapa ? ^^' kita kena betul-2 teliti sape yang bakal jadi pasangan hidup kita. sebab dengan mereka laa harapan untuk kita masuk ke syurga nanti. i'Allah :)
sungguh , aku harap sangat dapat jadi macam yang kat atas tuu. sejuk kan hati kalau dapat yang macam tuu ? :) aku suka sangat tengok orang yang pakai tudung labuh , berpurdah dan punyai akhlak yang baik. yang penting menutup aurat yang sebetulnya. berpakaian tuu biarlah yang menepati syarat cara berpakaian mengikut islam . sebab tuu aku perlukan imam dalam keluarga aku . yang akan saling mengingatkan . biarlah muka tak berapa hensem * sedap mata memandang kan cukup ? ^.^ , tapi akhlak dia sangat macho . kalau muka hensem, agama takde punn tak guna.
cuba tengok budak-2 kat atas tuu . comel bukan ? ^.^ aku harap sangat nanti anak-2 aku macam tuu. sebab tuu aku perlukan orang yang betul titik beratkan soal agama dalam kehidupan. sebab aku tau yg aku nii pun takde laa bagus mana. banyak sangat benda yang aku taktau dan perlukan bimbingan dari imam aku nanti ^.^ <3 lagipun, ustaz don tv9 kata anak-2 nii akan jadi aset kita ke syurga . sape yang takmau g syurga, kan ? ^.^ mcm kita nii . sungguh, aku tak perlukan lelaki yang suka bermain dengan kata-2, yang hanya tau mengorat sana sini sume tapi bila bab agama ? zero ! kalau kita dapat lelaki yg hensem , hot stuff , bergaya , kaya sume sekalipun tapi kalau agama dia hancur punn mmg sangat tak guna kawan-2. aku cakap nii berdasarkan pengalaman sebab aku dah pernah merasa semua tuu ^^'. sebab tuu la pengalaman bagi aku mengajar kita erti kehidupan. dari pengalaman tuu la yang membuatkan aku semakin sedar tentang apa yang aku sedar sekarang nii :)


#semoga Allah memberikan kita jodoh yang sesuai dengan kita. jodoh yang boleh membimbing , bukannya menghayutkan :) minta laa banyak-2 pada Allah , buat solat hajat dan istigharah untuk dapatkan petunjuk Allah . jangan bimbang, jodoh kita sume telah ditentukan oleh Allah sejak dari kita berusia 4bulan lagi dalam kandungan ibu ^.^ . so, jangan bersedih dengan setiap kegagalan perhubungan yang berlaku kerana sebenarnya Allah nak kita belajar dari pengalaman sebelum kita bertemu dengan orang yang betul . yang penting, kita sendiri kena betulkan diri kita nii sebelum kita nakkan orang yang terbaik untuk kita nanti. jadi yang terbaik dulu sebelum kita mahukan yang terbaik . i'Allah <3 :)





TERIMA KASIH SUDI BACA :)

No comments:

Post a Comment

thank you for reading my posts (^^,)